Wednesday, February 15, 2012

Dialah Isteriku...


“Err… sori Encik. Saya tak nampak encik lalu tadi.”ujar Sofea sambil membantu pemuda itu berdiri semula. Silap dia kerana tidak meletakkan tanda amaran lantai licin sewaktu membersihkan lantai di lobi hotel tersebut.
“Hurm…lain kali berhati-hati. Nasib baik saya yang kena. Kalau orang lain mesti dah saman tau.”ujar Encik Shafiq tanpa memandang wanita yang menyebabkan dirinya jatuh itu.
Sofea melihat lelaki itu berlalu. Dia meneruskan kerjanya. Selesai kerja dia ke stor untuk menyimpan peralatan yang digunakan.
“Opie, kau bernasib baik tau Encik Shafiq tak kenakan sebarang tindakan. Gila kau buat tuan punya hotel ni jatuh? Berani betul.”ujar Salbiah teman baik Sofea.
Sofea membuat muka bosannya. Dia menarik topi yang dipakai sehingga menutupi separuh mukanya. Dia memang tidak suka orang melihat wajah sebenarnya. Seperti ada sesuatu yang disembunyikannya.
“Dahlah, perkara dah terjadi pun. Aku pun dah minta maaf tadi. Eh, hensom jugak bos kita tu. Kau tak berkenan ke?”tanya Sofea kepada Salbiah. Dia ingin melihat reaksi temannya itu.
“Err… takde maknanya aku nak terpikat kat suami orang. Ops, lupa nak cakap. Sebenarnya, Encik Shafiq tu dah kahwin setahun dah. Diorang adakan majlis resepsi kat hotel ni. Gila punya cunlah bini dia. Kalah Dato’ siti tau.hehehe. Errmm… kau memang tak tau sebab kau baru je kerja kat sini.”ujar Salbiah sambil bibirnya tidak berhenti-henti memuji isteri majikannya.
“Dah.. dah. Geli aku dengar kau duk puji bini dia. Kalau aku tackle Encik Shafiq tu kau rasa dia layan tak?”tanya Sofea sambil menggosok-gosokkan dagunya. Dia ingin merencanakan sesuatu. Mungkin dia akan buat Encik Shafiq jatuh hati kepadanya.
“eh… Kau gila? Bini dia cantik woo… Dia takkan layan kau punye. Percayalah cakap aku. Sedangkan setiausaha dia yang cun melecun tu pun dia tak layan, usahkan kau yang berperangai cam ala-ala tomboi ni. Lagilah dia tak pandang.”ujar Salbiah sambil berlalu dari situ.
“Wei… kau tengoklah nanti. Encik Shafiq akan melutut kat aku punya.”jerit Sofea kepada Salbiah yang sudah meninggalkannya jauh ke hadapan.
*********************************************************************************

“Err… selamat pagi Encik Shafiq. Jauh termenung.”tegur Sofea sambil melihat majikannya yang dari tadi asyik berkhayal di hadapan kolam renang di hotel itu.
“Owh…hurm. Selamat pagi. Awak dah lama ke kerja kat sini? Setahu saya, saya tidak pernah melihat awak kat sini.”ujar Encik Shafiq. Memang dia belum pernah melihat kelibat gadis tomboi ini sebelum ini. Dia mengenali semua staf di sini walaupun dia baru sahaja dua tahun bekerja sebagai ceo hotel ini.
“Ya. Saya baru je kerja kat sini. Kebetulan saya pun baru pindah kat KL ni.”ujar Sofea sambil menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di hadapan Encik Shafiq.
“Saya ingat Encik Shafiq belum kahwin. Hish… dapat isteri cantik pun masih termenung lagi ke?”Sofea memancing reaksi Encik Shafiq. Dia tersenyum memandang Encik Shafiq menantikan jawapan daripada lelaki itu.
Encik Shafiq terpana melihat senyuman itu. Senyuman yang diberikan begitu mirip milik isterinya yang dinikahi setahun lalu. Dia berasa begitu bersalah terhadap isterinya yang ditinggalkan begitu sahaja setelah sehari majlis perkahwinannya. Tetapi, dia tidak boleh memaksa hati dan perasaannya untuk menerima sepupunya itu sebagai isterinya. Dia juga belum pernah menatap isterinya dengan lebih dekat melainkan dia masih terbayang akan senyuman isterinya yang memikat hatinya sampai sekarang.
