Wednesday, May 9, 2012

Sayang atau Cinta?!

“Awak…kita janji eh nak kawan sampai bila-bila.” Jari kelingking disilangkan. Wajah ceria yang terukir pada dua orang kanak-kanak itu mengindahkan lagi suasana petang yang damai itu. Walau badai datang melanda sekalipun… mereka tidak akan pernah putuskan hubungan yang telah termeterai itu.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

15 tahun berlalu…

Aku menunggu kepulangan dia. Dia sudah berjanji padaku bahawa dia akan meminangku setelah tamat belajar di UK. Hari ini ialah hari yang paling bahagia buatku…. 7 tahun bukan satu jangka masa yang pendek. Dia pergi meninggalkanku dengan memberi aku sebuah harapan yang dia akan masuk meminang setelah pulang ke tanah air.

Aku tidak senang duduk. Semua kerja yang aku buat ada sahaja yang tidak kena. Sesekali mataku meliar kearah kawasan rumah banglo 2 tingkat jiranku. Mengintai sama ada ` dia’ sudah pulang atau tidak.

“Fara… apa yang kamu duk intai tu? Dari tadi mama tengok kamu serba tak kena. Dah la tak masuk office… ada saje alasan dia. Papa pun dah bising.”alahai… Puan Zainab a.k.a. mamaku sudah perasan la pulak aku duk mengintai rumah sebelah… kantoi sudah… Tadi aku bagi alasan tak sedap badan sebab malas masuk pejabat, sekarang ni boleh pulak duk mengintai-intai. Anak dara tak tahu malu betul la.

“Eh, takdelah mama. Bukan duk mengintai… ni, saje je nak tengok kain langsir ni. Nampak macam dah lusuh. Kena tukar yang baru dah nie.” Hehehe~ alasan lama…. Klasik dah. Tapi takpelah. Asal boleh pakai. Aku pura-pura menilik langsir merah berbunga-bunga kecil itu.

“Huh! Betullah kamu ni demam.” Puan Zainab mengelengkan kepala melihat perlakuan anaknya itu. “Takkan la kamu tak ingat langsir tu baru je 2 minggu ditukarnya. Kamu juga yang memilih warnanya.” Puan Zainab sekali lagi memandang anaknya yang sedang menikus. Hurm… tu dah memang kehilangan kata-kata lah.. memang terserlah kekantoian anda….hehehehe

Darah merah menyerbu ke mukaku. Aku tidak berani memandang wajah mama. Rasa macam mahu makan aje air cond supaya dapat menghilangkan kehangatan badanku. Akhirnya, aku hanya tersenyum. Mata masih lagi ke bawah, mulut juga terkunci.

“Haisy… apa-apa ajelah kamu ni. Hah, jangan lupa malam ni rumah jiran kita, Puan Sabariah adakan majlis doa selamat. Anak dia, Hazwan yang duk belajar oversea dah balik. Dia jemput kita sekeluarga pergi.”ujar mama sebelum meninggalkan aku terkulat-kulat di ruang tamu.

‘lorh… malam ni ke… rugi aje cipta alasan tak mau masuk opis! Naik bernanah telinga aku dengar bebelan papa pagi tadi.’ Akhirnya… aku masuk kamarku dan tidur.

Aduhai… ramainya orang. Aku nak duduk kat mana ni? soalku dalam hati. Kebanyakan semuanya anak-beranak si tuan rumah. Aku pun naik segan nak masuk campur. `hah! Ada pun.’ Segera aku bergerak kea rah penjuru dapur. Boleh duduk sambil membantu orang menghidang.

“Aduh…” terasa kakiku di pijak seseorang. Aku terjerit kecil. Dia memandangku lama. Naik seram aku melihat wajahnya. Dia mendekatkan wajahnya ke mukaku. Aku berusaha untuk mengelak.

“woi… habis batal air sembahyang aku.” Jeritnya sedikit kuat. Pergghhh…. Malu siot! Aku ingat dia nak minta maaf sebab terpijak kaki aku, ni dia marah aku sebab batalkan air sembahyang dia. Aduh… tak boleh jadi ni.

“Maaflah… pak cik. Tak perasan pulak. Tapi rasanya, awak yang pijak kaki saya kan?”tanyaku kembali. Air mukanya sedikit berubah, segera dia mengalihkan kakinya daripada memijak kakiku.

“Ahh… salah kau jugak yang lalu ikut sini. Tak Nampak ke aku nak cepat? Dah la… tepi sikit, aku nak pi amik air sembahyang yang baru. Lain kali, jangan lalu ikut sini… banyak lagi laluan lain.”ujarnya. Suaranya masih sama dengan tadi. Garang!

“Dah tu nak lalu kut mane? Mana la aku tahu selok belok rumah orang. Lagipun, amik air sembahyang banyak kali dapat banyak pahala.”ujarku perlahan. Seboleh-bolehnya tidak mahu didengarinya.

