Wednesday, December 30, 2009

CINTA KEY CHAIN.........


`Mierul, kasi balik wana punya key chain. Kalau tak Wana cakap kat Abang Haikal.'ujar wana sambil merengek-rengek meminta Amierul memulangkan Key chain yang dibeli oleh ibunya semasa berkursus di Pulau pinang.


`HA..haha, kalau wana nak wana kejar la mierul.'Dia segera berlalu dari situ sambil membawa key chain Wana. Wana menangis teresak-esak sambil megngejar Amierul yang sudah jauh meninggalkannya. Dia begitu sayangkan key chainnya itu. Dia berazam untuk mendapatkannya kembali.

Selama seminggu Wana tidak keluar rumah akibat mogok terhadap Amierul, akhirnya dia dapat menerima kenyataan bahawa dia tidak akan pernah mendapatkan semula key chain berbentuk hati miliknya itu. Baginya key Chain itu sangat istimewa kerana itu merupakan hadiah ulang tahunnya yang ke lima pada masa itu. Amierul pula sudah berpindah ke bandar bersama kelurgannya kerana mengikuti bapanya yang bertukar tempat kerja di sana sebagai seorang doktor.

*********************************************************************

Sepuluh tahun berlalu,

`Wana...!!!' farah terjerit-jerit memanggil Wana yang sedang makan di kantin bersama teman-temannya yang lain.

`Wei...farah kau ni nape? Dah kene sampuk ek?'ujar Wana apabila melihat temannya yang sudah berpeluh-peluh setelah tamat sesi larian maratonnya tadi.

`Bukanlah wei. Aku ade berita gempak nak bagitau nih.'tercungap-cungap cara percakapannya akibat keletihan. Segera disambar air sirap yang sedia terhidang di atas meja temannya itu.

`woi!!! kau minum air aku tu pe hal?' sergah Ziera yang dari tadi asyik melihat gelagat temannya itu yang sudah dicopkan sebagai wartawan tidak rasmi sekolah. Semua hal yang berlaku di sekolah ada di dalam pengetahuannya.

`sowi ar...dahaga sangat nih.' katanya sambil meraih tangan temannya lalu dkucup.

`Dah la tu...kau kata ade berita gempak ape dia?'tanya Wana tidak sabar untuk mengetahui gosip-gosip terkini yang berlaku di sekolah.

`Korang tau tak...ade budak baru yang masuk sekolah kita la. Budak form 4. Hensem beb!. Aku dengar dia datang dari bandar. Abang dia lower six. hensem jugak...wah...cair aku kau tau!!!' ujar farah sepenuh hati sambil merapatkan tangnnya ke dada.Nampaknya macam dah gila bayang.

`hah? betul ker mana kau tau?' tanya Wana dan Ziera serentak. Mereka sudah mulai bersemangat untuk memulakan perbualan.

`Aku kan wartawan tak rasmi sekolah....'ujar farah sambil menunjuk diri sendiri. Mereka bertiga terus sahaja bercakap tentang budak lelaki yang baru datang ke sekolah mereka itu. sudah setengah jam mereka bercakap tentang kewujudan budak baru itu.

`ehem!!ehem!!' mereka bertiga berhenti berbual. Seraya itu mereka berpaling lalu tersengih melihat seorang lagi rakannya itu sedang menyilangkan tangan.

`Eh, Saira. Aku lupa pulak kau ada kat sini.' ujar salah seorang daripada mereka sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

`Lailahaillallah...kamu bertiga ni memang tak boleh dengar tentang lelaki hesem ya? Asyik mau ambil tahu sahaja. Awak semua tahu tak yang saya dah lama duduk kat sini. Kamu tak hiraukan saya pun. Sekarang ni...masa rehat dah habis. Jom lah masuk kelas. Kalau nak tunggu kamu semua habis cerita alamat sampai ke malam lah jawabnya.' Saira segera berlalu menuju ke kelasnya. Dia sengaja pura-pura merajuk dengan kawan-kawannya itu. Ketiga- tiga orang rakannya itu juga bergegas menuju ke kelas masing-masing.

Mereka lihat sahaja Saira berlalu. Masing-masing menjadi kelu untuk berbicara. Mereka bertiga segera bangun untuk memujuk rakan mereka yang tengah hot itu. Mereka mengakui rakan mereka yang sorang itu amat anti akan lelaki.


***************************************************************

Loceng yang berbunyi menandakan tamat sudah sesi persekolahan. Keempat-empat rakan baik itu bergandingan keluar dari kawasan sekolah menuju ke perhentian bas. Setibanya di sana, mereka melihat sudah ramai murid yang berebut-rebut untuk menaiki bas. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk berebut sama. Akhirnya, mereka dapat meloloskan diri ke dalam bas yang sempit itu.

`eh, korang hari ni banyak kerja rumah la. Apa kata korang datang rumah aku, kita buat sama-sama.' Wana memberi cadangan kepada rakan-rakannya. Selain itu, mereka boleh juga membuat perbincangan memandangkan peperiksaan PMR bakal menjelang tak lama lagi. Dua orang rakannya hanya setuju sahaja kecuali Saira.

`Wana...maaf. Saya tak boleh datang. Nenek saya sakit. Saya kena jaga nenek saya.'kata Saira. Dia tahu rakannya kecewa dengannya kerana tidak dapat mengikuti menelaah bersama. Dia juga berasa sedih...tetapi memandangkan neneknya tidak berapa sihat dia terpaksa tidak mengikuti rakannya itu. Sejak kecil lagi dia ditinggalkan di rumah neneknya. ibubapanya berhijrah ke kota untuk bekerja. sering kali juga dia kesepian tanpa orang tuanya di sisi. Tetapi, mujur ada opahnya yang setia bersamanya dan tempat dia mencurahkan kasih sayang.

`oh, takpelah kalau macam tu. Hah! apa kata esok kita stayback kat sekolah. kita study kat library la...bukan lama, sekejap je, boleh tak?' tanya Wana dengan penuh harapan. Akhirnya Saira hanya memnganggukkan kepala tanda setuju dengan cadangan rakannya itu. Akhirnya mereka sama-sama ketawa.



****************************************************************************


Keesokan harinya...

`ops! sori.' ujar Saira. Buku-buku yang bertaburan itu dikutipnya. Dia memberi semula buku itu kepada tuannya lalu ingin berlalu dari situ.

`eh, tunggu. Saira jangan pergi lagi.' Kaki saira terkaku. Dia memandang jejaka kacak di hadapannya. Lantas dia tersenyum.

`Abang Haikal? Bila abang bersekolah di sini? Abang tinggal kat mana? Mana abang Mierul?' tanya Saira bertalu-talu.

`Hei sayang, mana satu abang nak jawab ni? ok lah....abang baru je daftar sekolah ni semalam. Abang dengan abang mierul datang dengan naik bas jer. Kami tinggal kat asrama. mama dan papa sibuk, tak sempat nak hantar..'

`oh, abang datanglah rumah hari minggu ni. Jenguk nenek...dia rindu kat abang tau.'

`insyaallah...eh, Saira belum jumpa abang mierul kan...? Dia tanya jugak Saira semalam. Kami cuba cari Saira tapi tak jumpa. Pergilah jumpa dia kat kelas 4 Mawar. '

`ok. bye bang. jumpe lagi...'


Dia segera berlalu dari situ. Dia ingin menapakkan kaki ke kelas 4 Mawar. Dia melihat ada orang sedang bertengkar di hadapan bilik darjah. Melihat susuk tubuh itu, dia tahu siapa gerangannya. Dia segera ke sana.

` Ya Allah...Wana. Dah la tu....jangan lah gaduh dengan dia lagi.' pujuk Saira sambil menarik lengan rakannya itu. Dia tidak mahu Wana bergaduh dengan Abang Mierul.

`Lepaskan aku...Saira. Aku nak ajar budak yang kurang ajar ni. Sedap dia je tuangkan air kat baju aku. Habis lecun tau. Nasib baik cuma air masak je.' kata Wana sambil cuba untuk memukul Mierul.

`Wei...mana ada aku curahkan kau air. Aku terlangar kau dan pastu air tu tumpah sendiri kat baju kau.'ujarnya sambil menahan diri agar tidak tergelak. Dia tahu dia yang salah kerana tanpa sedar air itu dicurahkan kepada wana. Dia sebenarnya asyik melihat Wana yang manis itu. Sejak pertama kali melihat, dia seperti sudah jatuh cinta.

`ok lah...Dahla wana, dia tak sengaja tu. Jomlah.' Saira menarik Wana menuju ke kelasnya. Selepas menenangkan kawannya, dia segera ke kelas Mierul.

`Abang Mierul....' panggil Saira.

`eh, bukan ke kau ni kawan minah tadi tu?'tanya mierul.

`Ish...abang ni. Takkan la bang tak perasan...cuba lihat betul-betul. kenal tak?' ujar saira sambil menunjukkan mukanya. Mierul membelek-belek muka saira lantas menguntumkan senyuman.

`ni Saira kan? betu ke ni? eh, lama tak jumpa. dah dekat tiga tahun dah. Saira apa khabar?' tanya Mierul.

`Baik... kenapa tak kenal Saira? Kenapa abang lama dah tak balik... rindulah.'ujar Saira. Dia sememangnya lebih rapat dengan Mierul berbanding Haikal.

'Abang pun rindu juga.' Ruang yang tadinya kosong kini terisi semula. Lenyap sudah muka ayu Wana yang memarahinya tadi. Dia amat merindui Saira. Dia sering meminta orang tuanya pulang ke kampung untuk bertemu dengan Saira dan nenek.

`eh, abang...tadi kenapa?'

`hah? oh, tadi tu abang tak sengaja je. abang khayal kejap...' dia tersengih sumbing.

`ha...mesti abang ni ada hati kat Wana kan? ok, takpe...saira boleh tolong adjustkan untuk abang.'

`hei...tak payah la.'

`ish...takpe la....bye. Saira masuk kelas dulu.'ujar Saira sambil berlalu...

***********************************************************

Sebulan berlalu, dengan bersusah payahnya Saira cuba merapatkan rakannya kepada mierul Akhirnya, mereka sudah menjadi pasangan kekasih. Kalau dahulu Mierul yang rapat dengan Saira, kini Haikal pula yang mengambil alih tempatnya. Mereka bercadang untuk mengulangkaji bersama di pustaka. Tidak ketinggalan juga waratawan tidak rasmi sekolah itu dan seorang lagi kawannya.

Mereka mengadakan perbincangan di dalam kumpulan di perpustakaan. Haikal juga ingin mengumumkan sesuatu.