Sudah lebih 15 tahun Encik Shafiq menetap di luar negara. Jarang sekali dia pulang beraya ditanah air. Semua sepupunya yang lain dia tidak kenal melainkan Rizal, anak mak ngahnya yang selalu juga datang bertandang ke rumahnya di London. Sampai suatu hari, dia dikhabarkan dengan berita kematian datukknya dan disuruh pulang. Datuk mewasiatkannya supaya berkahwin dengan adik sepupunya iaitu adik Rizal dan bekerja di Malaysia. Dia yang tidak pernah melihat rupa paras sepupunya itu terus sahaja bersetuju. Oleh sebab keegoannya, dia meninggalkan isterinya. Tetapi, dia tetap memberi nafkah zahir kepada isterinya setiap bulan.
“Maaf… saya menceritakan kisah peribadi saya kepada awak. Padahal kita baru sahaja kenal. Tapi, saya rasa macam kenal awak lama.”ujar Encik Shafiq. Dia tidak tahu mengapa dia merasakan begitu dekat sekali dengan gadis tomboi itu. Dia ingin sekali berkenalan dengan gadis itu lebih rapat lagi.
“Tak apa. Saya sedia mendengarnya. Errm… Encik Shafiq tak pernah balik rumah isteri Encik ke?” tanya Sofea lagi.
“Saya ada cari dia beberapa bulan lepas tetapi rumah kami pemberian datuk di melaka telah disewakan. Saya dah berputus asa mencari. Keluarga saya menyalahkan saya meninggalkannya dan keluarga mentua juga tidak tahu di mana anak mereka berada. Tapi, nasib baik akaun banknya masih aktif. Sekurang-kurangnya saya dah beri nafkah kepadanya.”ujar Encik Shafiq. Nadanya berbaur kesal kerana meninggalkan isterinya setelah majlis resepsi diadakan.
“Oklah…Encik Shafiq. Saya pergi dulu. Lain kali kita berbual lagi.”Sofea ingin segera berlalu dari situ. Dia takut ada mata-mata yang memandang sinis terhadapnya.
“Eh, kejap. Saya belum tahu lagi nama awak.”ujar Encik Shafiq.
“Nama saya Sof..err… panggil saya Opie.”ujar Sofea sambil melambaikan tangannya kepada Encik Shafiq. Dia tidak tahu mengapa perangai lamanya kembali apabila bertembung dengan Encik Shafiq. Dia sentiasa akan menjadi lebih feminin daripada biasa.
********************************************************************************
“Woit! Opie… ewah2… mesra sakan sekarang kau dengan Encik Shafiq. Kau tak takut ke bini dia mengamuk nanti?”Tanya Salbiah, tidak menyenanangi perangai sahabat yang baru dikenalinya itu yang bertindak untuk memikat bos mereka.
“Ish.. kau ni selalu je memeranjatkan aku. Kau tau, bini dia takkan marah punya aku keluar dengan dia. Sebab bini dia yang bagi aku keluar date dengan dia. Hurm… kalau kau tak percaya kau boleh call bini dia.”ujar Sofea sambil tersenyum sinis memandang kearah sahabatnya itu. Nampaknya, rancangan untuk memikat hati Encik Shafiq bakal menjadi kenyataan.
“Ikut kaulah Opie. Tapi, kalau sesuatu terjadi pada korang jangan nak salahkan aku. Aku Cuma nasihat je. Tapi aku harap sangat kau tak meruntuhkan masjid orang. Berdosa kau tahu? Kalau sampai perkara itu terjadi aku tidak mahu lagi anggap kau kawan aku.”Salbiah mengalah. Dia begitu berharap agar sofea tidak buat hal.
“Oklah… Cik Salbiah oit!.. Aku takkan buat hal. Tapi kalau dah terjadi nak buat macamnana. Dah takdir.”selesai mengucapkan kata-kata Sofea segera berlalu dari situ.
Salbiah hanya mengelengkan kepala. Tidak larat untuk memikirkan perihal temannya itu.
***************************************************************************
Sewaktu Sofea sedang mengemas stor di bahagian belakang bilik hotel berdekatan pejabat, bajunya ditarik masuk ke dalam salah sebuah bilik disitu. Pintu dikunci oleh seseorang.
“Kau nak apa?”Tanya Sofea begitu berani. Dia melihat seorang wanita cantik berdiri di hadapannya sambil mencekak pinggang.