“hah! Menjawab aje kerjanya…”ujarnya dengan lantang. Aik? Macamana dia boleh dengar? Telinga lintah agaknya. Aku terus berlalu dari situ. Takut juga aku dengan makhluk yang mempunyai enam deria ni… hehehe

Eh… sekejap! Aku macam pernah tengok la muka mamat tu. Takkan Hazwan kot? Tak mungkin. Kalau Hazwan mesti dah lama kenal aku. Tapi, muka dia memang iras dengan Hazwan la. Tapi Nampak lagi matured. Maybe, dua atau tiga tahun lagi tua daripada aku dan Hazwan kot. Ah… lantaklah. Mamat poyo tu… berlagak betul.

“Hai sayang. Lama tak jumpa u. u look beautiful tonight.” Aduh! Kencang bangat debaran di dadaku ini. Hah! Ini baru Hazwan aku. Romantic siot. Aku hanya memandang ke bawah, malu nak tengok mukanya. Sekian lama aku tidak menatap wajahnya. Perlahan-lahan aku mengangkat wajahku.

‘wah… semakin hensem la plak aku tengok si Hazwan ni sejak balik oversea. Kalah aktor tempatan. Hehe… gatal la aku ni’ diam aku tidak terkata.

“ Yes… dari tadi u duk tengok I macam nak telan. Anything wrong with my face?”tanyanya sambil meraup sedikit wajahnya.

“Eh… takdelah. Awak Nampak lain sangat. Semakin putih la.”ujarku malu-malu.

“ye ke? Bukan dari dulu saya memang putih kan?”ujarnya sambil ketawa. Dia mengambil tempat bertentangan denganku. Matanya masih belum lepas memandangku. “Awak dah berubah… semakin cantik. Sejak bila awak bertudung?”tanyanya lagi.

“Setahun selepas awak pergi meninggalkan saya. Awak cakap tak nak pergi lama. Kenapa sekarang baru balik?”tanyaku. sungguh, aku amat merindui dirinya.

“Awak rindu saya ye? Sori, tinggal awak lama. Saya bantu abang saya uruskan cawangan syarikat kat sana. Tu, yang lama tak pulang.”ujarnya. Aku hanya mengangguk perlahan. Mengerti akan tugasnya sebagai anak.

Seketika itu… muncul seorang wanita cantik yang sedang memegang perut yang sedikit memboyot kearah kami. Aku hanya memerhatikan Hazwan memimpin wanita itu kearahku. Perasaanku mulai curiga. Apa makna semua ini?

Aku hanya tersenyum memandang wanita itu. Siapa dia? Perasaan ingin tahu menjengah seluruh ruang hatiku.

“Come… meet my wife… Shiera. Sayang, inilah dia orang yang paling teristimewa di dalam hati abang suatu ketika dahulu. Dialah kawan abang dunia akhirat.”ujar Hazwan memperkenalkan isterinya dengan aku.

“Hai… Saya Shiera. Hazwan’s wife. Nice to meet you”ujarnya sambil tersenyum manis memandangku. Tangan yang dihulurkan, aku sambut.

“Saya fara… kawan baik Hazwan masa kecil a.k.a jiran sebelah. Jemputlah datang rumah kalau ada masa.”ujarku berbasa-basi. Aku tekankan sedikit ‘kawan baik’ supaya si Hazwan ni sedar atas apa yang pernah dia janjikan dahulu kepadaku. Kononnya suruh aku tunggu dia balik… last2, balik bawa bini. Ni, entah anak yang ke berapa lah. Hatiku sedikit sebak. Seboleh mungkin aku tahan perasaan aku ni… rasa macam nak menangis pun ada… nak meranug2 pon terasa… tapi, aku kuatkan hati. Semoga dia tidak Nampak mataku yang sudah merah ini.

Hazwan meninggalkan kami di bawah gazebo ini. Aku ralit melihat ikan-ikan yang sedang berkejaran sana sini. Shiera mengambil tempat di sebelahku. Tanganku diraihnya.

“Saya tahu awak ni kekasih Abang Hazwan kan? Dan saya juga tahu yang awak masih lagi menunggu abang. Saya minta maaf. Perkahwinan kami memang telah di rancang oleh keluarga kami. Kami langsung tidak tahu. Saya minta maaf sekali lagi kerana telah merampas Abang Hazwan daripada awak.”tangan yang digenggam erat oleh Shiera aku leraikan. Tak sanggup rasanya aku menatap mata orang yang telah merampas kekasihku.

“Hurm… kalau awak dah tahu Hazwan dah ada kekasih, kenapa awak nak teruskan juga perkahwinan itu? Awak tahu tak berapa lama saya menunggu Hazwan pulang? Hati ini tidak pernah langsung memberi peluang kepada sesiapa untuk menjengah selain Hazwan.”ujarku sedikit bengang. Air mataku mengalir laju. Dadaku yang sarat kutepuk perlahan. Menenangkan diri sendiri.

“Awak… percayalah, Hazwan masih lagi mencintai awak. Dan selamanya cinta itu milik awak. Memang tiada ruang langsung bagi saya untuk menjengah. Cuma, mungkin dia merasa bersalah terhadap saya kerana saya isterinya. Sebab itu dia masih lagi menjaga saya. Dia memang seorang yang bertanggungjawab.”Shiera masih lagi cuba memberitahuku.