`ehem...sebenarnya hari ini ialah hari atau minggu terakhir abang ada kat sini. Abang dapat tawaran ke Kolej. Abang terpaksa pergi. Kepada adik-adik sekalian, abang nak mintak maaf. Abang harap, Mierul dapat menjaga kamu semua termasuk orang yang abang paling sayang iaitu Saira. Mirul tolong jagakan Saira ye...dan lain-lain juga.' ucapnya dengan penuh mengharap dan sangat bermakna sambil memegang bahu adiknya.

Saira terkesima. Orang yang paling dia sayang akan pergi meninggalkannya. Dia berasa amat kecewa. Tapi, sekurang-kurangnya dia masih lagi mempunyai abang mierul. Akhirnya, dia redha.



***************************************************************************

Beberapa bulan berlalu...


Peperiksaan percubaan semakin hampir. Kini mereka lebih kerap ke pulang lewat untuk mengulangkaji pelajaran dan kelas tambahan.

`Mierul...kenapa sejak akhir-akhir ni Mierul suka menjauhkan diri daripada Wana? Wana ada buat salah ke?'tanya Wana. Dia perasan Mierul seakan ingin menjauhkan diri daripadanya. `Wana tengok mierul asyik mendekati Saira je?'

`Wana...kenapa ni? Mana ade mierul buat macam tu. Mierul cuma sayangkan wana je. Wana tak ingat ke pesanan abang Haikal supaya mierul menjaga saira?' kata mierul cuba menegakkan kebenaran.

`Wana tahu...tapi mierul macam lebihkan dia je. Ke abang cintakan dia?'tanya wana serkap jarang.

`Dahla Wana...sebelum mierul naik angin baik wana berhenti!!! aku bosan tau!!!!'' mierul menengking wana lalu meninggalkan dia sendirian di taman sekolah.

Wana menghemburkan air matanya. Dia tidak menyangka Mierul akan berubah disebabkan rakan karibnya sendiri.


`Abang? kenapa ni...? abang ada masalah dengan Wana ke? sejak kebelakangan ni abang macam tak ceria je...Saira risau la bang. Saira rindukan abang yang dahulu...seorang yang periang dan klakar.' ujar Saira sambil menggosok-gosokkan telapak tangan Mierul. Mierul seolah-olah mendapat kekuatan apabila tangannya digenggam erat oleh Saira.

`taklah...Sayang jangan risau, abang takde masalah dengan dia pun. Mungkin dia masih belum mengetahui hal sebenar... lupakanlah. Abang ade sesuatu nak kasi sama Saira. Nah...' dia menghulurkan key chain yang sekian lama disimpannya. 'Abang tahu key chain ini akan terlepas jua dari tangan abang seperti tuannya juga...' ujar mierul sambil mengesat air matanya. Saira segera mengesat air mata yang masih lagi bersisa di pipi mierul dengan sapu tangannya.

Tanpa disedari, terdapat dua pasang mata yang menyaksikan adegan antara mierul dan saira. Mereka berura-ura untuk memberitahu kepada Wana tentang kejadian tersebut...


****************************************************************************

`HAH!!! korang biar betul...patutlah selama ini dia sering mengelak daripada aku..." ujar Wana sambil bersedia menggenggamkan penumbuknya.

`hei...takkan la kami nak bohong pulak. Kau masih tak kenal aku ke? nie bakal wartawanlah......" ujar farah sambil diapit oleh ziera di sebelahnya.

`ye aku percaya kau....thanks for the information...kaulah sahabat baik aku dinia akhirat.' Dia akan mencari bukti tentang cerita itu.....


**************************************

`Abang....'

`eh, saira nape ni?' Dia tidak betah melihat Saira menangis teresak-esak.

`Abang, Saira cuma dapat 2a je trial.'

`eh, kenapa nangis? dah la....ok lah tu daripada tak dapat apa-apa...dah la tu syh!!!' Mierul memeluk Saira erat sekali. Saira kembali tenang. Tiba-tiba...

`owh...ini kerja korang ye. patut la kau asyik nak mengelak daripada aku. Rupa-rupanya kau ada skandal ngan perempuan sundal nie...argh....meh aku ajr pompuan nie...'Wana segera menerkam kearah Saira tetapi dihalang oleh mierul.

`Stop it! kau tak layak nak sentuh saira. Pergi kau dari sini. Mulai hari ni kita putus. Buat pengetahuan kau aku lebih sayangkan Saira daripada kau.' mierul segera menarik lengan Saira lalu berlau dari situ...


Semenjak peristiwa itu, mereka tidak lagi rapat seperti dahulu...Saira hanya mendiamkan diri. Dia pernah cuba menerangkan hal yang sebenar tapi gagal. Dan selepas itu, dia mendapat tahu bahawa Wana sudah berpindah ke kota. Dia begitu hampa sekali.


**********************************************************


Sepuluh ahun kemudian....


`Eh, ini Saira kan?'tanya Wana.

`WANA!!!!' ujar saira sambil memeluknya. Keadaannya yang kini berbadan dua menyukarkannya untuk bergerak.

`Wah.... dah memboyot nampak. Ni mesti anak Mierul kan? Jadi jugak kau dengan dia.' ujar Wana ikhlas. kini dia dapat menerima kenyataan bahawa Mierul bukan miliknya.

Muka Saira berubah rona. Sesungguhnya dia amat malu terhadap rakannya. Dia ingin meminta maaf. Ada satu lagi perkara yang hendak diberitahu kepada rakannya itu.

`erm...Wana...saya nak beritahu sesuatu, harap awak dapat menerimanya....' belum sempat Saira memberitahu, dia ternampak Mierul yang sedang menyusun langkah ke arah mereka.

`Eh, abang, Abang pergi mana tadi. Dah lama Saira tunggu tau.'ujar Saira sambil menggamit Mierul ke sisinya. Dia memperkenalkan kembali bekas pasangan kekasih itu.

`Hai...lama tak jumpa.' ujar Mierul sambil tersenyum manis ke arah Wana. Wana hanya tersenyum memandang Mierul. Masing-masing kelu untuk berbicara. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk ke restoren yang berdekatan.

`Alang-alang kita dah berkumpul ni, Saira nak cakap sesuatu. Saira nak satukan semula pasangan kekasih yang telah terpisah selama sepuluh tahun....Wana, Saira nak wana kahwin dengan Abang Mierul....Boleh tak?'' tanya Saira penuh mengharap...

`Saira...kenapa ni? Kau tak sayangkan suami kau ke? Hei mierul...kenapa kau diam. Kau pun tak sayangkan bini kau ke? Maaf Saira...aku tak boleh terima. Aku pergi dahulu.' Wana ingin segera berlalu dari situ. Dia tidak ingin menghancurkan rumah tangga rakannya.
Saira hanya tenang di kerusinya. Dia sudah menjangka akan hal itu. Dia tetap akan menyatukan dua insan yang disayanginya itu. Sementara itu, mierul hanya setia di kerusinya. Dia hanya menundukkan muka dan tidak berura-ura untuk bercakap.
`Tunggu....awak masih ingat key chain ini?' tanya saira. `kalau awak nak tahu...tuan empunya key chain ini adalah orang yang paling disayangi oleh mierul.'
`mana awak dapat benda ni? dah dua puluh tahun keychain ini dicuri seseorang.'
`awak nak tahu siapa yang curi?...itulah, mierul awak. Dari dahulu hingga sekarang. Sejak awak pergi meninggalkannya...dia telah memberikan key chain ini kepada saya. dia kata hatinya juga telah hancur....tolonglah.., terima mierul balik. oh ya, saya nak bagi tahu awak satu perkara....sebenarnya, kami bukan pasangan suami isteri. Tapi, kalau awak nak tahu Abang mierul ini ialah abang kandung saya. begitu juga Abang Haikal. Maaf tidak berterus-terang sejak dahulu lagi. Salam....saya nak pergi dah ni. Suami saya sedang menunggu di luar. Kalau awak ada masa datanglah rumah.' saira segera bergegas ke arah suaminya yang menanti diluar. Dia meletakkan key chain di atas meja.
Wana terkesima. Dia tidak tahu untuk memulakan perbualan dengan Mierul. Dia mengakui dia bersalah kerana tidak mahu mendengar kebenaran yang ingin disampaikan oleh Saira dahulu.
`So, macamana....would you merry me?' tanya Mierul.
Wana hanya tersenyum bahagia. Dia menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu bagaimana perasaannya sekarang. Hanya linangan air mata yang menggambarkan betapa bahagianya dia sekarang.
Akhirnya, mereka membina keluarga yang bahagia....bersama-anak-anak yang bakal lahir ke dunia nanti.
***************************************************************


TAMAT...

Saturday, December 19, 2009

kembar vs cinta II

`Assalamualaikum.' Syed Shahrul Akmal memberi salam. Selepas berpindah ke rumah baru sejak setahun yang lalu bersama isterinya, dia sering berkunjung ke rumah ibubapanya. Lagipun rumah barunya itu berdekatan dengan rumah orang tuanya.
`Waalaikumussalam. Eh, Shah kamu datang sorang ke? mane Amy?' tanya Datin Sharifah Aqilah sambil menghulurkan tangannya untuk disalami oleh anaknya.
`Amy out-station ma. Dia ke Pulau pinang selama tiga hari. Hari ni saya tidur sini kot. Bosan la duduk kat rumah.'Kata Syed Shahrul Akmal sambil mengorak langkah masuk ke dalam rumahnya. Dia melihat anak buahnya yang kembar itu sedang asyik menonton rancangan televisyen kegemaran mereka. dia juga mengambil peluang untuk mendekati anak buahnya itu.

`Hei...Fizi...FIza...daddy usu datang ni.' Teriak Syed Shahrul Akmal memanggil anak buahnya.
`hah...daddy usu datang...yea...yea...' Mereka segera menapak ke arah Syed Shahrul Akmal sambil memeluknya. `Daddy Usu..., mummy Amy tak datang ke?' tanya salah seorang daripada anak buahnya itu.
`mummy usu sibuk la...tak boleh datang.' Tiba-tiba datang Datin Sharifah dari arah dapur sambil menatang dulang yang berisi air untuk diberikan kepada anak bongsunya.