“Aku nak bagi warning kat kau. Jauhi Encik Shafiq. Dia milik aku.”ujar Lina, setiausaha Encik Shafiq sambil menunding jari terhadapnya.
“Kau siapa nak bagi amaran kat aku? Kau bini dia ke?”Tanya Sofea kembali sambil mematahkan jari yang menunding kearahnya.
Lina terjerit kesakitan. Dia cuba melawan. Sewaktu dia ingin memukul Sofea, Sofea terus menendang wanita itu lalu tersungkur ke lantai. Terus sahaja dia mencapai kunci bilik lalu membukanya untuk keluar. Dia Berjaya melolos keluar daripada bilik hotel bersama wanita gila itu. Keadaan Lina tidak terkawal. Dia terus sahaja mengejar Sofea. Sewaktu Lina ingin menarik baju Sofea untuk memukul wanita itu, seseorang yang kebetulan lalu di tempat itu menegur.
“Berhenti!”jerit lelaki itu yang berdiri dua langkah daripada mereka yang sedang bergelut. Tanpa membuang masa, Sofea mendapatkan lelaki itu lalu bersembunyi di belakngnya.
“Awak ni Lina kan? Setiausaha Shafiq?”Tanya Rizal, sepupu Shafiq. “Kenapa awak nak pukul pekerja kat hotel ni? Lebih baik awak pergi sekarang sebelum saya laporkan kepada Shafiq tentang hal ini dan mungkin awak akan dibuang kerja.”sambung Rizal. Lina segera berlalu dari situ sambil menghadiahkan jelingan tajam buat Sofea.
Sofea yang masih bersembunyi di belakang Rizal segera ingin berlalu setelah mengucapakan terima kasih. Dia menarik topinya lebih bawah lagi. Rizal yang baru sahaja berpaling ke belakang melihat gadis itu sudah menjauh. Dia mengejar gadis itu.
Sofea yang merasakan dirinya dikejar segera menuju ke lif. Belum sempat pintu lif tertutup, ada satu tangan yang menahannya.
‘Aduh, tembelangnya pecah juga hari ini.’keluh Sofea.
“Kenapa awak lari? Saya belum sempat bertanya lagi.”ujar Rizal.
Sofea hanya mendiamkan diri dan memandang ke bawah. Dia tahu satu patah perkataan yang keluar pasti kan merungkaikan seribu satu jawapan.
“Awak… ada darah kat dahi awak.”sewaktu Rizal cuba menyentuh dahi gadis itu, segera dia menepis. Tepisan yang kuat menyebabkan topinya tertanggal dari kepala. Rambutnya yang panjang mengurai terlepas bebas di hadapan lelaki itu. Terpana dia seketika. Wajah cantik itu diamati betul-betul.
“Sofea? Ini sofea kan? Ya allah… mana sofea pergi? Abang cari Sofea hampir setahun. Mama…papa… risau sangat dengan Sofi. Kenapa Sofi kerja kat sini? Shafiq yang suruh ke?”Tanya Rizal. Dia bersyukur sangat dipertemukan kembali dengan adiknya itu. Memang semuanya salah Shafiq tetapi dia juga memahami jiwa sepupunya itu.
Sofea mengenakan kembali topinya. Dia menceritakan semua yang berlaku termasuk rancangannya untuk memikat hati Shafiq dengan menyamar sebagai pekerja di hotel ini. Dia juga memberitahu yang Shafiq tidak mengetahui yang dia menyamar dan dia juga pasti yang Shafiq tidak dapat mengecam wajahnya kerana mereka hanya bertentang mata hanya beberapa kali sahaja.
“Baiklah… abang akan rahsiakan perkara ini, tetapi abang harap sangat perkara ini diselesaikan dengan cepat dan mulai sekarang, abang nak adik abang dihantar dan diambil oleh abang sendiri untuk pergi dan pulang dari kerja. Ini syarat untuk abang rahsiakan tentang penyamaran Sofi. Kalau tak, abang akan beritahu Shafiq hal yang sebenar.”Ujar Rizal sambil memeluk bahu Sofea.
Tanpa mereka sedari terdapat mata yang memandang perlakuan mereka semasa keluar daripada lif tersebut.
*********************************************************************************
“Opie…balik nanti saya yang hantar ya?”Tanya Encik Shafiq. Memang tidak diragui, dia memang sudah jatuh cinta terhadap gadis ini.
“err… bukan saya tak mahu tapi saya dapat tawaran daripada Encik Rizal. Memang selalu dia yang hantar saya balik.”ujar Sofea. Tidak mahu Shafiq meragui hubungannya dengan Rizal.