“Huh… kalau dia cintakan saya, tak adalah sampai perut awak memboyot kan?”tanyaku sedikt sinis. Mataku dihalakan ke perut bakal ibu itu.

Shiera menundukkan pandangannya, perutnya itu diusap perlahan. “ya… ini hanya satu kesalahan kami. Kami tidak sengaja melakukannya. Dan itulah kali pertama dan terakhir dia menyentuh saya. Abang Hazwan banyak kali menyatakan ini satu kesalahan. Saya terima kerana saya anggap ini sebagai takdir. Walaupun tuhan tidak memberikan hati Abang Hazwan kepada saya, Dia masih lagi memberi zuriat ini sebagai pengganti.”

Hampir menitis air mataku mendengarnya, adakah benar apa yang diucapkan oleh Shiera? Atau sengaja mereka-reka cerita kerana mahu memihak kepada suaminya? Aku menatap matanya sedalam-dalamnya. Mencari sinar keikhlasan daripada mata itu…

“Habis tu apa yang perlu saya lakukan? Rampas balik Hazwan daripada awak? Awak ingat senang ke? Tak mungkin keluarga Hazwan boleh terima semua ini? Walaupun, dia cintakan saya. Keluarga tetap menjadi keutamaanya.”ujarku. Kecewa deangan apa yang berlaku. Aku mahu pulang, hanya itu yang bermain-main di fikiranku sejak tadi. Aku melangkah meninggalkan isteri kepada kekasihku…

‘Andailah kamu tahu… permintaan suamiku untuk menikahimu. Adakah kamu akan menerimanya? Dan seandainya kamulah si isteri itu, sanggupkah kamu bermadu?’ Shiera bermonolog sendiri. Air matanya gugur juga. Berat sungguh permintaan Abang Hazwan buat dirinya. Meminta keizinan untuk berpoligami. Andai itu yang dapat membahagiakanmu… aku rela dalam terpaksa.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Semalaman aku menangis… mataku yang sedikit bengkak aku abaikan. Aku menebalkan mekapku supaya tiada yang perasan dengan perubahan pada mataku. Kakiku terhenti seketika di tangga setelah mendengar riuh rendah keadaan rumahku. Aikkk, sejak bila aku ada ramai ahli keluarga ni? setahu aku hanya tiga orang je yang menghuni rumah banglo ni. Aku, mama dan papa? Sape pulak yang datang pagi2 buta ni. Segera aku mendaki semula ke tingkat atas mencari tudung. Setelah tudung aku sauk, terus sahaja aku turun ke bawah.

Adus! Mamat poyo semalam lah… macamna dia boleh datang rumah aku ni? nak mintak maaf ke? Takpelah… aku sudah maafkan. Tak baik berdendam dengan orang nie. Hurm… muka macam serius je, ke datang nak meminang aku? Hehehe… perasaan la pulok! Hehehe…tak kuasa aku nak kahwin dengan mamat poyo itu…

“eh…fara, buat apa tercegat kat situ? Mari duduk sini, mama dengan papa nak kenalkan. Ni, Hazrol Nizam. Abang kepada Hazwan”ujar orang tuaku. Aku langkah mendekati tanpa perasaan. Terus sahaja aku duduk di hadapannya. Bahuku ditepuk perlahan oleh mamaku.

“Hah? Apa? Abang Haiwan?”tanyaku sedikit terkejut dengan tepukan mama. “erk… tak.. bukan, Abang kepada Hazwan kan?”ujarku. sedaya upaya meng cover line… huhuhu~ nasib baik muka dia tak garang macam semalam. Aku terdengar tawa kecil daripadanya. Mukaku sudah merah menahan malu… sudahlah semalam sudah kantoi… hari ini pun sama… kalau hari2 kantoi, alamatnya mampuslah aku.

Mama dan papa menjegilkan biji mata. Mereka meminta maaf daripada Hazrol. “maaflah, anak pak cik ni memang terlebih makan ubat sedikit.” Encik Dahlan a.k.a Papa meminta maaf dari pihakku. Dia hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala. Matanya masih terarah kearahku.

Aduiiiii… ni semua gara-gara Hazwan. Kalau tidak kerana dia telah mengecewakan hatiku semalam, tidaklah aku memalukan diriku di hadapan mamat poyo ini. Idaknye aku tersalah panggil… tp best jugak gantikan Hazwan kepada Haiwan? Kan dah nak dekat tu?

“Erk… saya tak tahu pun yang Abang Hazrol ni abang ke pada Hazwan?”tanyaku. Ceh… kerlasss ayat ko Fara… sejak bila dah pandai berabang-abang pulak ni? sejak bila dia jadi anak Puan Zainab dan Encik Dahlan ni? hehehehe…. Terlajak je tadi… buat gimik sikit. Tapi, aku Nampak dia ni matang sangat la… nak bersaya awak macam tak sesuai. So, panggil ajelah abang… nak panggil pak cik pun aku rase macam kurang ajar pulak.