`Isteri kamu tu sibuk je memanjang. Apa sangatlah yang penting dengan kerja tu. Hah, perut isteri kamu tu dah berisi ke belum. Dah dua tahun kamu kahwin tapi tak lekat-lekat jugak. Ke kamu merancang? Ala...tak payah la nak merancang-rancang. Anak kan anugerah dari Tuhan, kita sepatutnya menerimanya dengan ikhlas.' bebelan Datin Sharifah sudah acap kali didengari.Dia juga sudah naik bosan mendengarnya.
' mama...saya tahu. Tapi, kami belum ada rezeki lagi. kami pun tengah berusaha ni.' kata Syed Shahrul Akmal lesu. Bukan dia tak mahu anak tapi belum ada rezeki. Dia pun sudah berusaha sebaik mungkin tetapi tiada hasilnya. kini, dia hanya bertawakkal kepada-Nya.
`ye lah...eh, kamu dah buat pemeriksaan kat hospital ke? entah-entah bini kamu tu mandul tak?'tanya Datin Sharifah Aqilah.
`mama!! tak baik tau mama cakap macam tu. kalau Amy dengar mesti dia kecik hati. Mama...apa kata kalau kami ambil anak angkat. Biasanya apabila dah ambil anak angkat, mudah lekat tau mama. Orang kata mungkin berkat budak tu kot.'ujar Syed Shahrul Akmal bersungguh-sungguh. Dia teringat kata-kata isterinya yang mengusulkan cadangan mengambil anak angkat minggu lepas.
`Dah, jangan nak melalut. Daripada kau nak ambil anak angkat baik kau kahwin lagi satu. Ada kawan mama yang sedang mencari jodoh untuk anaknya yang baru balik dari oversea tu. apa kata kalau kita pergi meminangnya. Mungkin cepat sikit lekatnya.'
`err...tak nak lah shah. Mesti budak perempuan tu liar semacam je. Lagipun, Amy mesti tak suka kalau hidup bermadu. Mama pun mesti tak suka kan? ish...macam manalah kalau papa madukan mama?' sengaja Syed Shahrul berkata begitu di hadapan mamanya. Dia tahu betapa peritnya kehidupan bermadu. Dia juga tak mahu mengambil tindakan yang melulu takut nanti kelak akan menjadi binasa.
`Ah, kamu ni memang susah lah. Asyik membela isteri je...mama kamu ni kamu tak dengar cakap. Erm...malaslah nak cakap dengan kamu. Tapi, dengar sini mama tak akan terima cucu yang bukan dari keturunan anak-anak mama. Kamu jangan nak mengada nak bela anak orang. lebih-lebih lagi dari rumah anak-anak yatim. Entah-entah anak haram yang pun kita tak tahu.' selesai berkata-kata Datin Sharifah segera berlalu ke dapur untuk menyediakan makanan buat cucu-cucunya sambil ditemani oleh bibik. Syed Shahrul Akmal pula terkulat-kulat sendirian setelah mendengar amaran daripada mamanya.



******************************************************************************



`Sayang, esok mama suruh kita ke rumahnya. Dia adakan majlis makan malam keluarga.' kata Syed Shahrul Akmal kepada isteri tercintanya.
`emm...peliknya. Biasanya, tak pernah mama adakan majlis. Abang rasa kenapa mama panggil kita semua berkumpul ye?'tanya Amy kepada suaminya. Dia merapatkan lagi tubuhnya ke arah suaminya apabila dia merasakan kedinginan malam mencengkam tulang hitamnya. Suasana malam di beranda rumahnya amat dingin sekali.
Syed Shahrul Akmal yang melihat isterinya kesejukan terus sahaja merangkul pinggang Amy supaya mereka dapat merasai kehangatan di sebalik kedinginan yang mencengkam.
`Entahlah sayang. esok tahu lah tu...sayang, bila kita nak dapat baby? Abang teringin la nak bergelar ayah.' Syed Shahrul Akmal meluahkan isi hatinya. Dia membelai-belai rambut isterinya yang panjang sampai ke paras bahu itu. Dia tahu apabila soal ini dibangkitkan isterinya sering sahaja bermuram durja.
`Bukan abang sorang je nak jadi ayah. Saya pun nak jadi ibu juga. Mungkin kita tidak diberikan rezeki lagi. insyaallah, masanya akan tiba jua. Kenapa? Abang bosan ke dengan Amy? Kenapa tiba-tiba je abang tanya benda ni?' Tanya Amylea kerana setahunya suaminya sudah lama tidak membangkitkat soal ini.
Syed Sharul Akmal hanya mampu mengelengkan kepalanya. Tiba-tiba dia teringat akan perbualannya bersama mamanya minggu lepas. Dia juga tidak rela memadukan Amylea. dia tahu Amylea akan menderita sekiranya dia memadukan isterinya kelak. Fikirannya sungguh buntu saat ini.



*****************************************************************************



Keesokan harinya...

Setelah selesai majlis makan malam, Datin Sharifah Aqilah mengumumkan sesuatu kapada seluruh ahli keluarganya. Sememangnya pengumuman itu amat mengejutkan. Di dalam majlis kelurga itu terdapat orang asing yang datang. Keluarga kenalan Datin Sharifah iaitu Datin Hasnah turut serta dalam majlis itu.

`Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga Datin yang datang bertandang ke rumah saya pada hari ini. Sebenarnya, kami berdua dah buat pakatan nak jodohkan anak kami iaitu Syed Shahrul Akmal dengan Zuryani. Majlisnya akan diadakan lebih kurang tiga bulan lagi.'Semua yang berada situ melopong setelah mendengar pengumuman yang tidak di sangkakan itu.

`MAMA!!! mama tak boleh buat macam ni. Shah kan dah kahwin...kenapa mama buat macam ni? mama tak kesian kat Amy ke? Diakan menantu mama.' ujar Syed Shahrul Akmal sambil memeluk isterinya yang sedari tadi menundukkan kepala...menangis mungkin.

`Menantu apa macam tu... mandul...tak boleh beranak, huh. Hei, kamu tu takde rasa ke nak anak? hai...nasib kamulah dapat isteri yang mandul.' ujar Datin Sharifah sambil memandang sinis kearah menantunya.

`Mama...saya minta maaf kalau saya dah sakiti hati mama. Memang betul cakap mama yang saya ni mandul. Mungkin ini nasib saya. Saya ikhlas menerimanya. Abang, abang kahwinlah dengan Zuryani. Mungkin dia boleh bahagiakan abang dan berikan abang zuriat. Saya sanggup bermadu. Tetapi, berlaku adil lah bang. Saya ialah seorang insan yang lemah. Mungkin ada hikmah di sebalik semua ini.' Setelah selesai berkata-kata,Amylea melangkah longlai dan menapak ke arah kamarnya. Hatinya cukup luluh dengan kata-kata penghinaan daripada Datin Sharifah. Mungkin ini nasibku...bisik hatinya. Dia melihat suaminya membuntutinya. Dia tahu suaminya amat menyayanginya. Tetapi, sebagai anak dia terpaksa patuh kepada ibunya.

`HAH...puas hati awak sekarang? Awak tahu tak yang awak tu dah kecewakan menantu kita. Cuba awak fikir mungkin anak kita yang mandul.' kata Syed Ammar kepada isterinya kerana baginya kali ini isterinya memang sudah melampau.
`No...no...no... abang, anak kita tak mungkin mandul. KAlau nak tahu dia mandul atau tak kita kahwinkan aje dengan Zuryani tu. Saya rasa mesti cepat dapat anak tau bang. Dahlah bang perkara ni dah selesai. Saya tetap nak bermenantukan si Zu tu.' setelah selesai berkata-kata Datin Sharifah terus menarik gebar untuk meyelimuti tubuhnya. Dia memalingkan wajah daripada pandangan suaminya. Matanya segera dipejamkan apabila melihat suaminya seolah-olah ingin mengeluarkan kata-kata.

*************************************************************************
Tiga bulan kemudian...

Keesokan harinya setelah majlis sambut menantu diadakan, mereka semua bersarapan bersama-sama.
`Hai...menantu mama dah bangun. Awalnya...mana Shah? Takkan kamu turun sorang je.' tanya Datin Sharifah kepada menantu barunya, Zuryani.
`Entahlah mama... semalam dia tidur dalam bilik kak Amy. Mama...Kak Amy tu mengada-ngada lah. Kedekut suami. Kan Abang Shah dah kahwin dengan Zu, dia saja je tak nak bagi abang dekat dengan Zu. Dia tu memang dengki lah ma...Mama cakaplah kat dia yang abang Shah tu pun suami Zu.' rengek Zuryani sambil melentokkan kepalanya ke bahu ibu mertuanya...manja. Dia memang cemburukan kemesraan yang dipamerkan oleh suaminya dan madunya itu.
`a'ah...nanti mama nasihatkan. Kita makan dahulu lah ye.' kata Datin Sharifah sambil melayan menantu barunya. Suaminya yang melihat adegan menantu dan isterinya hanya mendiamkan diri dan tidak mahu masuk campur. Dia memandang jelek dengan tingkah laku menantu barunya itu.
`Shah...Amy mari makan. Dari tadi kitaorang tunggu kamu berdua.' ajak Datuk Syed Ammar kepada sepasang suami isteri yang baharu sahaja menuruni tangga sambil berpimpingan tangan. Perlakuan mesra mereka mendatangkan perasaan kurang senang terhadap Datin Sharifah dan Zuryani. Mereka menapak ke meja makan dan duduk bertentangan dengan Datin Sharifah dan Zuryani.
Setelah selesai bersarapan, mereka ke Ruang tamu untuk bersantai. Amylea membantu bibik mengemaskan meja makan. Dia tidak mahu mendengar perbualan antara mama dan suaminya. Yang pasti kalau dia memasang telinga, hatinya jua yang merana. Lebih baik dia tidak turut serta daripada perbincangan itu. Kelihatan juga Datuk Syed Ammar masuk ke kamar peribadinya. Mungkin Bapa mertuanya juga malas masuk campur dalam hal ini.
`Shah...kenapa kamu lebihkan Si Amy dari Zuryani ni? Mama kesian tengok dia lihat kamu berdua mesra. dengan Zuryani ni kamu tak ambil peduli pun.' tegur mamanya.
`Mama...Amy kan isteri Shah. Lagipun...' tiba-tiba percakapannya dipotong oleh Zuryani.
`Habis...I ni bukan isteri U ke? samapai hati U. U asyik nak menangkan dia je. Hati I sakit tau.' ujar Zuryani dengan lagak manjanya. Dia tahu lelaki ini tak mudah jatuh cinta kepadanya. Dia akan pastikan lelaki ini akan jatuh cinta jua padanya. Selama ini tiada seorang lelaki pun yang menolak cintanya. Dia yakin, dia pasti akan menundukkan lelaki di sebelahnya itu. Hati setannya berbisik.
`Dahlah...malas Shah nak fikirkan hal ni. MAma...esok Shah nak balik rumah Shah....and U Zu... kalau u sanggup tinggal dengan I dan Amy, silakan. I takkan halang.' dia terus sahaja meluru keluar daripada rumahnya dan memandu keretanya menuju ke sesuatu tempat yang mendamaikan kepalanya yang berserabut itu.
************************************************************************
Di rumah banglo kepunya Syed Shahrul....