“But…please. Hari ini, saya nak bawak awak ke suatu tempat. Saya akan Call Rizal untuk memberitahunya tentang hal ini.”ujar Encik Shafiq bersungguh-sungguh.
“oklah…. Saya just follow.”ujar Sofea. Girang hatinya Shafiq ingin membawanya keluar dinner. Biasanya mereka hanya makan tengah hari bersama. Itu pun sentiasa ditemani Rizal.
Setibanya mereka di sebuah restoran eksklusif itu, Mereka disediakan tempat yang begitu romantis sekali.
“Apa semua ini Encik Shafiq? Saya seganlah. Dengan pakai jeans dengan t-shirt berkolar. Siap dengan cap lagi. Mesti diorang ingat Encik ni gay.”ujar Sofea.
“Ish…takdelah. Diorang takkan kata apa-apa pun.”Encik Shafiq menarik lembut tangan Sofea kea rah meja yang disediakan. Ditariknya kerusi untuk Sofea. Layanan yang diterima begitu romantic sekali. Alangkah indahnya Shafiq melayannya sebegini sewaktu mereka awal-awal menikah dahulu.
Selesai makan malam… Shafiq merenung kearah Sofea. Sepasang mata itu tersangat indah untuk dipandang.
“Opie… saya sebenarnya sudah jatuh cinta kat awak. Sudikah awak menerima saya seadanya?”Tanya Shafiq.
Sofea membuntangkan matanya melihat Shafiq. Alhamdulillah, akhirnya usahanya selama ini berbaloi. Tetapi, dia masih lagi mahu menduga lelaki ini. Adakah perasaan cinta lelaki ini kepada isteri yang dicarinya itu?
“Terima kasih kerana mencintai saya. Tetapi, bagaimana dengan isteri Encik Shafiq? Tidakkah dia akan kecewa apabila Encik Shafiq jatuh cinta kepada orang lain?”Tanya Sofea ingin menduga lelaki itu.
“Sa…saya tidak tahu. Yang dapat saya rasakan saat ini ialah perasaan saya terhadap awak sama terhadap perasaan terhadap isteri saya. Saya jatuh cinta pandang pertama kepadanya dan sekarang saya jatuh cinta lagi…terhadap awak. Perasaan itu sama seperti sebelumnya. Sampai satu tahap yang saya rasa awak ialah isteri saya. Tetapi saya masih lagi tidak dapat mengecam wajah sebenar isteri saya. Yang saya ada hanyalah gambar kad nikah kami yang sentiasa saya bawa kemana-mana. Wajahnya memang mirip awak sebab tu saya suka awak sebab saya rasa dia ialah awak. Tetapi…tak mungkin. Maafkan saya.”air mata lelaki itu menitis.
Tersentuh hati Sofea melihat wajah suaminya yang dalam kebingungan. Dia bersetuju untuk menjadi kekasih lelaki ini dan dia akan menceritakan hal yang sebenar apabila dia benar-benar bersedia.
*************************************************************************
Semakin hari hubungan Shafiq dan Sofea semakin rapat. Percintaan mereka dapat dihidu oleh pekerja-pekerja Hotel 5 bintang itu. Rizal juga sudah dapat tersenyum melihat adiknya gembira kini. Ramai pekerja yang jelik melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Shafiq dan Sofea. Mereka semua menganggap Sofea sengaja menggoda Encik Shafiq dan bakal menjadi peruntuh rumah tangga Shafiq. Semenjak mereka bercinta, Sofea kini menjadi pembantu peribadi Shafiq. Ramai yang tidak berpuas hati kepadanya.
“Sayang, hari ini kita dinner ya?”Tanya Shafiq kepada Sofea.
“Sori, hari ini saya busy sikit. Lain kali ye…”jawab Sofea. Shafiq hanya tersenyum mengerti. Sebenarnya Sofea sudah bertemu janji dengan abangnya,Rizal. Mereka merancang untuk memberitahu kedua mama dan papanya minggu depan.
“Maaf, abang. Sofi lambat sikit.”ujar sofea sambil menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan abangnya. Mereka ralit berbincang sambil bergurau senda dan tanpa mereka sedari seseorang sedang memerhatikan gerak-geri mereka.
“Apa semua ini? Patutlah, saya ajak awak keluar, awak beri alasan. Rupa-rupanya awak curang ya?”Tanya Shafiq dengan wajah bengisnya. Rizal dipandang tajam.