“Hurm… memang abang tak tinggal kat sini dengan mama dan papa. Abang tinggal dengan nenek sebelah ayah di UK. So, balik sini pun jarang-jarang. Tahun lepas, setelah nenek meninggal mama dan papa suruh tinggal sini. Jadi, sekarang ni dah menetap kat sini lah.”terangnya panjang lebar. Aku hanya mengangguk. Huh! Tak sangka dia membahasakan diri dia `abang’. Aku just main-main je tadi.

“Jadi, sekarang ni Hazrol akan menggantikan tempat papa menjadi CEO syarikat kita.”ujar Encik Dahlan. Mataku membuntang? Bukan aku ke yang sepatutnya mengambil alih syarikat. Ni aku tidak faham ni. Aku ke mamat poyo ni anak papa?

“Apa maknanya ni?”tanyaku sedikit pelik.

“yup… Hazrol akan jadi Bos besar syarikat kita.”ujar Encik Dahlan bersahaja.

“Bukan itu syarikat kita? Papa yang usahakan selama ini kan? Kenapa tiba-tiba nak bagi kepada orang yang tiada kena mengena dengan keluarga kita? It is not fair la.”ujarku sedikit membentak. Aku pandang wajahnya lama. Aku korek juga matanya yang kuyu itu.

“its fair, dear. Kita banyak berhutang dengan keluarga Hazrol. Sebagai balasan, kita kena kembalikan haknya. Dengar sini, posisi Fara tidak akan tergugat walau sedikit pun. Masih lagi bergelar bos, Cuma pangkat kamu bawah sedikit daripada Hazrol. Dia sebagai bos besar.”mama pula cuba menenangkan. Aku masih tidak berpuas hati, mungkin disebabkan aku teremosi ekoran kejadian semalam, sampai ke Hazrol aku nak marah. Sebabnya, muka mamat poyo ini seiras dengan Hazwan.

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Dua bulan aku bekerjasama dengan Hazrol Nizam a.k.a mamat poyo. Ternyata… dia memang seorang yang berkarisma dan bijak dalam membuat keputusan dan sentiasa membangunkan syarikat. Memang tidak salah papa memilih dia untuk menerajui syarikat itu.

Aku mula menyenanginya, sikapnya yang mengambil berat itu menyentuh hatiku. Haish, takkan baru dua bulan dah jatuh cinta kot? Segera aku menidakkan kata-kata hatiku. Tetapi, dengan layanannya yang first class terhadapku membuatkan aku merasa berada di awang-awangan. Sesekali, aku ada terfikir, tiada wanitakah yang menjadi pendampingnya di sebalik kejayaannya itu?

Petang itu, aku mendapat mesej daripada seseorang… nama empunya badan yang diberi ialah Hazwan.

+Assalamualaikum, awak sihat ke? Boleh kita jumpa?

-waalaikumussalam, maaf. Saya sibuk.

Huh! Tidak kuasa aku mahu melayan lelaki sepertinya. Tidak cukup dengan satu. Masih lagi aku ingat peristiwa sebulan lepas. Isterinya sekali lagi datang menemuiku.

“Fara… please. Tolonglah terima Hazwan kembali dalam hidup awak. Awak tahu tak betapa dia menderita kerana terpaksa berkahwin dengan saya. Sekarang ni, dia pulang awak pula tidak melayaninya. Awak anggaplah saya ini tidak pernah wujud dalam kehidupan korang. Setiap kali saya melihat dia memandang awak, wajahnya pasti berseri. Walaupun yang dia pandang hanyalah gambar kaku yang tidak bernyawa. Tolonglah… jangan elakkan diri daripada menemuinya. Please…”permintaan itu hanya tinggal permintaan. Tidak sekali pun aku menunaikannya. Aku tidak mahu mengganggu hubungan kalian.

Deringan telefon mengejutkan aku daripada lamunan yang seketika. Pantas aku menekan butang hijau dan memberi salam.

“Waalaikumussalam.”jawab Hazwan. Terkejut aku seketika. Tanganku berkira-kira mahu mematikan talian. “tunggu… jangan letak. Awak tolonglah… bagi saya peluang. Saya masih lagi mencintai awak. Boleh tak kita jumpa? Saya tunggu awak dekat café sebelah pejabat awak. Saya tahu awak belum pulang. Saya tunggu.” Talian terus dimatikan. Aku hanya memandang sayu telefon bimbit di tangan.

Terus sahaja aku mengemas mejaku dan bersedia untuk pulang. Entah mengapa… kaki aku menggatal untuk ke tempat yang dimaksudkan Hazwan. Dia sudah menungguku. Mengapa aku lemah? Mungkinkah hati ini masih belum bisa melupakan dirinya? Adakah hati ini masih mencintai dirinya.

Pertemuan yang kuanggap sebagai pertemuan terakhir merupakan titik permulaan semula bagi perhubungan kami. Aku tidak tahu mengapa aku memberi dia peluang untuk menjengah kembali ruang hatiku ini? Yang pasti, hubungan kami sudah kembali seperti biasa.