`Erm...Zu, ini bilik Zu. Kalau Zu nak minta apa-apa Zu panggil akak ye. Akak minta diri dulu.' setelah menunjukkan kamar yang akan didiami oleh madunya dia terus berlalu ke dalam bilik.
`Kak Amy... bilik ni kecil lah. Dah tu tak cantik pulak. Takde bilik lain ke? Bilik akak nampak cam menarik je... Apa kata kalau kita tukar bilik. nak tak?' tanya Zuryani. Dia sengaja ingin menduga madunya dan sekali gus ingin melihat kemarahannya. Apabila dia dimarahi, barulah senang dia hendak mengadu kepada ibu mertuanya. Jawapan yang diterima tidak disangka-sangka.
` Baiklah...Zu tidurlah dalam bilik akak. Biar akak tidur kat sini. Nanti akak keluarkan semua baju akak ye.' Amylea mengalah. Dia tahu apa akibatnya jika dia membuat onar dengan perempuan di hadapannya. di telinganya masih terngiang-ngiang lagi amaran keras yang diberikan oleh ibu mertuanya.`HEI!!! kau mesti jauhkan diri kau daripada anak aku. Aku nak anak aku berbaik-baik dengan Zu. Kalau aku dengar apa-apa yang tidakkena tentang kau daripada mulut Zu sendiri, memang nahas kau aku kerjakan. Dia hanya mengangguk dan tidak berani bersuara.
Pada malam itu, Syed Shahrul memasuki kamarnya. Dia melihat isterinya sudah hanyut dibuai mimpi. Tiba-tiba dia tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa semasa dia mula-mula berjumpa dahulu. Dia menarik selimut yang menyelimuti isterinya sehingga ke paras muka. Dia memalingkan muka isterinya menghadapnya setelah panggilannya yang tidak bersahut itu.
`Amy....sayang !!! Eh, ZU!!!!!!!! Apa yang U buat dalam bilik I dan Amy?' Syed Shahrul terkejut melihat isteri keduanya berada di dalam kamarnya.
`Sayang...ni kan bilik kita. Kak Amy cakap I boleh guna bilik ni. So, I gunalah. Ok lah sayang lupakanlah pasal hal tu... jom kita tidur...I mengantuk lah.' Ujar Zuryana dengan mata yang berpisat-pisat. Dia segera merebahkan badannya ke atas katil untuk menyambung tidurnya. Dia melihat suaminya masih lagi tidak berganjak dari situ. Dia hanya mengeluh apabila mendengar bunyi pintu biliknya dihempas kuat. Tahulah dia bahawa suaminya sudah bergerak ke bilik Kak Amy.
Pintu Bilik sebelah dikuak. Terjengul wajah isterinya yang muram sedang berteleku di beranda biliknya. Syed Shahrul segera masuk tanpa pamitan isterinya.
`Eh, abang. Kenapa abang ada kat sini. Bukan ke malam ni giliran Zu? Tak baik tau bang tidak berlaku adil.' Amy menasihati suaminya. Dia sedar suaminya amat menyayanginya. Tetapi, sebagai insan yang mulia dan tidak mahu dikatakan sombong dan ego, dia terpaksa menyuruh suaminya buat begitu. biarpun hatinya sekarang amat gembira apabila suaminya masih mementingkannya.
`Ahh....Amy...Amy sayang abang tak?' tanya Syed Shahrul.
` kenapa abang tanya macam tu. Tentulah Amy sayang dan cintakan abang.'
`Habis tu... kenapa Amy selalu mengalah? kenapa Amy tak memperjuangkan cinta Amy? Abang sedih....abang bingung untuk memikirkan apa yang akan berlaku di kemudian hari...'
Kedua-dua mereka hanya bertentangan mata dengan lidah yang kelu untuk berbicara. Hanya hati yang menjadi penyampainya. mungkin juga tak sampai.
********************************************************************
Dua bulan kemudian...
Hubungan mereka sudah menjadi seperti biasa. Tiada lagi pertelingkahan dan kemarahan yang membuak-buak. perasaan sedih juga hilang entah ke mana. Kini mereka menjalani kehidupan seperti orang lain.
Petang itu, Amylea tergerak untuk pulang lebih awal. Dia dapat merasakan sesuatu yang sedang berlaku di rumahnya. Sebagai bos dia bebas untuk keluar dan pulang lebih awal. Setibanya di rumah, dia ternampak seseorang yang sedang membongkokkan tubuhnya ke dalam sinki.
Dia segera merapatinya setelah terdengar suara seseorang yang sedang muntah.
`UWEKS....UWEKS!!!'
Belum pun sempat Amylea membantu, Zuryani rebah di situ dan disambut oleh Amylea.
`Zu....Zu...bangun. Kenapa ni, kamu tak sihat ke?' Amylea cuba menggerak-gerakkan tubuh Zuryani. Dengan segala kudrat yang ada, Amylea mencimpung tubuh Zuryani yang lebih kecil berbanding dirinya dan membawanya ke hospital.
Sesampainya mereka di hospital, Zuryani segera dibawa ke bilik kecemasan. Amylea hanya berdoa supaya Zuryani dapat di selamatkan. Dia juga menghubungi suaminya untuk memaklumkan tentang kejadian tersebut. Sepuluh minit kemudian, dia melihat suaminya datang bersama ibu mertuanya.
Selama sejam mereka menunggu, akhirnya pintu kecemasan dibuka. Tersembul keluar seorang Doktor wanita yang bertanyakan suami pesakit.
`Erm...saya suaminya. kenapa doc...apa yang telah terjadi pada isteri saya?'tanya Syed Shahrul dengan lagak risau.
`Tahniah...isteri encik mengandung 4 minggu. Saya harap Encik menjaga isteri encik dengan baik kerana kandungannya masih baru. Mungkin juga Isteri encik akan keguguran kalau tidak dijaga dengan betul.' Doktor itu segera berlalu. Terpancar sinar bahagia di wajah Syed Shahrul dan Datin Sharifah. Mereka segera meloloskan diri memasuki kamar yang menempatkan Zuryani. Amylea ditinggalkan terkontang-kanting sendiri di luar wad. Dia tumpang gembira melihat ibu mertuanya dan suaminya gembira. Tangan yang tadinya menggenggam tangannya kini terlepas ke genggaman orang lain. Hatinya luluh melihat suaminya menggenggam erat tangan Zuryani. Kini, dia tahu tiada lagi tangan yang akan menggenggaminya dan mengusap kepalanya. Semuanya sudah beralih arah. Dia melihat tapak tangannya...masih lagi terasa hangat genggaman suaminya yang sudah ghaib itu. Dia pasrah...dia berlalu meninggalkan perkarangan hospital itu sambil membawa hati yang luka.
************************************************************************
Seminggu berlalu...
Zuryani sudah boleh keluar dari hospital. Selama seminggu jualah dia tidak dapat melihat kelibat suaminya. Hatinya tiba-tiba terasa rindu.`sudah berubahkah suamiku?' tanya hatinya. Kini, dia mencari-cari dalam kegelapan.
`AMY!!!!' jerit seseorang.
`ya bang...'jawab Amylea yang datang dari arah dapur.
`Hei...awak pergi mana? Dari tadi saya panggil....awak tak dengar. Awak pekak ke?' Syed Shahrul memarahi Amylea. Dia baru pulang daripada hospital untuk membawa isteri yang keduanya pulang ke rumah.
Amylea terkejut melihat suaminya yang sudah mula berubah. Di mana panggilan manja yang selalu suaminya panggil kepadanya. Sampai hati jua suaminya memanggilnya pekak. Isteri mana yang tahan apabila dipanggil pekak? Zuryani pula sudah tersenyum sumbing di hadapannya seolah-olah mengejek dirinya yang mandul.
`Abang nak apa? Saya boleh tolong siapkan...'kata Amylea sayu.
`Hah!! datang pun. Awak pergi siapkan bubur. Saya nak bawa Zu naik ke atas. Ingat, buat sedap-sedap tau. ' Syed Shahrul memberi amaran kepada isterinya. Dia segera naik ke atas sambil merangkul Zuryani.
**********************************************************************
`EH!!! menantu mama. Marilah masuk...kenapa duduk kat luar? nanti baby dalam perut tu jadi hitam kalau terkena panas.' Datin Sharifah segera membawa menantu kesayangannya ke dalam rumah. Syed Shahrul juga telah masuk ke dalam rumah. Amylea masih tergamam peristiwa tadi, dia mengenangkan huluran tangannya yang tidak bersambut. Dia tahu suaminya melihat peristiwa tadi tapi hanya pura-pura tidak nampak dan tidak pula mahu memujuknya.Sudah tujuh bulan dia memendam rasa. Kini usia kandungan Zuryani sudah masuk lapan bulan. Akhirnya dia melangkah sendiri masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu. Sejak akhir-akhir ini dia sering sahaja berasa letih. Dia tidak tahu mengapa. Dia sangat terasa kekurangan kasih sayang daripada suaminya sendiri.
`Sayang...jomlah makan.' ajak Syed Shahrul. Dia terpana. Sudah sekian lama dia mendambakan panggilan seumpama itu. Akhirnya dia tersenyum dan mengganggukkan kepala. Tangan suaminya disambut dengan penuh riang. Syed Shahrul juga menggamitnya supaya duduk berdekatan dengannya.
`Sayang, sayang nak lauk apa?' tanya Syed Shahrul kepada Amylea.
`Saya nak sambal udang tu.' jawab Amylea manja. Sudah lama dia tidak mendapat perhatian daripada suaminya. Dia juga seolah-olah mengidam apabila melihat sambal udang di hadapannya.
`nanti abang ambilkan.' Belum pun sempat lauk itu singgah ke pinggan Amy, Zuryani merengek meminta lauk yang sama. Untuk menjaga perasaan hati isterinya yang mengandung, lauk itu diletakkan ke dalam pinggan Zuryani. Amylea hanya terkebil-kebil memerhatikan tingkah laku suaminya. Dia sangat kempunan mahu merasa sambal udang tersebut. Dia tertunggu-tunggu suaminya nmencedokkan lauk seperti yang dibuat kepada Zuryani tetapi hampa. Dia terpaksa mengambil lauk pauk itu sendiri. Kali ini dia memang benar-benar terasa. Dia mengambil keputusan untuk berehat sahaja di kamar.
*****************************************************************************

`Tahniah...puan mengandung 2 bulan. erm suami puan tak datang ker?' tanya Doktor Haslina.
`oh...dia kerja. Terima kasih doktor. Tak sabar rasanya saya mahu beritahu suami saya.' ujar Amylea. Patutlah sejak akhir-akhir ni dia sering keletihan, rupa-rupanya perutnya kini berisi.