Rizal hanya tersenyum sinis melihat adik iparnya aka sepupunya itu.
“Siapa yang curang? Opie atau Shafiq yang curang dengan adik abang? Kau ingat abang tak tahu yang kau bercinta sakan dengan Opie?”Tanya Rizal.
Shafiq kelu seribu bahasa. Dia tidak tahu untuk berkata apa-apa. Memang dia cemburu melihat kemesraan antara Rizal dan Sofea.
“Saya cuma nak tahu apa sebenarnya hubungan Opie dengan Rizal?”Tanya Shafiq. Dia inginkan kepastian.
“Maafkan saya… kalau Encik Shafiq nak tahu, hubungan saya dengan abang Rizal sudah terjalin sebelum hubungan kita termeterai. Maaf kerana merahsiakan perkara ini.”ujar Sofea. Sudah tiba masanya untuk memberitahu hal yang sebenar.
“Oh… jadi, sayalah penganggu hubungan korang. Maafkan saya. Abang, maaf kerana curang dengan adik abang. Tetapi cinta saya kepada Sofea sama seperti cinta saya kepada Opie. Saya pergi dulu.”Shafiq ingin segera berlalu. Hatinya pedih sangat untuk menerima kenyataan ini.
“Tunggu! Betul apa yang dicakapkan oleh Opie. Tapi hubungan kami lebih lama terjalin kerana kami adik beradik. Sebenarnya, Opie ialah Sofea. Isteri Shafiq.”ujar Rizal. Dia menceritakan semuanya kepada Shafiq. Sofea menanggalkan topinya… rambutnya dilepas bebas. Shafiq amat mengecam isterinya dengan rambut yang sebegitu. Dia bersyukur… Allah menemukan semula isterinya yang dicari. Dia berbangga isterinya begitu berani menyamar dan meraih cinta darinya. Dia benar-benar bersyukur. Lantas dia segera memeluk Sofea dan meminta maaf. Tetapi, dia masih lagi tertanya-tanya siapakah gerangan yang menelefonnya memberitahu tentang pertemuan Rizal dan Sofea? Dia betul-betul ingin mengucapkan terima kasih kepadanya.
**************************************************************************
Pagi itu, Sofea berdandan ala kadar untuk ke hotel tempat suaminya bekerja. Dia kembali menjadi seperti asal iaitu seorang yang feminine dan berpakaian perempuan. Hari ini, dia juga akan berpindah ke rumah suaminya. Tidak sabar untuk dia ke tempat kerjanya.
Kedatangan Sofea pada pagi itu mengejutkan ramai staf2 di situ. Ramai yang memuji kecantikan Sofea tidak kurang juga ramai yang cemburu. Ramai yang terkejut dengan kedatngan Sofea kerana setahu mereka itulah kali pertama Sofea ke Hotel tersebut setelah majlis perkahwinan mereka yang diadakan di hotel ini.
Seperti biasa, mereka ingat Sofea akan datang menyerang Opie yang dianggap perampas oleh sesetengah staf hotel tersebut.Itulah yang berlaku dalam drama-drama televisyen. Tetapi, takkan dia hendak menyerang diri sendiri?
Hasrat untuk memperkenalkan dirinya yang sebenar kepada semua pihak terbantut apabila Shafiq tiada di pejabatnya. Dia dimaklumkan Shafiq akan masuk kerja petang ini. Ramai yang menyangka dia baru pulang dari oversea kerana lama tidak datang ke hotel. Dia hanya mengiyakan buat masa sekarang.
Sofea pulang untuk menggantikan baju dengan baju penyamarannya sebagai Opie. Dia sekali lagi kembali ke pejabat dan dicemuh oleh beberapa staf yang menyatakan dia tidak standing Puan Sofea. Hendak tergelak juga dia mendengarnya.
Tengah hari itu, Shafiq pulang ke pejabatnya. Keadaannya amat lesu. Dia masuk bilik rehat di belakang pejabatnya. Sofea yang melihat suaminya begitu terus mengekori. Setelah dibuka pintu bilik, dia mendapati Shafiq kelihatan tidak bermaya. Dia membuka baju Shafiq untuk memberi ruang udara. Dia menyuruh Shafiq menelan ubat yang tersedia di situ. Lebih sejam dia menunggu Shafiq untuk sedar.
“Alhamdulillah, abang dah sedar. Kenapa abang tak terus balik je tadi? Abang kan demam?”Tanya Sofea.