Dia sentiasa ada bersama denganku. Dengan isterinya, aku langsung tidak kisah. Bagiku, dialah perampas dan Hazwan adalah hakku. Aku cuba mendapatkan kembali apa yang sepatutnya menjadi milikku.

Setiap hujung minggu kami akan menghabiskan masa bersama. Tidak pula aku bertanya tentang isterinya. Dia pun tidak mahu bercerita denganku. Dunia ini seperti dunia aku dan dia. Kasih kami bertaut kembali.

Terdapat sepasang mata yang memerhatikan gelagat kami. Dia berdiri tidak jauh daripada tempat kami makan.

“Dahlah Shiera…marilah kita pergi. Memang diorang tu sudah ditakdirkan untuk bersama. Aku tak rasa suami kau sayang kat kau. Tengok… da nak masuk Sembilan bulan kandungan kau dia tidak ambil peduli.”ujar Amira. Sedikit kecewa dengan perangai Hazwan yang mengabaikan teman baiknya itu. Shiera kehilangan kata-kata. Melihat kemesraan suaminya dengan wanita lain cukup memedihkan hulu hatinya. Biasanya orang kata anak itu pengikat kasih suami isteri… ini tidak, anak yang berada dalam kandungannya itu belum pernah dibelai. Teringin juga merasai tangan seorang suami mengusap zuriatnya sendiri yang berada di dalam kandungan. Bialalah masa itu akan tiba? Air mata hampir menitis diseka perlahan.

“Tu lah kau… aku dah nasihatkan. Orang lelaki tak boleh diberi muka. Ni, kau langsung tak mempertahankan hak engkau. Cubalah kau bagitau perasaan kau kat dia yang sebenar. Aku pasti, dia mempunyai perasaan yang sama. Cuma dia merasa bersalah terhadap perempuan itu.”

Shiera hanya berdiam diri. Hanya mengikuti sahabatnya itu. Dia tiada mood untuk membeli barangan bayi. Dia hanya membiarkan Amira yang memilih. Moodnya terbang bersama drama sebabak yang telayar sebentar tadi. Dia hanya ingin pulang… masalahnya, kepada siapa dia ingin mengadu?

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Aku menapak kearah bilik Encik Hazrol Nizam. Entah mengapa dia dipanggil oleh bos besarnya itu.Pintu diketuk perlahan, setelah mendapat arahan pintu dibuka. Dia masuk dan duduk diatas kerusi yang disediakan.

“Ye, Ada apa yang perlu dibincangkan?”tanyaku.

“Fara…please, stay away from Hazwan. Jangan ganggu rumah tangga orang lagi.”ujar Hazrol begitu serius.

Perkataannya membengangkan aku. “sori, Encik Hazrol. Kita kat ofis sekarang. Mana boleh campur urusan peribadi dan kerja.”ujarku. terus aku bangun untuk meninggalkan bilik itu.

Dia terus sahaja mengejarku. Tanganku ditarik untuk mengikutinya. Aku dihumban ke dalam keretanya. Dia membawaku di sebuah tempat… atas bukit.

Melihat mukanya yang garang menyinga, aku tidak berani untuk menegur.

“Abang tahu bahawa dulu Hazwan dengan Fara pasangan kekasih. Tetapi, sekarang Hazwan sudah berkahwin. Dah nak dapat anak pun. Fara tak kesian ke tengok Shiera terkontang-kanting seorang diri… Hazwan langsung tidak mempedulikan Shiera setelah fara kembali dalam hidupnya. Tolonglah, fikirkan apa yang akan terjadi apabila seorang anak kehilangan bapanya? Tak malu ke awak nak rampas hak orang?”Tanya Hazrol.

“Abang cakap baik-baik sikit. Siapa yang rampas hak siapa? Dia dulu yang merampas Hazwan daripada saya.”aku masih tidak mahu mengalah.

“Cuba cakap hak apa yang Shiera rampas daripada fara? Hak apa? Melaikan Fara yang merampas hak Shiera sebagai isteri kepada Hazwan. Betul tak? Fikirlah… awak orang yang berpelajaran…”keluh Hazrol. Tidak tahu apa lagi yang harus dikatakan kepada Fara.

‘kalau kamu terdesak sangat, aku masih ada… dan sentiasa menantimu sampai saat hatimu terbuka untuk menerimaku’Hazrol bermonolog di dalam hati.

Fara tersedar daripada lamunannya… kata-kata Hazrol menyedarkannya. Tidak sepatutnya selama ini dia memberi peluang kepada insan yang bernama Hazwan. Dia perlu menyedarkan lelaki itu… dan yang paling dia tidak boleh lupa… seorang wanita yang datang dan sanggup sembah kakinya agar memulangkan suaminya.

Tergamak sungguh aku memisahkan mereka? Bukan setakat memisahkan seorang isteri dengan suaminya, malah memisahkan anak dengan bapanya.