Amylea segera pulang ke rumahnya untuk mengkhabarkan berita gembira itu. Sesampai sahaja kakinya ke anak tangga yang terakhir rumahnya, Dia terdengar satu suara seseorang yang sedang bercakap di telefon. Dia melekapkan telinganya untuk mendengar perbualan itu.
`Sayang...hati i gembira sangat. Bila anak ini dah lahir nanti, I nak minta cerai dengannya. U tahukan yang I tak sukakan dia. Buktinya, anak yang I kandung bukan anak dia. Ini anak U lah sayang....hanya sayang di hati baby.'ujar Zuryani sambil mengusap-usap perutnya yang membuncit itu...sambungnya,
`u tahu...shah dan mama dia tu bodoh betul. kita mahukan hartanya saje. Lepas I bolot harta diorang, I akan....' tiba-tiba pintu bilik terbuka. Zuryani yang terkejut lantas menutup telefon bimbitnya.
' Aku dah dengar semuanya...Aku tak sangka yang engkau bukan perempuan yang baik. Aku menyesal membiarkan suami aku menikah dengan perempuan sundal macam kau!!!!' dan PANG!! satu tamparan hinggap di atas pipi Zuryani. Zuryani terduduk di atas katil. Lantas dia segera bangkit.
`Woi betina mandul...kau ingat kau tu hebat sangat ke HAH!!!'kata Zuryani sambil cuba untuk menampar semula pipi Amylea. Dia tidak berjaya tapi sebaliknya Amylea tertolak Zuryani sehingga jatuh ke lantai. Syed Shahrul yang tiba-tiba muncul di situ menampar pipi Amylea.
`Abang....sampai hati abang tampar saya. Apa salah saya? Dia yang mulakan dahulu dan kata saya ni mandul.' ujar Amylea sambil memegang pipinya yang berbekas merah.
`Hoi...betina, sepatutnya kau tu sedar diri. Betul la dia cakap yang kau ni mandul..!!!! Orang dah nak beri kita anak, bersyukurlah. Jangan nak buat jahat pula. Nih, otak ada lain kali fikir dulu ye.' ujar Syed Shahrul sambil menunjal kepala Amylea. Dia segera menoleh ke arah Zuryani. Dia terkejut melihat zuryani yang tidak sedarkan diri dan terdapat banyak darah mengalir di celah kangkangnya. Syed Shahrul yang terkejut menjerit.
`Ya allah, Zu...!!!!' Dia segera membawa Zuryani ke hospital. Amylea juga mengikutnya ke hospital. Hasratnya untuk memberitahu suaminya tentang kehamilannya tidak kesampaian.
Mereka berdua menunggu di luar wad kecemasan. Berdasarkan laporan, Zuryani terpaksa dibedah. Seberapa ketika kemudian muncul Datin Sharifah. Amylea mengambil peluang ini untuk menceritakan tentang hal yang sebenarnya.
`Mama...Abang...sebenarnya Amylea nak beritahu sesuatu. Sseee....bbenarnya, anak yang di kandung oleh Zuryani tu bukan anak abang.'
PANG!! satu lagi tamparan yang diterima setelah memberitahu kebenaran.
`Aduh!! sakitnya bang...sumpah bang, saya tak bohong. Anak tu bukan anak abang. Diorang nak bolot semua harta abang.'
`Hei perempuan, kau jangan nak fitnah bini dan anak aku macam-macam. Kalau dah sedar diri tu mandul, jangan nak fitnah macam-macam. Dahlah, kalau kau mengandung pun aku tak kan mengaku itu anak aku. Kau dengar sini anak aku hanyalah dengan zuryani sahaja. FAHAM?????'
`Hah, kau dengar tu? Aku pun tak hingin nak ada cucu dengan orang yang suka menabur fitnah. Dahlah....kau boleh blah dari hidup anak aku, perempuan mandul.'ujar Datin Sharifah lalu menolak tubuh itu dengan kasar.
Amylea terdorong ke belakang. Dia mengusap perutnya yang telah berisi itu dan tidak diketahui oleh sesiapa.' tidak mama...menantumu ini sedang berbadan dua...ini ialah cucumu yang sebenar.' namun kata-kata itu hanya terluah di dalam hati sahaja. Dia segera melangkah meninggalkan orang-orang yang telah memaki hamunnya. Dia akan pergi....pergi bersama luka-luka yang mendalam di sudut hatinya. Dia hanya menunggu cahaya yang akan menerangi kesuraman hatinya.
*****************************************************************************
`Assalamualaikum.'Amylea memberi salam sambil menekan loceng.
`Waalaikumussalam.' jawab pembantu rumah itu.`Eh, Cik Amy datang sorang saja kah?'tanya Bibik.
`Ya, bik. sorang saje. Bik, tolong angkat beg saya ke kamar ya.'Amylea terus sahaja melangkah ke dapur. Dia melihat sesusuk tubuh sedang berkemas.
`Assalamualaikum, Mak jah. Sedang buat apa tu?'
`waalaikumussalam. Ni, mak jah ade buatkan sandwich telor. kamu mahu?' tanya pembantu rumahnya.
`Boleh juga. Dah lama saya mengidam nak makan sandwich.' kata Amylea sambil menelan liurnya.
`Wah, ini petanda baik ni. Mak Jah tengok kamu semakin lesu. Kamu mengandung ke?'
`eh...macammana mak jah boleh tahu ni?'tanya Amy
`Mak Jah agak jer. jadi betullah kamu ni dah berisi?'
Amylea hanya menganggukkan kepala.
`Kak Jah...Beg siapa yang bibik bawak naik tu?'tanya Datin Seri.' eh, Amy...itu beg Amy ke?'
`ya mama. Kalau boleh Amy nak tinggal kat sini lama sikit.'
`hurm....eloklah tu. Mana Shah?'
`Shah tak ikut ma...'jawab Amy lesu.
`Amy ada masalah ke...sayang?' tanya Datin Seri prihatin terhadap anak-anaknya.
`ka..kami nak berpisah ma.'
`Adakah ini kerana anak mama yang belum berisi ni? Ke Amy ada masalah dengan madu Amy?'
Datin Seri pasti masalah ini berpunca daripada itu.
Amylea hanya menundukkan mukanya. Dia tidak berani bertentangan mata dengan wanita itu.
Dia juga tidak memberitahu bahawa dia kini sedang mengandung.
`takpelah sayang...pergilah berehat. Mama tak nak paksa Amy lagi.'
`Mama, Amy nak pergi oversea. Nak tenangkan fikiran Amy. Amy nak kerja kat sana.'
*******************************************************************************

Di airport...

`mama...papa Amy nak pergi dah ni.' ujar Amy sambil menyalami kedua orang tuanya.
Hatinya merintih hiba apabila melihat mamanya mengalirkan air mata. Air matanya ketika itu turut tumpah. Dia tidak tahu air matanya ketika itu tumpah buat kali yang ke berapa.
`Mama, seandainya dia masih lagi mencari diri ini...berikanlah surat ini kepadanya. Mungkin sekembalinya saya saya di sini, mama akan menerima cucu-cucu yang comel.'kata Amylea sambil mengusap perutnya yang sudah berusia tiga bulan itu. Datin Seri terkejut...
`Apa...Amy mengandung?'tanya mamanya. Dia mengangguk lantas segera berlalu meninggalkan keluarganya. Dia takut apabila berlama-lama di situ mungkin dia tidak jadi pergi ke Luar negara.

Keesokan harinya...

`hah!! buat apa kau datang sini?'tanya Datin Seri.
`Amy ada mama? shah...shah datang nak mintak maaf. Shah dah banyak lakukan dosa pada dia mak. Shah dah tahu segalanya. Shah menyesal sangat sebab selama ini saya tak percayakannya ma.'ujar Syed Shahrul bersungguh-sungguh.
`owh...baru sekarang nak mintak maaf. Kau tahu tak mase kau tampar dia dan mama kau tolak dia, dia sedang mengandung. kalaulah mase tu dia terjatuh...boleh keguguran tau. dahlah, kau lepaskan dia. Ini, dia tinggalkan surat untuk kau.'

kepada: Suamiku yang tercinta....

Salam dariku dari perantauan, aku tahu saat kau menerima surat ini aku
sudah tiada di sini. Aku juga tahu kau mencariku untuk meminta maaf. sebenar
nya, aku sudah lama memaafkanmu. Sekadar makluman kepadamu, aku kini bakal ditemani oleh anak-anakku. Aku akan menjaga anak-anakku ini supaya menjadi insan yang terbaik kelak. Janganlah dikau mencariku kerna aku sudah memberimu masa selama sebulan. Setiap hari aku menunggu kedatanganmu.
tetapi ternyata mimpiku itu tidak pasti. Biarkanlah hari ini berlalu pergi...sesungguhnya aku amat mencintaimu...wassalam.

Daripada: Amylea


`AAMMYYY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!' jeritnya dalam hati.
*****************************************************************************
Dua tahun berlalu...