“Memang abang nak balik, tapi abang nak balik dengan Sofi. Kan kita dah janji semalam?”ujar Shafiq. Setelah dia tahu Opie adalah isterinya, dia sudah mengubah panggilan itu.
Ketukan bertalu-talu di luar bilik mengejutkan mereka. Sofea segera membuka pintu manakala Shafiq yang masih lemah terbaring di atas katil.
Terkejut Sofea apabila mendapati beberapa orang lelaki yang berkopiah yang mungkin daripada kalangan pegawai pencegah maksiat menyerbu bilik rehat itu. Sofea dan Shafiq bertegas mereka ialah suami isteri dan tidak diendahkan kerana tidak mendapat bukti. Sungguh, mereka tertinggal sijil perkahwinan mereka.
Ramai staf2 di situ berbisik antara satu sama lain melihat Opie dan Encik Shafiq dicekup.
Di pejabat Jabatan agama islam…
“Jika betul kamu berdua sudah bernikah, sila kemukakan buktinya.”Tanya salah seorang pegawai di situ.
Sofea meminta kebenaran untuk menghubungi keluarganya. Begitu juga Shafiq. Mereka menghubungi keluarga masing-masing.
Dalam masa 30 minit semua ahli keluarga mereka sampai.
Sofea memeluk mama dan papanya. Dia meminta maaf daripada mereka dan keluarga mertuanya. Dia bercadang untuk bertemu dan berkumpul pada hari minggu ini untuk kejutan. Ternyata mereka yang terlebih dahulu dikejutkan.
Setelah berbincang dan mengemukakan bukti dan saksi, akhirnya pihak pegawai yang mencekup mereka meminta maaf dan akan menyiasat terlebih dahulu mengenai perkara itu. Esok mereka akan menerangkan kepada staf2 mengenai perkara yang sebenar.
Semua staf dan kakitangan Hotel 5 bintang diminta berkumpul di dewan. Ramai yang berbisik sesama sendiri.
********************************************************************
“Minta perhatian! Tujuan saya memanggil kalian untuk berkumpul ialah saya ingin memperkenalkan isteri saya iaitu Opie atau yang glamournya kamu semua memanggilnya Puan Sofea. Sebenarnya, Opie dan Sofea ialah orang yang sama. Kamu mungkin tak perasan yang selama ini dia menyamar untuk mendapatkan cinta seorang suami. Terima kasih kepada isteri saya yang selama ini terpaksa bersabar menerima banyak tohmahan daripada orang sekeliling. Dan saya sebenarnya sudah tahu siapa yang menjadi dalang kepada semua fitnah ini. Dan diharap segera datang berjumpa saya dan isteri untuk memohon maaf selepas ini. Jika tidak, akan dibuang kerja. Keputusan ialah muktamad.”ujar Shafiq. Semua diminta bersurai.
************************************************************

“Saya tak tahu yang selama ini Opie sebenarnnya Puan Sofea. Maafkan saya, Puan.”ujar Salbiah. Dia tidak tahu perkara itu. Dia menyesal memarahi Sofea suatu ketika dahulu.
“Taka pa… saya pun bersalah membuatkan awak berteka-teki siapa saya. Lagipun semua nasihat awak berguna kerana awak tak suka orang merampas kebahagiaan orang lain… Awak ialah sahabat yang baik. Terima kasih. Lepas ni kita boleh jadi sahabat yang lebik karib lagi. Erm… satu lagi, saya tak nak awak panggil saya puan. Panggil Sofi pun cukup.”ujar Sofea. Mereka akhirnya berpelukan.
Melihat isterinya merungkaikan pelukan, Shafiq segera mendekati mereka dan menggenggam jemari Sofea.
“Awak tahu… Dialah isteriku dunia dan akhirat.”ujarnya kepada Salbiah dan menjeling manja terhadap isterinya yang tersayang…
************************************************************
Akhirnya Lina dibuang kerja kerana melakukan fitnah terhadap mereka. Akhirnya, akibat cemburu Lina menerima akibatnya. Dia akhirnya menjadi gila akibat terlalu obsess terhadap Shafiq.
P/s: silalah memberi komen agar dapat saya meningkatkan mutu karya saya pada masa akan datang. Silalah layari blog saya di www.cerpeneira.blogspot.com

1 comment:

  1. Saya paling suka cerpen ni...terbaik!!

    -insan biasa

    ReplyDelete