Tidak! Itu bukanlah sifatku. Aku tidak akan melukakan hati ramai orang. Aku bertekad, walau apa yang terjadi, aku harus memutuskannya sebelum terlambat.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Pagi minggu itu, aku mengatur pertemuan antara aku dan Shiera. Aku kesian melihatnya yang sudah sarat. Kami memilih tempat yang sedikit tersorok agar perbualan kami tidak didegari oleh orang lain.

“Assalamualaikum.”Shiera memberi salam sambil mengambil tempat dihadapanku. Aku hanya memerhatikannya. Belas aku melihat keadaannya itu.

Salamnya aku jawab perlahan. “Ada apa yang Fara mahu bincangkan dengan saya?”tanyanya. Suara yang begitu lembut itu menikam jantungku. Aku terfikir ‘tidakkah ada sekelumit perasaan cinta Hazwan kepada wanita ini?’ aku tersedar setelah tanganku ditolak lembut.

“err…emmm! Maaf. Sebenarnya, tujuan saya ingin berjumpa dengan awak ialah saya nak membincangkan pasal Hazwan.”aku menarik nafas seketika. Aku merenung dirinya. Aduhai… tenangnya wanita di hadapanku ini. Takkan tak de langsung perasaan cemburu. Aku terfikir sendirian.

“Ya… tentang apa? Saya bersetuju kalau awak nak menikah dengan abang Hazwan. Saya tahu dah lama korang merancang kan? Takpe… saya dah sain pun borang kebenaran poligami.”ujarnya perlahan. Perit rasanya hati melepaskan seseorang yang disayangi kepada orang lain. Masih ingat lagi betapa cerianya wajah suaminya itusaat mendapat keizinanannya untuk menikahi Fara. Air mata yang ingin sangat mengalir ditahan sedaya mungkin. Tidak mahu dikatakan tidak ikhlas oleh orang yang disayangi suaminya. Baginya, kebahagiaan suaminya itu lebih penting daripada segala-galanya.

“pleaselah… shiera, tak perlu lah awak nak berpura-pura di hadapan saya. Awak ingat saya bodoh tak merasa apa yang awak rasa? Awak cakaplah terus terang. Awak memang tak mahu bermadu kan?”sengaja aku mengutarakan soalan itu. Mahu menduga hatinya. Aku tahu, semulia mana pun seseorang itu, kalau bab2 poligami ni mesti kalah punya.

Wajahnya diangkat perlahan. Matanya menentang mataku… air jernih mengalir di tubir matanya. Pandangannya sayu. Aku segera memalingkan muka. Tidak sanggup melihat wanita itu… aku menangis juga di dalam hati. Benarlah, air mata itu senjata bagi seorang wanita.

“Memang… betul cakap awak. Saya memang tak nak bermadu. Lebih-lebih lagi dengan awak. Awak cantik, berpelajaran tinggi, pekerja cemerlang…. Ramai lagi orang yang lebih sesuai bergandingan dengan awak. Saya rasa menyesal sangat memberi kebenaran itu kepada suami saya. Satu perkara yang dia tidak tahu ialah saya sangat2 mencintainya… awk tahu, selama ini kami hidup bahagia. Walaupun dia tidak dapat menerima saya sepenuhnya tetapi dia tetap juga membahagiakan saya dan meluangkan masa dengan saya. Tetapi, sejak awak kembali dalam hidupnya… kehidupan kami berubah. Sudah tiada panggilan manja yang selalu diucapkan buat saya, tiada juga gurauan mesra antara kami dan hatinya yang mahu mula menerima saya sudah kembali tertutup. Semuanya kerana awak fara. Sama ada awak sedar atau tidak… awak ialah Perampas! Selama ini saya hanya diam apabila awak kembali rapat dengannya… semuanya kerana Si Isteri ini sangatttt MENCINTAI suaminya…Dahulu saya merasakan sayalah yang menjadi perampas… tetapi adakah seorang Isteri dianggap perampas suaminya daripada bekas kekasih hatinya? Saya minta maaf sekiranya bahasa yang saya gunakan ini begitu kasar. Tetapi, saya minta sangat jasa baik awak untuk melepaskan suami saya. Tolonglah… jika dia benar tercipta buat saya, lepaskanlah ia. Saya merayu sangat-sangat. Kasihanilah anak saya.”Shiera menyeka air mata yang masih setia mengalir di pipinya. Matanya masih lagi merenung diriku. Tangannya aku genggam seerat mungkin. Aku berjanji padanya yang aku akan melepaskan Hazwan kepadanya. Aku sudah tidak sanggup melukai hati seorang wanita yang begitu suci ini yang setia menanti CINTA seorang suami.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

“sayang… kenapa ni? bad mood ye?”Tanya Hazwan kepadaku. Tangannya menyentuh lembut daguku supaya berpaling kearahnya. Aku hanya menolak tangan kasarnya.

“Awak… hubungan kita hanya sampai di sini. Lepas ni, kita tak perlulah berjumpa dan pasal perancangan kita untuk berkahwin tu kita batalkan. Saya tak sanggup nak merampas suami orang dan saya juga tak sanggup merampas seorang bapa daripada anaknya.”begitulah yang aku terangkan kepadanya. Aku tidak tahu bagaimana aku boleh meneruskan perbicaraanku dengan begitu lancar sekali tanpa sebarang perasaan sayu. Mungkin hati ini sudah lali dengan perkara sebegini dan menyebabkan hatiku sudah tidak mahu berlembut lagi.