Amylea akhirnya pulang ke tanah air. Anak-anak kembarnya sudah tidak sabar lagi untuk menjejakkan kaki di tanah airnya. Setibanya di airport, dia sudah dijemput oleh pemandunya. Dia mengarahkan Pak Mat membawanya dan anak-anaknya ke taman bunga untuk menghayati keindahan alam.
`Sayang...kita rehat sini kejap. ok lah eiqa dengan azhan duduk dengan bibik ye. mama bawak eira dengan izhan pergi kedai. kita beli minuman dan aiskrim.'kata Amy kepada empat orang anaknya. Dia berlalu pergi meninggalkan dua orang lagi anaknya dengan bibik. Tanpa disedari, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka.
`Amy...' panggil seorang lelaki. Langkah kakinya terkaku seketika. Suara itu sudah tidak asing lagi bagi dirinya. Dia berpaling melihat wajah yang sangat dicintainya berada di depan mata. Air matanya bergenang di kelopak mata.
`Abang...' hatinya begitu sayu melihat wajah suaminya yang serabai itu.
`Sayang...pulanglah. Abang rindu.' ujar Syed Shahrul.
`Abang sanggup terima Amy lagi?'
`ya sayang....abang mintak maaf. Abang yang salah. Abang sudah tahu semuanya. Mereka semua dah mendapat balasan yang setimpal. Sayang, ini anak-anak abang ke?'tanya Syed Shahrul. Dia yakin itulah anaknya. Dia teringat isteri kedua yang sering dia puja dahulu ialah pengkhianat paling besar. Patutlah muka anak yang dilahirkan Zuryani langsung tiada irasnya.
Kini dia sedar, Isterinya betul. Kalaulah masa boleh berulang, tidak akan dia ulangi keasalahan itu.
`Abang tak salah...cuma abang ditipu. ya,inilah anak-anak abang. Dua orang lagi ada dengan bibik.'
`Wow. Ramainya anak-anak kita. Baguslah sayang ni.' kata Syed Shahrul bergurau dengan isterinya. Lantas dia mengambil anak-anaknya lalu didukung. Mereka menapak pula ke tempat bibik untu bertemu dengan dua orang lagi anak mereka.
`Macam mana dengan mama?' tanya Amylea kerana sejak tadi Syed Shahrul tidak menceritakan tentang Datin Sharifah Aqilah.
`Sebenarnya, selepas rahsia terbongkar mama jatuh sakit. Dia nak sangat jumpa Amy. Tapi tak sempat...mama minta maaf dengan Amy. Dia pergi dahulu sebelum jumpa Amy.'
`Ya allah...mama Maafkan Amy.' ujar Amylea di dalam hati.
`Dahlah sayang, yang penting sekarang kita sudah berkumpul kembali. Abang janji tidak akan mensia-siakan kasih kita. INsyaallah.' Kata Syed Shahrul sambil mendakap anak-anaknya dan memegang tangan isterinya.
`Ialah sayang....saya pun harap macam tu juga.'

Tamat..................
















Sunday, December 13, 2009

Kembar vs Cinta


" WHAT? Siapa?" jerit Syed Shahrul sambil menghentak meja di hadapannya. Dia merenung tajam ke arah mama dan papanya. Dia tidak setuju dengan rancangan yang diusulkan kepadanya.

` Please Shah... jangan hampakan harapan kami. Kami teringin sangat nak berbesan dengan keluarga Dato’ Kamarul tu. Lagipun kamu belum berpunya lagi kan? Mama kenal sangat perangai kamu yang malu kepada perempuan. Tapi mama garenti kamu mesti syok punya kat budak tu.’ Pujuk Datin Sharifah Aqilah sambil mengusap lembut lengan anaknya dan berharap agar anaknya menimbang semula rancangannya.
` no...mama. kenapa shah? Kenapa mama tak jodohkan saja budak tu dengan anak kesayangan mama? Kenapa mesti Shah yang berkorban...? kalau mama nak sangat menantu saya boleh cari tapi bukan dengan paksaan. Maaf mama saya lebih rela tak kahwin daripada terpaksa berkahwin dengan orang yang saya tak cintai.’ Selesai berkata-kata dia segera berlalu dari situ.
Datin Sharifah Aqilah berkecil hati dengan anaknya. Dia mengharapkan sedikit pengertian daripada anaknya dan akhirnya dia menangis teresak-esak.
Dato’ syed Ammar pula menenangkan isterinya.
**************************************************
` woi geng!!! What’s up lu…? Still remember me?’ Tanya Amylea sambil membetulkan topi yang dipakainya. Sememangnya dia merindui rakan-rakannya yang sudah 5 tahun tak berjumpa. Dia baru sahaja pulang dari London setelah selesai menyambung pelajaran di sana.
` la...Amy. takkan la kitaorang nak lupakan kau. Kau lah sahabat sejati kitaorang dari dulu lagi. Eh, perangai kau tak berubah ek? Aku ingat dah pergi sana berubahla jadi perempuan sejati tapi...nampak gayanya...still same as before...huh!!!’ kata salah seorang rakannya Adli sambil mengeleng-gelengkan kepalanya sambil merenung Amylea dari atas sampai bawah. Pakainnya masih lagi sama...macam lelaki.
` wei Li... kau jangan nak kutuk aku plak. Dah gini stail aku nak wat camne? Dahlah korang. Jom ar gi shopping. Aku nak beli sesuatu nih...’ Amylea terus bangun dan menuju kearah motorsikal berkuasa tinggi miliknya. Tiba-tiba...`GEDEBUK!!!’ Amylea terduduk di atas lantai. Dia terus bangun dan
` HOI! Buta ke? Awek secantik aku kau tak nampak ke?’ Amylea menghemburkan kemarahannya sambil mencekak kolar baju lelaki itu. Kemarahannya semakin maksima apabila lelaki itu tidak meminta maaf daripadanya.
` Hai cik adik yang cantik jelita...sungguh kurang sopan apabila seorang perempuan mencekak baju orang lelaki. Lebih baik awak alihkan tangan awak tu sebelum ramai lagi orang lain yang nampak.’ Kata Syed Shahrul sambil membetulkan bajunya yang sudah renyuk akibat daripada tindakan drastik Amylea.
Amylea terasa dirinya disindir. ` ah...aku tak peduli ape yang kau nak cakap. Lebih baik kau mintak maaf daripada aku sekarang. Kalau tak...’
` kalau tak....apa? awak nak buat ape? Awak nak pukul saya....nah… silakan. Tapi sedarlah diri tu sikit. Kalau dah perempuan tu jangan nak berlagak macam jantan. Kan tak pasal-pasal kena masuk hospital. Ok lah...saya nak pergi... bye...sayang.’ Syed Shahrul berlalu pergi sambil mengenyitkan matanya kepada Amylea.
` woi bangsat!!!!’ jerit Amylea kepada lelaki itu dan akhirnya dia diheret oleh rakan-rakannya untuk ke tempat lain. Dia berazam untuk membalas dendam kepada lelaki yang merendah-rendahkannya itu.
**********************************************************
Semenjak kebelakangan ini Syed Shahrul menjadi tidak tentu hala. Fikiranya asyik terbayang kepada wajah ayu perempuan tomboi itu. Dia ingin sekali mengenalinya dengan lebih rapat. Dia juga berharap agar dapat bertemu dengannya buat kali yang kedua. Tiba-tiba dia teringat akan perbualannya dengan mama dan papanya petang tadi...
` Shah... mama nak kamu jumpa dahulu orangnya. Kalau kamu tak suka kamu cakap je. Mama terima walau hati mama terluka. Mama janji mama takkan paksa Shah untuk menerimanya.’
` baiklah mama...Shah boleh tengok tapi...Shah tak janji yang shah akan menerimanya. Shah harap mama juga boleh menerima pilihan Shah sekiranya Shah membawa orang yang Shah cintai.’
Akhirnya mereka semua membuat pakatan untuk menyelesaikan hal yang tidak beres tadi.
****************************************************
Hari ini Syed Shahrul akan diperkenalkan dengan wanita yang akan menjadi suri hidupnya. Dia terdengar bunyi bising di bawah rumahnya lalu dia mengambil keputusan untuk pergi melihat. Dari atas tangga dia melihat sesusuk tubuh yang amat dia kenali tetapi amat berlainan hari ini kerana perempuan itu memakai baju kurung dan memakai tudung. Hatinya berdebar-debar...adakah perempuan itu? Ish takkan la...dia tak pakai tudung tapi kenapa hari ini? Dia ingin sekali melihat wajah itu.
Tiba-tiba wanita itu berpaling kearahnya sambil tersenyum manis. Syed Shahrul tergamam apabila melihat perempuan itu adalah perempuan yang sama yang dijumpainya di restoren dan perempuan itu juga yang melanggarnya. Dia tidak membalas senyuman yang diberi kerana menyangka itu ialah senyuman sinis yang sengaja diberikan untuk menggodanya.
` Ceh, perasan alim la pulak minah ni...siap pakai tudung lagi.’ Gumamnya di dalam hati lalu terus menuju kearah sofa yang bertentangan dengan wanita itu. Dia duduk di sebelah mama dan papanya. Mamanya tersenyum lalu memperkenalkan kepada bakal besannya.
` Dato’ dan datin.... ini lah anak saya. Syed Shahrul Akmal. Dia yang menerajui syarikat kami yang satu lagi tu. ’ kata Datin Sharifah Ailah sambil menepuk-nepuk bahu anaknya. Syed Shahrul tersenyum manis sambil meminta diri untuk keluar ke kolam hadapan rumahnya. Dia juga meminta izin untuk bercakap dengan anak mereka.
Mereka sama-sama keluar sambil duduk di atas bangku di hadapan kolam itu. `So, awak ni pandai berpura-pura ya?’ soal Syed Shahrul sambil merenung muka wanita dihapannya dengan pandangan yang tajam dan sinis.
` Apa maksud awak? Saya tak faham la. Awak kenal saya ke?’
` Tak rimas ke pakai baju kurung? Dah tu pakai tudung pulak. Saya kesian kat mak awak dapat anak yang pandai bersandiwara macam ni. Hei lebih baik awak jadi diri awak yang sebenar. Geli saya tengok awak pakai macam ni. Cakap pula bersaya awak. Dulu tak ade pulak awak cakap macam ni.’ Syed shahrul begitu menyampah dengan perempuan yang berada di hadapannya. Memang dia merindui wajah itu tetapi dia tidak dapat menerima orang yang suka berpura-pura untuk menutup kesalahan diri.
` hei!!! Watch your mouth! Awak ni kenapa hah? Tak habis-habis nak suruh jadi diri saya yang sebenar. It’s me! Inilah saya yang sebenar...mengapa saya perlu menjadi orang lain. Gaya awak bercakap macamlah awak kenal saya. Please la...dahlah...Lea nak masuk. Kalau tujuan awak nak sakitkan hati saya...tahniah. awak dah berjaya. Saya tak faham dengan awak. Saya tahu awak tak suka akan penjodohan ini. Ok. Tapi awak jangan nak fitnah saya macam-macam. Saya sendiri akan bagitahu mama awak yang saya yang tak setuju dengan rancangan ini.’ Selesai berkata-kata Lea ingin berlalu dan tiba-tiba tangannya ditarik oleh Syed Shahrul.
`Tunggu. Kenapa awak berubah? Awak tahu saya telah jatuh hati pada awak sejak mula-mula kita bertemu. Saya tertarik akan wajah awak yang garang tu. Tolong…jangan beritahu mereka yang awak ingin putuskan penjodohan ini. Saya sayangkan awak…Cuma, saya pelik dengan perangai awak. Ok. Just forget what I say before. Now, I want u to marry me. Lea…I love u very much.’ Tangan lea digenggam kemas lalu dikucup. Dia tidak kisah akan perangai Lea yang sering berubah-ubah. Dia lebih senang begini daripada melihat Lea yang dahulu.
`maaf... kita bukan muhrim.’Lea menarik semula tangannya. ` saya rasa awak salah. Awak silap orang. Sebenarnya awak memang tak cintakan saya. Saya dengan orang yang awak jumpa itu berbeza sama sekali. Mungkin orang yang awak jumpa dan orang yang awak jatuh cinta itu ialah...’ tiba-tiba terdengar bunyi orang yang memanggil mereka supaya masuk. Tanpa sempat Lea menghabiskan kata-kata dia terus melangkah ke dalam. Hatinya kuat untuk memberitahu lelaki itu siapa yang sebenarnya lelaki itu cintai...biarlah mungkin suatu hari nanti lelaki itu akan tahu juga. Tiba-tiba terselit perasaan aneh di dalam hatinya. Apakah itu tandanya....?
********************************************
Pada malam itu,
`So. Macamana perasaan Shah kat budak tu? Nak terima tak pilihan mama?’
`mama... thanks sebab memang itulah wanita yang bertakhta di dalam hati Shah selama ini. Kalau boleh mama tak payah buat majlis bertunang. Terus nikah je.’ Cadang Syed Shahrul sambil memeluk bahu mamanya.
`ish kamu ni. Dah kemaruk sangat nampaknya. Nanti mama bincangkan dengan papa. Ni, mama ambil kad budak tu. Dia baru je pulang dari london. Dia sekarang bekerja dengan papanya. Nah ambillah. Boleh kamu call dia.’
Datin Sharifah Aqilah memberi kad yang diterima daripada Lea kepada Syed Shahrul.
`thanks mama...sayang mama. Oklah… shah nak masuk tidur dulu. Assalamualaikum.’ Syed Shahrul terus berlalu ke kamarnya setelah mengucup pipi mamanya.
***********************************************************
Beberapa bulan kemudian…
Trit!!! trit!!! Bunyi yang terhasil menandakan bahawa mesej masuk. Lantas lea terus membuka mesej yang diterima.
+ salam. Awak sedang buat ape tu? Saya mengganggu ke?
- waalaikumussalam. Tak mengganggu pun.
+ Awk busy tak esok? Kalau tak, saya nak ajak awak pergi shopping. Harap awak tak kisah.
- oh…esok saya kena teman adik saya pergi shopping. Kalau awak tak kisah kita pergi sekali lah ya…
+ ok.
***************************************************
Mereka berjanji untuk bertemu pada pukul 10 pagi.
`Hai Lea…’ Syed Shahrul menyapa. Dia terkejut dengan pakaian lea. Sudah beberapa bulan dia keluar bersama tapi tak pernah lihat Lea berpakaian begini. Dia menyangka Lea sudah berubah.
`hei bro? kau ni sape hah sedap engkau je tegur aku…ada aku kenal engkau?’ Amylea terus memarahi lelaki yang menegurnya. Di dalam hati dia berharap agar kakaknya segera sampai. Setelah diamati wajahnya baru dia terperasan sesuatu. Lelaki ini jualah yang membuatkan dia tidak lena.
` eh…kejap. Kau ni kan lelaki yang langgar aku kat restoren hari tu kan?’ tanya Amylea lagi.
Hati syed Shahrul berdegup kencang. Dia masih lagi pelik dengan fenomena yang berlaku. Sebelum dia membuka mulut, tiba-tiba...
`Amy...’ seseorang menyapa dari arah belakang.
` kak Lea’ Amylea terjerit kecil sambil melambai-lambaikan tangannya.
`Awak dah kenal adik saya?’ Tanya Lea sambil memeluk bahu adik kesayangannya.
`emm...’ Syed Shahrul termangu-mangu.
`ok lah...by the way...this is my beloved sister Amylea. Kami serupa kan? Memang orang akan selalu bertukar apabila melihat kami. Shah pun mesti bertukar kan?’ kata Lea sambil tersenyum manja kearah Syed Shahrul.
`oh...hai. saya rasa macam kenal awak ni. Tapi takpe lah mungkin orang lain kot... ok lah sayang jom pergi makan laparlah...’ kata Syed Shahrul kepada Lea. Matanya pula dikenyitkan kepada Amylea. Mereka bertiga berjalan beriringan ke restoren berdekatan. Mata Syed Shahrul masih belum lepas memandang Amylea. Hatinya kuat mengatakan bahawa dia mencintai Amylea bukan Lea...
******************************************************
Semasa berada di restoren, tiba-tiba Amylea meminta diri untuk pergi dahulu. Dia berasa rimas akan perlakuan Syed Shahrul yang asyik memerhatikannya. Dia tidak mahu kakaknya tahu dia mempunyai perasaan terhadap Syed Shahrul.
` Seronok dah jumpa orang yang kamu cintai? Saya tahu awak amat mencintai Amy... kalau tak awak takkan asyik pandang dia dia je.’
` Apa yang awak cakapkan ni. Saya tak faham la...?’sangkal Syed Shahrul.
` Kalau awak nak tahu Amy ialah orang yang awak jumpa kat restoren tu. Saya pun tahu perangai adik saya semakin berubah sekarang. Selepas kejadian kat restoren tu adik saya seperti orang sasau. Kalau saya tanya dia cakap takde ape-ape. Mungkin awak je yang boleh pujuk dia dan merubah perangai dia.’
` Dahlah....awak tahu tak perkahwinan kita telah ditetapkan. Tak ada majlis pertunangan. Kita terus nikah je. Lupakan pasal adik awak tu. Saya tak ade persaan langsung pada dia. Hati saya hanya milik awak sorang je.’ Syed Shahrul seperti tiada perasaan ketika mengucapkan perkataan itu. Dia tahu jika dia membatalkan pernikahan ini mamanya tidak akan setuju.
` Jangan paksa hati awak untuk menerima saya. Saya tak cintakan awak. Saya boleh jelaskan kepada mereka semua yang kamu cintakan Amy. Lagipun Amy ialah adik saya. Saya pergi dahulu.’ Lea terus meninggalkan Syed Shahrul untuk memikirkan cadangannya. Dia terpaksa berkorban cintanya supaya orang yang dia sayang akan bahagia selamanya.
*************************************************************
`Shah! Apa yang kamu buat sampai Lea nak batalkan pernikahan ni ? Mama tahu ini mesti angkara kamu. Mama nak kamu pergi minta maaf dengan Lea sekarang jugak.’ Kemarahan mamanya memuncak apabila melihat anaknya hanya berdiam diri. ` CAKAP!!!!!’
` mama... Shah cintakan orang lain ma...bukan Lea. Nanti shah bawakan orangnya. Mama mesti terkejut apabila tengok dia nanti.’
`Boleh mama tahu siapa?’
`Sebenarnya, orang yang saya cintai itu ialah Amylea. Adik Lea ma.’
`Macam mana boleh jadi macam ni? Kan kamu sukakan Lea. Ke adik dia yang goda kamu sampai kamu ubah fikiran?’ tanya Datin sharifah Aqilah dengan sambil menyilangkan dua belah tanganya.
`Tak mama, Amy tak salah ma. Amy tak goda Shah pun. Shah minta sangat-sangat dekat mama supaya terima Amy. Mama... shah akan bawa juga dia jumpa mama walaupun mama tak terima dia.’ Sudah puas dia memujuk mamanya. Dia tidak tahu mengapa mamanya tak suka kepada Amylea. Setahunya mamanya tidak pernah melihat Amylea sebelum ini.
*************************************************
`AMY!!!! Please....’ panggil Syed Shahrul sambil mengejar Amylea yang meninggalkannya. Dia harus membuat perhitungan hari ini juga. Dia harus memberitahu segalanya.
`Kau nak apa? Dahlah...aku tak nak tengok muka kau.’ Amylea ingin meneruskan langkahnya tetapi dihalang oleh Syed Shahrul.
`Kenapa awak tinggalkan saya dan kakak awak di restoren hari tu? Awak tahu tak saya dah lama tunggu untuk berjumpa awak semula. Saya tahu saya silap. Awak tahu tak yang saya sangat sayangkan awak. Saya cintakan awak. Tolonglah...’Syed Shahrul merayu kepada Amylea.
`kau ni kan... aku tak faham dengan kau. Kau kata kau sayang dan cinta kat aku...tapi, kenapa kau panggil kakak aku sayang? Aku mengaku aku pun ada hati kat kau masa kita mula-mula berjumpa dulu. Tapi aku tak boleh cintakan kau sebab kau bakal menjadi abang ipar aku. Dah lah...kau tak payah cari aku. Aku tak nak musnahkan kebahagiaan orang lain. Aku tahu kakak aku cintakan kau sepenuh hatinya. Hanya dia yang layak kat engkau. Cuba kau bukak mata kau luas-luas...kau tak nampak ke aku ni jenis yang macam mana? Huh!!!’ Amylea mengeluh.
`Saya tahu. Tapi...walaubagaimana sekalipun saya tetap cintakan awak. Kami dah putus. Kakak awak yang putuskan semua ini. Dia yang rela hati berkorban untuk kita. Tolonglah hargai jasa kakak awak.’
Amylea terkesima. Dia tidak menyangka bahawa kakaknya sanggup berkorban sejauh itu untuk dirinya. Dia harus berfikir sedalam-dalamnya. Memang dia amat menyintai lelaki ini. Tapi dia harus punyai masa untuk memikirkannya.
`Saya tahu susah untuk awak terima. Tapi tolonglah fikirkannya. Kalau awak sudah bersedia awak bagitahulah saya. Saya sentiasa menanti awak sampai bila-bila.’ Syed Shahrul segera ingin beredar apabila melihat wanita pujaannya hanya membatu. Apabila kakinya ingin melangkah dia terdengar sayup suara yang memanggilnya.
`Shah...sa...saya terima awak. Saya sayangkan awak…saya juga cintakan awak. Awak tahu betapa sakitnya hati saya apabila saya tahu awak nak kahwin dengan kakak saya? Tolonglah…bagi saya peluang.’ Rayu Amylea.
`apa? Betul awak sanggup terima saya?’ Amylea menganggukkan kepalanya. ` Terima kasih Amy kerana terima saya. Baiklah... esok awak datang ke rumah saya. Mama saya nak jumpa. Kalau boleh awak datang dengan kakak awak. Segala masalah boleh selesai esok.’
Amylea hanya mengangguk. Dia tersenyum bahagia.
*****************************************************
Assalamualaikum...
Terdengar orang memberi salam, Datin Sharifah Aqilah terus meluru kearah pintu untuk melihat. Dia membuka pintu dan terkejut melihat Lea bersama dengan adiknya. Dia mengagak bahawa perempuan itu ialah pilihan hati anaknya. Dia melihat dari atas ke bawah untuk membuat penilaian. Pakaian yang dipakai oleh Amylea amat berbeza dengan pakaian Lea. Amylea hanya memakai seluar jeans biru dan dipadankan dengan baju blaus putih paras pinggang dan tersisip topi di atas kepala menutupi rambutnya yang pendek. Berbeza dengan Lea yang memakai baju kurung dan bertudung.
Datin menjemput mereka masuk.
`Eh, Lea...masuklah. bawak adik sekali.’
`Apa Khabar auntie? Mana Shah?’ Tanya Lea sambil bersalam dengan Datin Sharifah Aqilah dan diikuti pula dengan Amy. Belum sempat mengucup tangan Datin Sharifah, wanita tua itu melarikan tanganya. Amy terkejut dengan tidakan drastik bakal ibu mertuanya hanya berdiam diri memendam rasa.
`Entahlah Lea. Bakal isteri datang pun buat tak tahu je. Duduklah...nanti auntie suruh bibik buatkan air ya.’ Kata Datin Sharifah sambil memandang sinis kearah Amy.
Amylea terkulat-kulat mendengar sindiran bakal ibu mertuanya. Apa salahnya? Kenapa dia dilayan sebegitu rupa. Adakah kerana pakaian yang dipakai tidak menepati citarasa bakal ibu mertuanya?
Tidak lama kemudian Syed Shahrul turun sambil memegang sesuatu. Dia tersenyum kepada tetamunya. Apabila matanya bertemu dengan Amylea, senyumannya semakin melebar.
Datin Sharifah yang melihat kelakuan anaknya dengan Amylea hanya mencebikkan bibir tanda meluat. Dia memanggil Syed Shahrul supaya duduk di sebelahnya. Hatinya semakin sakit apabila melihat anaknya menuju kearah Amylea dan duduk di sebelah Amylea.
`Hah...Shah. macamana dengan majlis pernikahan kamu. Nak teruskan dengan perempuan ni ke?’ tanya Datin Sharifah dan sekali lagi menyakiti hati Amylea.
`mama...’ tegur Syed Shahrul sambil menatap wajah wanita yang dicintainya itu yang sedang tunduk. Mungkin terasa hati agaknya. Dia menggenggam tangan Amylea yang lembut itu seolah-olah memberi semangat.
Lea yang tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya terus mencelah... `Mm...auntie kalau boleh kita teruskan majlis itu seperti biasa. Cuma yang berbezanya Amy yang menggantikan saya. Mesti tiada orang yang perasan agaknya sebab muka kami serupa. Tentang tarikh perkahwinan tu...kita teruskan pada hari yang sama. Lagipun persiapan telah dibuat. Kan shah?’ tanya Lea mengharapkan Syed Shahrul bersetuju dengan rancangannya. Majlis perkahwinannya sudah ditetapkan hujung bulan ini.
`A’ah...ma...betul juga cakap Lea tu. Hai..tak sabar rasanya nak tunggu hari itu kan sayang...’ ucap Syed Shahrul sambil tersenyum melihat Amylea. Amylea hanya tersenyum kecil sambil menundukkan wajahnya yang sudah berubah rona itu. Dia mencubit kecil lengan Syed Shahrul sambil menjeling kearah Datin Sharifah dan kakaknya yang berada di situ. Kedua-dua mereka buat-buat tak nampak apa yang berlaku. Datin sharifah mencelah...` oh ya, kamu berdua makan tengah hari kat sini lah ye. Kita masak sama-sama. Mama pun nak merasa air tangan bakal menantu mama. Boleh kan Amy?’ tanya Datin Sharifah sambil memandang kearah Amylea dengan pandangan yang tajam persis seekor singa sedang memerhatikan mangsanya. Bila-bila masa sahaja dia akan menerkam.
Amylea terkedu seketika. Mukanya pucat lesi. Bukannya dia tidak tahu memasak tetapi dia sudah lama tidak memasak kerana sibuk belajar. Memang orang tidak mempercayainya sekiranya dia mengatakan dia pandai memasak. Hanya orang yang dekat dengannya sahaja yang mengetahui bakatnya dalam memasak. Jangan pandang orang yang bersifat kasar ini tak tahu memasak. Tengoklah nanti.
**********************************************************
Pada hari perkahwinan...
Kepada: kak Lea...
Assalamualaikum wbt. Tujuan Amy menulis warkah ini adalah untuk memberitahu akak bahawa Amy akan membawa diri ini jauh ke negeri orang...Amy harap kakak dapat menggantikan tempat Amy semasa majlis berlangsung. Amy juga berharap kakak dapat membahagiakan Shah. Maafkan Amy sekiranya amy ada lukakan hati akak. Tapi, apa yang Amy buat ini adalah untuk kebahagiaan akak. Amy tahu akak amat menyintai shah. Sedangkan akak sanggup berkorban untuk Amy...kenapa tidak Amy? Akhir kata, sambutlah salam daripada Adikmu yang paling comel. Amy. Wassalam.
` Ya Allah!!! Amy...’ jerit Lea sambil terduduk di sisi katil. Lea segera mencapai handy nya lalu mendail nombor Syed Shahrul.
`hallo...shah...’ Lea menceritakan segalanya kepada Syed Shahrul.
Akhirnya hanya keluhan yang tersua dibibirnya. `Lea...bersabarlah...mungkin ini sememangnya jodoh kita. Takpelah kita teruskan perkahwinan tu.’ Ujar Syed Shahrul walaupun hatinya dipagut rasa pilu.
` Aku terima nikahnya Lea Azlynn binti Kamarul dengan mas kahwinnya RM99.00 tunai.’
Termeterai sudah ikatan ijab kabul antara Lea dan Syed Shahrul Ashraf . Akhirnya mereka bahagia dan menerima suratan yang tersurat. Di sebalik kegembiraan itu, terselit sebuah kedukaan bagi dua orang insan yang saling mencintai.
Setahun kemudian...
` Abang, saya rindukan Amy. Dah setahun dia tinggalkan kita.’ Lea meluahkan isi hatinya kepada suami yang tercinta sambil mengusap perutnya yang boyot berusia enam bulan itu.
` Sabarlah...apa kata kita pergi melawat dia. Nak tak? Kan hari tu dia hantar telegram yang menyatakan bahawa dia tidak apa-apa di sana. Nasib baik ada dia. Kalau tidak, kita tidak mungkin akan bersatu. Nanti abang bagitahu adik abang kalau-kalau dia nak ikut sekali.’
` Baiklah bang. Saya sayang abang.’ Ujar Lea sambil mengucup dahi suaminya. Hubungannya kini bertambah erat dan bakal diserikan dengan bayi yang bakal lahir nanti.
************************************************
Di london...
` Assalamualaikum.’ Lea memberi salam sambil menggamit suaminya di sisi.
` waalaikumussalam.’ Jawab seseorang sambil membuka pintu. Matanya membuntang apabila melihat kakaknya dengan seorang jejaka yang tidak asing bagi dirinya. Dia mempersilakan tetamunya masuk. Dia mengarahkan seorang rakannya untuk melayan tetamu sementara dia pergi menyediakan minuman.
` kenapa kak Lea datang tak beritahu?’ soal Amy sambil menatang dulang yang berisi air.
` saja nak buat surprise. Amy dah banyak berubah sekarang ye?’ soal Lea apabila melihat adiknya kini menjadi lebih feminin. Dengan lagaknya sekarang sudah tak seperti dahulu. Dia juga ingin meminta maaf dengan adiknya yang telah berkorban untuk dirinya.
` tak adalah kak...minumlah air bujang je.’ Matanya tertaut dengan pandangan jejaka di hadapannya. Segera dilarikan anak matanya.
` Sebenarnya abang shah dan kakak nak bagitahu sesuatu. Sebenarnya semasa perkahwinan tu...’ tiba-tiba bunyi loceng menandakan ada seorang lagi tetamu yang datang.
` exuse me... biar Amy yang pergi tengok.’ Ujar Amy sambil berkejaran ke muka pintu. Lea dan Shah juga turut serta ke muka pintu kerana dia tahu siapa tetamu yang datang.
Amy membuka pintu yang tertaut rapat itu dan hampir tersembul biji matanya melihat seseorang yang amat dirinduinya.
`eh...awak? habis tu kat dalam tu siapa?’ tanya Amy dengan lagak hairan.
` Amy...sebenarnya kak tak kahwin dengan kekasih Amy. Abang Shah ni ialah abang kepada kekasih awak. Sebenarnya akak pun tak tahu yang akak kahwin dengan orang lain. Dah jodoh kami kan?’ ujarnya sambil memeluk bahu suaminya.
` sayang... kalau sayang nak tahu abang shah ialah kembar saya. Nama kami pun serupa tapi nama kat belakang je lain. Nama saya Syed Shahrul Akmal manakala nama abang shah pula Syed Shahrul Ashraf. Memang masa tu saya tak tahu nak buat apa. Awak tinggalkan saya macam tu sahaja. So, saya ambil keputusan minta abang yang kahwini Kak Lea.’ Ujar syed Shahrul Akmal sambil memegang tangan Amy untuk meminta pengertian.
` kenapa awak buat macam ni? Awak...’ amy masih lagi merenung muka kedua orang kembar itu dengan perasaan yang tidak percaya.
Akhirnya Abang Shah bersuara. ` Adik Amy...jangan ingat adik je yang ada kembar. Abang pun ada kembar jugak. Nanti adik pun akan dapat anak saudara kembar jugak.’ Kata abang shah sambil menjeling isterinya manja.
` ok lah...senang cerita...Amylea Zahra…will you marry me?’ Tanya Syed Shahrul Akmal sambil menyua kan sebentuk cincin yang bertakhtakan berlian di atasnya.
Akhirnya Amylea menganggukkan kapala menandakan setuju. Pasangan kembar itu bahagia sampai ke anak cucu. Rupa-rupanya Datin Sharifah Aqilah sudah lama menanti untuk mendapat menantu yang pandai memasak seperti Amylea. Dia tidak menyangka bahawa menantunya boleh memasak makanan sesedap itu. Dia juga meminta maaf kepada Amy kerana sikapnya yang suka berprasangka buruk terhadap orang lain. Mereka sekeluarga akhirnya diberikan rezeki yang melimpah daripada-Nya. Insyaallah.