“wait… kenapa ni? fara.. please tell me. Why? Kenapa setelah kita sambung kembali hubungan kita awak nak putuskan dengan sewenang-wenangnya? Shiera datang jumpa awak ke? Dia ugut awak ke?”Tanya Hazwan lagi.

“ye… memang kitaorang ada jumpa. Dan setelah mendengar segala isi hatinya, saya tak sanggup untuk meneruskan semuanya. Awak tahu tak yang Shiera sangat mencintai awak. Dia sanggup lepaskan awak kepada saya semata-mata mahu melihat awak bahagia. Awak tahu tak betapa besarnya pengorbanan yang telah dia lakukan semata-mata kerana awak? Sudahlah… cakap pun tiada gunanya. Saya tetap dengan keputusan saya. Mulai saat dan detik ini secara rasminya kita putus.”keputusanku sudah bulat. Aku segera meninggalkan lelaki itu… matanya yang sayu melihat aku pergi. Mukanya begitu kusut saat panggilannya tidak aku endahkan.

Air mata lelaki ini jatuh… dahulu dia yang tinggalkan Fara, sekarang Fara pula yang meninggalkan dia… dan puncanya ialah satu… SHIERA!

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Shiera…”bergema ruang tamu rumah banglo itu akibat jeritan kuat daripada Hazwan.

Shiera yang baru sahaja selesai solat turun ke bawah menyahut panggilan suaminya. Wajahnya berkerut melihat wajah suaminya yang kusut dan merah itu…. Segera dia mendekati. Belum sempat dia bertanya rambutnya sudah dicekak oleh Hazwan. Kenapa ni?

“Mana janji kau yang mahu menyatukan aku kembali dengan Fara? Sanggup kau mempergunakan anak di dalam kandungan kau sebagai kepentingan diri sendiri? Hey, come on la… jangan ingat dengan kau melahirkan zuriat aku, aku akan jatuh hati kat kau? Jangan mimpilah. Cinta aku hanyalah buat Fara. Kau paham? Sekarang ni, aku nak kau cakap kat Fara yang kau minta maaf atas segala yang kauucapkan dan tarik balik semua pengakuan kau kat dia. Dan the most important is kau suruh dia kembali kepada aku… kalau tidak nahas kau.”segera ditolaknya tubuh itu melayang di atas lantai. Pintu dihempas kuat. Deruman enjin kereta meninggalkan perkarangan rumah menderum kuat.

“Abang…. Sakit sangat… Ya Allah, tolonglah hambamu ini.” Shiera mengerang kesakitan akibat tubuhnya yang terhempas ke lantai. Perutnya yang besar itu terasa sedikit senak. Darah merah mengalir dari celah pahanya. Dia menjerit kuat berharap ada yang mendengarnya. Seketika dia melihat ada orang yang membuka pintu rumahnya. ‘alhamdulillah… ada juga orang yang sudi menyelamatkanku’ serta-merta dunianya menjadi gelap.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

“Alhamdulillah… mujurlah cik cepat-cepat membawa kakak Cik datang ke hospital. Kalau tidak kandungannya mesti sudah tidak dapat diselamatkan lagi.”ujar doktor muda itu kepada Ziera.

“terima kasih doktor.”ujar Ziera. Dia bersyukur kerana kakak dan bayinya selamat dilahirkan. Sudah lenguh tangannya mendail nombor Hazwan. Masih lagi tidak dijawab. Keluarga mentua kakaknya baru sahaja tiba. Mereka kelihatan begitu risau dengan keadaan Shiera.

Mereka juga tidak tahu ke mana anaknya itu menghilang.

Hazwan pulang ke rumah lebih kurang pukul 3 pagi. Suasana yang sunyi itu menyesakkan fikiran. Kemana semua orang pergi? Ahh… dah tidur kut. Dia segera menjejakkan kaki ke biliknya. Dilihatnya isterinya tiada di dalam kamar. Di biarkan sahaja. Malas mahu mengambil tahu tentang isterinya.

Keesokan harinya, dia didatangi adik iparnya. Belum pun dia membuka mulut terus sahaja dirinya disembur Ziera.

“eh… abang pergi mana semalam? Abang tahu tak yang tangan Zie ni dah naik lenguh duk mendail number abang? Abang tahu tak sekarang ni Kak Shiera berada di hospital. Dia dah selamat melahirkan anak abang. Cepatlah siap. Bawak barang-barang kak Shiera sekali. Dia semalaman menanti abang tahu. Huh! Ada suami macam taka da je”omel Ziera lagi.

Mata Hazwan membuntang mendengar keterangan adik iparnya itu. Perasaan bersalah menusuk ke dalam hati. Tetapi hanya sebentar Cuma. Teruja dia mendengar isterinya melahirkan zuriatnya. Hilang terus segala wajah manis Fara yang sentiasa memenuhi ruang hatinya. Semuanya telah digantikan dengan seraut wajah isterinya yang ayu dan wajah bayinya yang comel. Segera dia berkemas untuk ke hospital.

‘sayang! Maafkan abang. Mulai hari ini, abang berjanji akan melupakan fara dan akan sentiasa menemani Shiera dan anak kita.’azam Hazwan di dalam hati.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Setahun berlalu dengan begitu pantas, aku Berjaya juga menyingkirkan perasaanku terhadap Hazwan. Kini, aku dan Hazwan sudah berkawan seperti biasa. Aku dan Shiera juga semakin rapat. Selalu juga aku bertandang ke rumah mereka untuk bermain dengan anak-anak mereka yang cumilll!! Anak-anak? Hehehe diorang dapat anak kembar lah. Best kan? Aku harap sangat suatu hari nanti aku juga akan mendapat anak kembar juga… hehehe

“sayang… kenapa termenung ni?”Tanya suamiku. Cuba teka siapa dia? Sudah semestinyalah si mamat poyo itu a.k.a bos besar a.k.a Encik Hazrol Nizam. Rupa-rupanya selama ini dia memendam rasa terhadapku. Patutlah dia beria-ria suruh aku lepaskan Hazwan, rupa-rupanya dia nak tackle aku. Huhuhu! Apa punya taktik da… sambil menyelam minum air…

Aku teringat pula tentang perjanjian yang termeterai antara aku dah Hazwan sewaktu kami masih kecil… kami akan berkawan sampai bila-bila… betullah perjanjian itu.. BERKAWAN! Bukan ditakdirkan untuk bertemu jodoh. Aku bersyukur sangat diberi jodoh yang lebih baik. Suamiku ini memang baik… mungkin lebih baik daripada Hazwan. Entahlah, yang pastinya cinta aku sudah beralih arah… 100% untuk suami tercinta.

Bahuku diusap perlahan. Aku tersedar daripada lamunanku.

“Abang… bestkan dapat baby kembar? Rasa macam nak jugaklah. Tengok diorang tu… bahagia sangat.”ujarku sambil melentokkan kepala di bahu suamiku.

Matanya yang nakal merenung diriku… “HUrm… betul ke sayang nak anak kembar? Larat ke?”ujarnya sambil mencuit hidungku.

Tangannya kutepis lembut. Geli diperlakukan sebegitu. “Betullah…” bersemangat sekali aku berkata.

“ok.. jomlah.”ajaknya. Dia menarik tanganku dan merangkul pinggangku. Ewah… suka hati aje ajak aku. Nak pergi mana pun tak tahu.

“eh… kejaplah. Ni, nak pergi mana pulak ni?” Tanyaku sedikit lembut.

“kata tadi nak baby kembar… ni nak pergi proses la ni.”ujarnya sambil tersenyum nakal. Cis… merah mukaku. Ada ke patut nak pergi proses time-time camni. Rumah orang pulak tu… tak senonoh la.

Lengannya aku cubit perlahan. “Abang… agak-agaklah. Kot ye pun nak proses, rumah sendiri takde ke? Ni, nak buat kerjaan kat rumah orang. Tu… diorang dah tengok pelik.”ujarku sambil menarik tangannya supaya bergerak kearah pasangan Hazwan dan Shiera. Kelihatan mereka berdua sudah tersenyum. Perghhh… malu aku dibuatnya.

“Eh… korang, abang ngan Fara balik dulu lah ye. Rasa macam lama pulak kitaorang duk kat sini.”ujar Hazrol. Rangkulan masih belum dilepaskan.

“Yelah abang oit… mentang-mentanglah pengantin baru, asyik melekat je kerjanya. Ni mesti tak sabar nak proses ni?”Tanya Hazwan sambil melirik kearahku. Nakal betul. Kenyitan matanya membuatkan aku malu. Dia ketawa berdekah-dekah.

Cis… macamnana lah dia tahu… Muka aku memang dah merah… dari tadi lagi. Sampai dah naik pekat da ni. Aku jeling suamiku. Pelik betul? Tak malu ke dia ni? muka tembok kea pa? aku dan Shiera sudah tundukkan wajah. Malu beb!

“ye lah… kakak ipar kau ni cakap dia nak anak kembar 3… hehehe”Hazrol ketawa kuat. Aik bila masa aku cakap nak kembar tiga? Bukan empat ke? Ah… papejelah…

Setelah bersalaman… kami pulang ke rumah. Sungguh, aku bahagia sekarang bersama suami yang tercinta… tidak rugi kita melepaskan orang yang kita sayang… sebab Allah akan menggantikannya dengan yang lebih lagi. Sayangku terhadap suami kini bukan sekadar sayang tetapi ‘CINTA’. Sama ke sayang atau cinta?

p/s: Alhamdulillah, siap juga cerpen saya yang seterusnya. Terima kasih kepada pembaca yang sanggup membaca cerpen ini… sebarang kesalahan harap dimaafkan… saya insan yang lemah! Silalah memberi komen agar saya dapat meningkatka mutu penulisan saya… Terima kasih^^

2 comments: