Tuesday, May 14, 2013

Peluang Cinta seorang Suami



   “Wah… hensomnya. Anak siapalah  tu.”omelku sendirian. Tidak sia-sia aku datang ke parti kawan mamaku ini. Dapatlah aku cuci-cuci mata sedikit. Walaupun aku memang seorang yang agak social namun aku bukanlah seperti perempuan-perempuan murahan yang memilih sesiapa sahaja untuk menjadi teman hidup. Sungguh, inilah kali pertama aku jatuh cinta kepada seseorang. Perasaanku berkocak hebat. Mata masih lagi tidak lepas memandang si dia.
   Sedang aku asyik menelek mukanya yang hensom itu, aku dikejutkan dengan panggilan oleh adikku. “Kak Rin, mama panggil. Dia cakap ada benda yang nak dibincangkan.”ujar  Saiful, adik bongsuku yang berusia .
   “Hah? Mama ada kat mana? Mama nak bincang tentang apa?”tanyaku sedikit pelik. Jarang mamaku mahu berbincang denganku. Aku dengan mama memang kurang rapat. Aku dibiarkan melakukan hal sendiri sejak daripada aku bersekolah menengah lagi. Segala apa yang aku lakukan tidak pernah dihalangnya. Dia hanya menyokong segala tindak-tandukku. Kecuali aku sudah melampau barulah mama akan menegurku. 
   “Mama ada kat dalam rumah Aunty Mai. Pergilah masuk tanya mama sendiri.  Epol hanya menurut arahan.”ujar Saiful lalu berlalu daripada situ.
   Tanpa membuang masa, aku terus sahaja menapak kedalam rumah banglo 2 tingkat itu. Rambut yang terlepas bebas dari tadi kusanggul rapi agar kelihatan anggun menawan.  Baju yang sedikit terdedah kubetulkan. Tidak mahu nanti Aunty Maisarah  mengatakan aku selekeh.
   “Hah! Come, my dear. Meet aunty Mai.”ajak mamaku a.k.a Datin Sarimah. Aku hanya memberikan senyuman menawan kearah Aunty Mai. Langkah kuatur dengan teliti. Setelah berdiri dihadapan  Aunty Mai, aku terus menyalaminya sebagai tanda hormatku buatnya.
   “Wah, cantik betul anak Datin. Sama macam mamanya jugak. Ni, dah berpunya ke belum?  Kalau belum boleh jadi menantu Aunty.” Mesra Aunty Mai menyapaku. Segan juga apabila dia bertanya aku sudah berpunya atau belum. Aku hanya mengeleng kecil. Memang aku belum berpunya. Aku pun tidak tahu mengapa para lelaki diluar sana tidak mahu berkenalan denganku. Aku bukannya jenis yang sombong. Aku mudah mesra. Mungkin diorang merasakan aku seorang yang terlampau social. Dan semua yang mendekatiku hanya mahu mengambil kesempatan terhadapku sahaja. Cinta mereka hanyalah palsu belaka. Disebabkan itulah aku memilih untuk berkawan. Memang aku jenis yang agak liar, namun aku bukannya tidak tahu halal dan haram. Aku tidak pernah berpelukan dan bermesraan dengan sesiapa. Tetapi, kadang-kala pernah juga aku bergurau sambil bertempuk tampar dengan lelaki, namun diorang ialah teman baikku sahaja. Tidak pernah lebih daripada itu.
“Hurmm…. Bagus sangatlah kamu masih belum berpunya. Anak Aunty pun masih solo lagi. Jadilah tu kamu berdua. Betul tak Datin Sarimah.”ujar Aunty Mai sambil tersengih lebar kepada mama. Mamaku hanya mengiyakan sahaja. Ada orang sudah berkenankan anaknya, diterima sahaja. Lagipun, mama mesti fikir bahawa aku sudah layak berkahwin sebab aku sudah berusia 24 tahun.
   Setelah habis sahaja pengajianku peringkat ijazah, aku diarahkan untuk bekerja di syarikat papa.  Memang itulah yang sepatutnya dilakukan oleh adik beradikku yang seramai empat orang ini. memandangkan aku anak sulung, maka aku diarahkan untuk belajar hal-hal berkenaan dengan syarikat bagi menggantikan posisi papaku kelak. Adik-adikku yang seramai tiga orang lagi masih belajar.
“Rin, kenalkan ini Shahrul. Anak Tan Sri Zahran dan Puan sri Maisarah. Kamu mesti dah jumpakan semalam dekat parti tu?”tanya papa kepadaku. Aku hanya menunduk. Memang aku ada jumpa dia semalam. Mata gatalku sahaja yang asyik memandangnya semalam. Tapi aku belum kenal pun siapa dia. Barulah kini aku tahu bahawa dia anak Aunty Mai. Eh, baru aku teringat yang Aunty Mai ada bertanyakan aku mahu menjadi menantunya ataupun tidak. Sudah pastinya aku mengatakan aku SETUJU SANGAT!!! Kalau aku tahu mamat ini anaknya. Hee… gatal betul.
   “err… Hai. Saya Hazrina. Nice to meet you.”ujarku sambil menghulurkan tanganku kepadanya.
Kulihat lelaki itu hanya tersenyum memandangku. “Maaf. Assalamualaikum. Nice to meet you too.”ujarnya. Namun sambutan salamku tidak tersambut. Aku jadi termalu sendiri. ‘alim rupanya mamat ni’. hatiku buat sekian kalinya terpaut lagi. Salamnya aku jawab perlahan. Setelah masing-masing memperkenalkan diri dan berbicara serba sedikit tentang syarikat, dia meminta diri untuk kembali ke syarikatnya. Aku senang bekerjasama dengannya. Dia seorang lelaki yang sangat berkarisma, cool, alim, matang dan semua yang sama waktu dengannya. Papa juga sudah beberapa kali menegurku supaya memberi perhatian atas perbincangan kami. Dek kerana asyik melihat wajahnya… aku seakan-akan tidak sedar waktu berlalu. Nasib baiklah aku sempat cover sewaktu dia memandangku.
   Sejak akhir-akhir ini, aku begitu bersemangat untuk ke pejabat. Kami bekerjasama menjayakan sebuah projek besar yang menguntungkan kedua-dua belah syarikat. Aku menjadi seorang yang sedia menanti kedatangannya. Memang angau betul aku dengan dia.
Setelah beberapa bulan kami bekerjasama, aku menjadi semakin rapat dengan jejaka itu. Aku menjadi rindu apabila dia tidak dapat menghadirkan diri ke syarikatku.  Walaupun kerjasma kami sudah hampir siap namun aku berharap sangat masa berlalu dengan lambat sekali. Setiap kali dia datang kesyarikatku, aku sudah cuba bermacam-macam cara untuk menakluki hatinya. Namun, hatinya sedikit keras untuk cair dengan lirikanku yang menggoda.  Aku pelik juga dengan sikapnya yang langsung tidak tergoda denganku. Kalau orang lainlah, mesti tergugat iman punyalah.
   “Shah… hari ini hari terakhir kita bekerjasama kan? sebelum kita masing-masing sibuk dengan urusan kerja lain… Rin ada sesuatu nak bagitahu Shah.”ujarku. Hatiku sedikit gementar. Tidak pernah selama ini aku meluahkan perasaanku terhadap sesiapa. Namun buat insan dihadapanku ini, aku jadi terpaksa berterus terang memandangkan dia memang kelihatan seperti tidak tahu erti perasaan cinta.
   “owh… ya. Apa dia yang Rin nak bagitahu?”tanyanya kurang berminat. Bukan aku tak tahu yang dia memang seperti tidak berminat dengan perempuan seperti aku.
   “Rin sebenarnya suka kat Shah. Sudi tak kalau kita keluar hujung minggu ni?”tanyaku begitu berani sekali.
  “Hazrina… maaf. Bukan saya bermaksud menolak awak. Tetapi, saya sudah mempunyai pilihan hati. Saya minta maaf. Awak memang tak layak buat saya.”ujarnya sambil bersiap-siap untuk pergi daripada syarikatku ‘Aku tidak layak buat dia? Ini memang dah lebih. Aku tahulah yang dia tu alim.. tapi, tak patut dia cakap begitu.’ Hatiku sakit mengenangkan perkataannya yang begitu menusuk ke kalbuku..
   “Shah… kejap. Walau apa sekalipun jawapan awak. Saya tetap mahu meraih cinta awak. Saya tidak kira awak suka atau tidak, saya tetap akan mendapatkan cinta awak walaupun terpaksa bersaing dengan pilihan hati awak itu. Lagipun, Aunty mai sudah kenal saya. Lagi senang saya nak dapatkan cinta awak.”ujarku dengan penuh keyakinan. Aku tentang matanya. Dari pandangan matanya seolah-olah mencabarku untuk merebut cintanya.
Demi memiliki hati Shahrul, setiap minggu aku akan bertandang kerumahnya. Dia yang dahulunya mesra denganku kini sudah berubah perangainya. Mungkin rimas dengan perlakuan gedikku. Tetapi, aku tidak kisah dengan semua itu. Yang penting, suatu hari nanti dia akan membalas juga cintaku.
   “ish… kau tak penat ke hah? Setiap minggu datang rumah aku. Rimas tahu. Kalau kau datang sini nak jumpa mama aku sahaja aku tak kisah, tapi kalau sampai melibatkan aku, aku tak suka. Kalau kau nak pergi mana-mana dengan mama. Just go ahead. Tapi, aku tak suka kau melibatkan aku. Please la, aku pun ada life aku sendiri. Kekasih aku juga perlukan aku. Kalau aku asyik temankan kau ngan mama je, aku tak dapat jumpa dengan Shiera.”ujar Shahrul seperti melepaskan amarahnya  kepadaku.
Aku hanya menjongketkan bahu dan mengangkat kening tanda aku tidak kisah dia nak tak dapat jumpa buah hatinya itu. Shiera? Hurm… rupa-rupanya orang yang berjaya mencuri hatinya itu bernama Shiera. Tindakan aku sekali lagi mengundang perasaannya marahnya. Akan tiba juga waktu terletusnya gunung berapi itu. Tetapi, aku sanggup tunggu letusan itu. Aku mahu lihat sebesar manakah rasa sayang seorang anak kepada ibunya.
   Petang itu, aku bertanya kepada Aunty Mai tentang lamaran dia terhadapku semasa dia baru sahaja bertemu denganku beberapa bulan yang lepas. Aku menyatakan persetujuanku untuk menjadi menantunya. Gembira bukan kepalang Aunty Mai dengan penerimaanku. Aku memang dasar muka yang tidak malu. Aku memegang kepada perinsipku, ‘kalau yang baik sudah ada dihadapan mata, maka peganglah ia seerat mungkin agar dia tidak terlepas ketangan orang lain. Andai ianya terputus di tengah jalan anggaplah ianya sebagi takdir dan carilah hikmah disebalik semua itu.’ Selagi ada usahaku untuk mendapatkan dirinya, akan kuusahakan sampai berjaya.
Panggilan telefon yang daripada tadi menjerit kuangkat. Sedikit bergetar suaraku sewaktu aku menerima panggilan daripada Shahrul. Apa angin dia menelefon aku dan mengajak aku keluar makan malam ini. Seperti ada sesuatu yang nak dibincangkan.
Aku menapak kedalam restoran mewah yang berdekatan dengan tasik itu. Aku lihat Shahrul sudah menungguku di sebuah meja sederhana besar yang berada di tempat yang sedikit tersorok. Kenapa mahu berjumpa denganku.
Setelah aku mengambil tempat dihadapannya, terus sahaja aku disembur dengan kata-katanya yang mencengkam hati.
“Kau memang dah melampau. Eh, kau dengar sini. Aku takkan kahwin dengan perempuan macam kau ni. aku nak kau bagitahu mama aku bahawa kau tak mahu kahwin denganku.”arahnya kepadaku. aku sengaja pura-pura tidak mendengar arahannya.
“yelah… memang aku ni bukan perempuan yang baik sangat. Tapi, hati aku masih lagi suci. Aku tak sanggup nak mengecewakan Aunty Mai. Dia sangat baik untukku. Kalau kau yang tak nak kahwin dengan aku, apa kata kau sendiri yang cakap dekat Aunty. Aku harap kau takkan menyesal apabila sesuatu happen kat Aunty. Aku takut  dengan kesihatannya.”ugutku. aku tahu, sebagai anak yang menurut kata dia tidak akan sampai hati mengecewakan perasaan ibunya. Aku juga tidak tahu mengapa aku menjadi sekejam ini. apa yang aku tahu hanyalah aku cintakan dia. Aku tidak kisah sekiranya ada perasaan yang harus dikorbankan. Aku akan hanya redha berpisah dengannya sekiranya salah seorang daripada kami dijemput ilahi. Sewaktu hidup inilah aku akan memperjuangkan cintaku.                                      
   Tiga bulan berlalu, kini aku sudah sah menjadi isteri kepada Shahrul Tan Sri Zahran. Tidak tergambar dia akhirnya menjadi milikku. Aku berasa sungguh gembira walaupun dia masih tetap dingin kepadaku.
   Aku melihat dia menapak masuk ke kamar kami. Aku tersenyum memandang dirinya. Dia hanya menunjukkan riak biasa sahaja. Langsung tidak teruja melihat aku berpakaian sebegini.
“Abang, malam ni abang tidur atas katil ye?”ujarku. kurenung dirinya yang kelihatan kurang bermaya itu. Seminggu kami kahwin, tetapi dia tetap berperangai sebegini. Dia tidak pernah melayanku selayaknya sebagai seorang isteri. Aku terkilan dengan layanannya yang dingin itu.
“Aku nak kita pindah.”Shahrul membuka mulut. Pandangan dihalakan kearah lain. Tidak  mahu langsung memandangku. Takut iman tergugat barangkali.
“ok.”aku memberikan jawapan ringkas. Aku setuju sahaja dengan cadangannya. Lagipun, bukannya aku tidak tahu yang dia sudah membeli rumah di atas bukit sana.
   Kehidupan di rumah baru amat memenatkan aku. Aku sudah diberi amaran agar tidak merungut sekiranya banyak kerja rumah yang perlu aku uruskan kerana sudah awal-awal lagi dia memberitahu bahawa dia tidak mahu mengambil pembantu rumah. Biarlah aku sahaja yang menyediakan semuanya. Aku langsung tidak terkejut dengan arahannya itu. Aku tahu bahawa dia mahu aku give up dan bercerai dengannya. Tetapi, dia salah. Sebagai isteri, aku sanggup berkorban menyediakan segala kelengkapan kepadanya.
   “Eh, abang dah balik?”sapaku. Tangannya kucapai lalu kucium penuh hormat. Segera kutarik tangannya untuk duduk atas sofa di ruang tamu. Kupicit kepalanya agar dapat menghilangkan stress setelah seharian di pejabat. Aku berlalu kedapur pula untuk mengambil minuman. Matanya tidak lepas memandangku. Mungkin jelek dengan caraku melayaninya. Tetapi, aku tetap bersabar. Walaupun aku mendengar dengusannya namun, aku telah didik hati ini supaya tidak cepat melatah.
  “Aku nak naik mandi. Panaslah kat bawah ni. rimas.”dengusnya. lantas, dicapainya briefcase lalu berlalu ke tingkat atas. Sedih hatiku, air yang kubancuh tidak langsung disentuhnya.  ‘kalau tak suka denganku janganlah sampai begitu sekali. Ish… tidak! Aku mesti kuat walau bagaimana sekalipun.’bisik hati kecilku.
   Malam itu, cepat-cepat aku menyusup masuk ke dalam biliknya. Alasanku mahu berjemaah sekali. Selesai bersolat isyak, aku masih setia dalam biliknya. Menunggu dia menyatakan sesuatu kepadaku. aku nekad kali ini, biarlah dia menghalauku tetapi aku tetap tidak akan keluar daripada bilik ini.
   “Hah… tunggu apa lagi? Pergilah keluar masuk bilik kau tu. Aku dah nak tidur ni.”halaunya.
   “Tak nak. Rin nak tidur sini dengan abang.”ujarku. Telekung kulipat kemas lalu aku segera berbaring di atas katil. Melihat dirinya yang terkejut dengan perlakuanku sudah mati akal. Tidak tahu bagaimana lagi cara untuk menghalauku. Kaki diatur kearah katilnya. Tanganku dicapainya kasar lalu ditariknya kuat untuk menghalauku keluar daripada biliknnya itu. Aku tetap juga mengeraskan badanku. Tiba-tiba…
‘Buk’ bunyi seseorang telah terjatuh. Aku membuka mataku. Sakit betul tubuhku. Patut pun aku berasa berat semacam, rupa-rupanya dia terjatuh atas aku. Lama kami berkeadaan begitu. Jantungku sudah berdegup kencang… lain pada hari-hari biasa. Seketika kemudian, dia bangun dan merebahkan badannya disebelahku. Dia sudah tidak menyuruh aku keluar. Penat sudah bertengkar denganku. Aku tersengih sendiri. Berjaya juga aku tidur sekatil dengannya. Melihat dia sudah terlena, pinggangnya kupeluk erat bagai tidak mahu dilepaskan.

   “Sampai hati abang kan buat Shiera macam ni. Kenapa abang tak bagitahu yang abang dah kahwin? Kenapa tipu Shiera? Shiera tak nak jadi perampas. Shiera tahu walaupun Shiera dulu yang kenal  abang, tetapi kita kena pasrah dengan takdir yang ditetapkan buat kita.”Shiera tidak sangka yang selama ini lelaki yang dia cintai selama 5 tahun sudah menjadi milik orang lain. Dan yang paling menyedihkan dia mendapat tahu lelaki itu sudah menikah melalui mulut orang lain. Dia tidak rela menerima lamaran lelaki itu. Dia tidak sanggup menyakiti hati isteri lelaki yang telah memegang utuh hatinya sejak lima tahun yang lalu. Dia akui, memang semua ini salahnya sebab sebelum ini sudah berapa kali lelaki itu melamarnya, tetapi dia menolak dengan alasan masih mahu sambung belajar. Akhirnya dia juga yang terlepas.
   “Abang mintak maaf sayang. Bukan kehendak abang semua ini. Ini semua sebab perempuan tu. Gara-gara dia yang terlamapau obsess dengan abang, kita terpaksa menanggung semua ini. Abang tak kira, walau bagaimana cara sekalipun, abang tetap akan mengahwini Shiera.”ujar Shahrul dengan beraninya. Dia tidak mahu lagi berpisah dengan kekasih hatinya.
   Shiera hanya tersenyum tawar. Nak tergelak dengan ucapan berani kekasihnya itu. ‘Walaubagaimanapun, Shiera tak mungkin akan menjadi yang kedua dalam hidup abang. Shiera sanggup mengundur diri.’desis hatinya. Biarlah kini dia yang berkorban. Tidak sanggup rasanya dia membiarkan orang lain terkorban kerana dirinya. Dia sanggup sahaja merendahkan egonya semata-mata melihat orang lain gembira.
   “Nah… kau amik surat ni dan tanda tangan dekat bawah tu.”Shahrul melemparkan dokumen itu dihadapanku. Terpempan aku seketika. Surat apakah ini? kenapa perlu sampai membaling bagai, tidak bolehkah bagi dengan elok? Hatiku merengus dengan perangai kurang sopannya.
   “Apa ni abang? Surat apa sampai begitu sekali berangnya?”tanyaku. Mataku masih menala kearah surat yang diberikan kepadaku tadi.
  “Huh… kaubacalah. Takkan belajar tinggi-tinggi tak reti baca kot.”ujarnya sinis sambil memandangku macam nak telan.
Aku meneruskan pembacaan. Ini surat keizinan untuk berpoligami. ‘Ya Allah!’ hatiku tersentap. Aku tidak sangka selama ini apa yang diberitahuku itu benar sekali. Dia memang sudah berpunya sebelum bernikah denganku. Mengapa aku begitu bodoh tidak mahu percaya kata-katanya dahulu? Aku terus terduduk diatas sofa di ruang tamu rumah kami.
   “Tak. Rina takkan tandatangan surat ini. abang tak boleh kahwin lain.”ujarku sambil mengembalikan surat itu ketangannya. Aku segera bangun dan terus berlalu masuk ke kamar. Belum pun sempat kakiku diangkat daripada tempat itu tanganku ditarik kasar. Hampir terjatuh aku dibuatnya apabila aku dengan kasarnya dihempas diatas sofa. Huh, nasib baik sofa ni boleh tahan empuknya. Kalau tidak, mahu patah riuk pinggangku.
   “Abang ni kenapa? Sakit tahu.”marahku kepadanya. Tanganku yang dicengkam kemas itu menjadi merah. Rambutku yang panjang itu ditariknya kasar. “kan aku dah mintak secara baik suruh kautandatangani surat tu. Tapi, kau ni degil tahu tak. Sekarang aku nak kau tandatangan. Kalau tak kau akan terima nasib kau.” Dia melepaskan cengkaman rambutku. Air mataku mengalir laju. Bukan kerana sakit diperlakukan sebegitu tetapi lebih sakit mengenangkan hati ini sudah dilukai dengan kehadiran surat sampah ini.
Tanganku terketar-ketar sewaktu memegang kertas itu, teragak-agak aku mengangkat pen yang berada di sisiku untuk menandatangani surat itu. Namun, pergerakan tanganku terhenti setelah akal rasionalku mula memuntahkan sesuatu. Aku memandang dirinya dengan perasaan yang berbaur, aku nekad kali ini… mungkin untuk terakhir kali… aku mahu menunaikan tanggungjawabku sebagai isteri kepada lelaki itu.
   “Rina akan tandatangan surat ini, tetapi ada satu syarat. Kalau abang mampu menunaikan tanggungjawab ini, Rina sendiri yang akan pergi meminang kekasih abang itu.”ujarku kepadanya. Air mata yang dari tadi mengalir daripada kelopak mataku diseka perlahan.
   “Baiklah, apa sahaja syarat engkau aku terima. Bukan setakat satu malah kalau nak bagi 1o syarat pun aku terima asalkan aku dapat bersama dengan Shiera.”ujar Shahrul.
  “Baiklah, saya tak mintak banyak, Rina nak abang tunaikan tanggungjawab abang sebagai suami Rina. Lepas itu, Rina akan tandatangan surat ini. Rina janji Rina tak akan tuntut apa-apa daripada abang lagi.” Aku  memandangnya wajahnya yang sedikit tegang. Mungkin tidak terduga dengan permintaanku yang satu itu. Mungkin juga tidak sudi menyentuhku. Maklumlah, aku bukan wanita pilihannya.
   “Kau takde syarat lain ke? Aku bukan apa… aku”belum habis dia berkata-kata aku memotong percakapannya. “kalau abang tak nak takpelah… surat ni Rina tinggalkan dekat sini aje. Abang fikir dululah.”aku memberi kata putus. Aku bukan kemaruk sangat dengan dirinya sampai meminta perkara yang sebegitu, Cuma aku mahu dia menjadi seorang yang lebih bertanggungjawab. Aku mahu dia lebih peka terhadap perkahwinan kami dan aku juga dia menjadi lebih adil. Aku melangkah masuk ke kamarku. Aku mengharap sangat dia merubah fikirannya. ‘ya Allah, aku tidak sanggup melihat suamiku jatuh ketangan orang lain. Namun, aku redha seandainya itu yang telah ditetapkan oleh-Mu.’ Buat sekian kalinya air mataku gugur satu persatu dan akhirnya aku terlena sendiri.
   Azan subuh yang berkumandang daripada masjid berhampiran rumah kami telah mengejutkan aku. Kugagahkan jua kaki untuk ke bilik air untuk menunaikan tanggungjawab aku yang satu itu. Saat aku mahu menuruni katil, baru aku perasan yang seseorang sedang memeluk pinggangku erat. Dan aku juga baru perasan yang tiada Seurat benang pun yang membaluti  tubuhku. Kupandang lelaki yang berada disebelahku ini, satu persatu peristiwa semalam menghiasi ruang mataku. Aku tidak menyangka yang dia akan ikut syaratku. Betapa agungnya cintanya terhadap Shiera. Kuamati wajahnya yang sedang enak tidur itu. Perlahan-lahan aku mencium dahinya. Kubisikkan kepadanya sesuatu. “Rina akan selalu mencintai abang walaupun abang tidak pernah membalasnya. Rina redha dengan segala-galanya. Pergilah, kejar cinta abang. Rina pernah baca, kalau kita cinta kat seseorang kita akan sentiasa berkorban untuknya. Rina rela berkorban untuk abang dan Rina harap sangat yang abang tidak akan tinggalkan Rina.”bisikku dengan penuh syahdu. Tanpa sedar air mataku menitis ke pipi Shahrul. Aku melihat dia menggeliat kecil. Segera kumencapai tuala yang sedia tergantung disebelah katilku lalu berlalu ke kamar mandi.
   Seusai sahaja aku berpakaian, aku berlalu ke dapur untuk menyiapkan apa yang patut untuk sarapan suamiku. Sudah menjadi rutinku setiap pagi untuk menyediakan sarapan buat dirinya. Aku tahu suamiku telah berlalu ke kamarnya dari tadi. Kupandang borang poligami yang telah aku tanda tangani. Rasa menyesal mula menghimpit diri. Namun, janji haruslah ditepati.
   “Err… abang. Jomlah sarapan. Rina dah sediakan nasi goreng cina kesukaan abang.”ajakku. senyuman manis kuberikan buat dirinya.
Dia menapak ke meja makan sambil matanya tak lepas daripada memandangku. Aku malu apabila dipandang sebegitu lebih-lebih lagi peristiwa semalam masih berlegar dalam kepalaku. Aku hanya menundukkan wajah. Tidak berani untuk menatap wajahnya. Aku hanya melihat dia makan dengan berselera sekali. Seperti biasa, tiada apa pun yang keluar daripada mulutnya. Usahkan mahu berbicara mesra denganku, mahu memuji masakanku jauh sekali. Tetapi kalau mengutuk memang nombor satu. Pernah juga masakanku terlebih garam, memang dia melenting habis. Selepas peristiwa itu, aku sanggup masuk kelas masakan untuk menambat hati suamiku ini.
  Selesai makan, suamiku masih lagi setia di meja makan. Mungkin mahu berbicara sesuatu kepadaku. Atau ingin bertanya pasal borang itu. Tanpa sempat dia berbicara apa-apa, aku segera menghulurkan borang poligami yang telah aku tandatangani pagi tadi.
   “Ini yang abang nakkan? Yang pasal semalam itu, terima kasih sebab abang dah jalankan tanggungjawab abang. Saya minta maaf pasal itu. Kalau abang tak ikut syarat Rina pun, Rina tetap akan tandatangan borang tu. Maaf sebab ugut abang. Rina tak nak jadi isteri derhaka. Lepas ni, dah ada orang lain yang akan menjaga abang. Harap abang akan adil.”ujarku. Segera aku berlalu kedapur untuk mencuci pinggan yang telah kami gunakan tadi. Sempat aku mendengar dia mengeluh sewaktu mengambil borang poligami yang aku berikan tadi.
   Seminggu perkara itu berlaku. Kami masing-masing mendiamkan diri. Tidak pernah lagi mengungkit tentang peristiwa itu. Aku hanya mengikut rentaknya. Lagipun, sejak akhir-akhir ini dia jarang keluar rumah waktu malam. Terperap sahaja dalam bilik. Aku pun malas dah nak layan karenahnya itu. Layananku masih tetap sama terhadapnya, namun sudah tidak semesra dahulu. Aku tidaklah becok seperti dahulu. Suka bercerita macam-macam walaupun dia tidak berminat untuk mendengar. Tetapi, kesudiannya untuk mendengar adalah satu kegembiraan buatku. Sekarang aku sudah tidak melakukan itu semua. Aku perlu belajar untuk menjadi matang. Mungkin dia tidak suka dengan kemanjaan melampau aku itu.
Selesai mengemas rumah, aku terkejut melihat Shahrul yang masih bersantai di atas sofa panjang di ruang tamu sambil membaca surat khabar. Tidak keluarkah dia hari ni? biasanya kalau hari minggu pasti akan lesap punyalah daripada rumah.  
   “Abang, tak keluar?”tanyaku.
  “Malas.”jawabnya pendek tanpa melihat wajahku.
   “Oh… hari ini saya nak pergi jusco. Nak beli barang sikit. Abang takpe kan duk kat rumah sorang?”tanyaku sambil meminta keizinan daripadanya untuk keluar membeli barangan dapur.
   Surat khabar yang dibacanya daripada tadi dilipat dan diletakkan di atas meja. Matanya memandangku sambil berkata “Jomlah.”
Terkejut beruk aku mendengar ajakannya itu. Biar betul? Dia nak keluar dengan aku ke? Ke aku yang salah dengar ni? aku masih lagi membatu disitu. Tidak percaya dengan apa yang diperkatakan.
   “yang tercegat lagi kat situ kenapa? Pergilah bersiap. Kita pergi. And, cuba cari baju yang senonoh sikit. Kan ada yang buat free show  kat market tu.”ujarnya.
   Aku tidak tahu apa lagi yang harus kukatakan. Aku memang terkejut habis dengan perangainya hari itu. Segera kuberlalu ke tingkat atas untuk menukar bajuku. Apa yang tidak kena dengan bajuku? Bukannya seksi pun. Baju t-shirt lengan panjang dengan seluar jeans.  Owh… baru aku perasan yang baju ini agak luas di bahagian dada. Patut dia suruh aku tukar pun. Tapi aku pakai tudung. Tutup jugak bahagian dadaku. Yang peliknya, dahulu dia tak kisah pun aku pakai macamana sekalipun. Sejak sebulan yang lalu aku belajar untuk memakai tudung dan Alhamdulillah aku masih lagi mengerjakan perintah Allah yang wajib itu.
   Selesai sahaja melengkapkan diri, aku turun kebawah. Tidak mahu dia menungguku lama. Sewaktu tiba di jusco, kami memilih barangan basah untuk kegunaanku selama seminggu. Macam-macam karenahnya apabila kami sedang memilih. Semua yang aku ambil pasti akan diletakkan kembali. Fed up aku berjalan dengannya. Apabila aku tanya mengapa, dia hanya tersenyum dan menjawab tidak segar. ‘huh! Kalau nak yang fresh sangat tanam sendirilah.’omelku dalam hati.
   Sewaktu kami sedang asyik memilih barangan dapur, tiba-tiba ada seseorang menegurku.
   “You… Hazrina kan?”tanya lelaki itu.
Aku memandang wajahnya sambil mengerutkan dahi. Siapakah gerangan pemuda ini?
   “Maaf, awak ni siapa?”tanyaku sambil memandang wajah pemuda yang berkaca mata hitam itu.
   “Alah… takkan tak kenal. Aku lah… Faris. Kawan sekolah menengah kau. Yang kau reject tu?”ujarnya sambil membuka kaca mata hitamnya. Aku terkejut melihat dirinya sekarang. Sudah maju sejak bekerjaya ni.
   “Ya Allah… kau ke Faris. Aku memang tak cam  langsung muka kau tadi. Apa cerita kau sekarang? Eh, sebelum aku lupa ni aku perkenalkan suami aku Shahrul.”ujarku kepada Faris.
Mereka bersalaman sambil mengukir senyuman. Sinis. Semuanya sama-sama mengukir senyuman palsu. Cuma aku sahaja yang tidak perasan.
   “Wei… kau kahwin tak ajak aku. Melampau lah kau ni. aku tahu aku kena reject. Aku macam nilah. Belum kahwin, belum tunang dan gf pun dah kahwin dengan orang lain. Takpelah, aku tunggu kau ajelah.”ujarnya berjenaka.
Aku hanya menjengkilkan mata memandangnya. Buat lawak bodoh pulak kat sini. Terasa ada tangan yang menjalar di pinggangku. Aku melihat shahrul sahaja merapatkan diri denganku. Mungkin mahu menunjukkan kami ini pasangan yang romantik. Aku cuba membaca air mukanya namun hampa. Tiada tanda-tanda cemburu diwajahnya. Ah! Aku bukan Shiera untuk dia cinta sangat-sangat.
Aku tergelak dengan lawaknya itu. “lawak la kau ni, aku dah ada suami la. Tak mungkin aku akan berpaling daripadanya. Dia suami aku dunia akhirat.”jawabku.
   “Wei… releks la. Aku gurau je tadi. Aku tahulah yang kau cinta sangat kat suami kau ni. Aku tahu Hazrina seorang yang sangat-sangat susah jatuh cinta. Tetapi, sekali jatuh cinta… dia tak akan begitu mudah melepaskannya. Aku yang hensem ni pun tak boleh menarik perhatian kau. You are very lucky, man.”ujarnya kepada suamiku. “tetapi, kalau kau ada masalah… kau boleh datang kepadaku. cinta aku kepada kau tidak pernah pudar.”ujarnya sebelum beredar. Aku hanya memandang dengan pandangan yang tiada riak. Ah! Lantaklah mamat psyco tu. Memang daripada dahulu perangainya sebegitu. Dasar buaya tembaga.
   Malam itu, selesai sahaja makan malam kami sama-sama menonton drama di televisyen. Boring gila cerita. Aku memang tidak layan drama-drama melayu ni. Banyak betul konfliknya. Aku berdiri tegak dan menggeliat kecil. Mengantuk dan penat dengan seharian berada di luar membuatkan aku betul-betul mahu merebahkan diri di atas tilamku yang empuk itu. Shahrul sudah menukar channel tv. Bosan jugak barangkali. Sewaktu kaki mencecah anak tangga, aku dipanggil Shahrul.
   “Masuk bilik aku.”arahnya. matanya masih tidak lepas memandang televisyen.
Aku yang dalam keadaan mamai buat tak tahu sahaja dengan arahannya. Terus sahaja aku menonong kedalam bilikku lalu merebahkan diri.
Tidak lama kemudian aku mendengar pintu bilikku dihempas kasar. Terkejut aku melihat muka bengis Shahrul. Segera aku bangun daripada pembaringanku. “Abang kenapa?”tanyaku. hatiku sedikit bergetar melihat dirinya yang bengang  itu.
   “Aku suruh kau buat apa tadi? Aku suruh kau masuk bilik aku kan? kenapa kau degil sangat hah?”jerkahnya. Suara yang tinggi itu meremangkan bulu romaku. Tidak pernah aku melihat dia  mengamuk sebegini melainkan sewaktu dia menyuruh aku menandatangani borang  poligami itu. Peristiwa itu bagai terulang kembali dalam ingatanku. Tidak… aku tak sanggup menghadapinya. Segera aku menjauhkan diri daripadanya sewaktu dia datang mendekatiku. Belum sempat aku melarikan diri dia sudah menyambar tanganku. Aku ditariknya sehingga jatuh ke katil. Sungguh, aku takut dengannya pada saat itu. Dia turut merebahkan diri disebelahku. Tangannya sudah merayap keseluruh badanku. Tidak sanggup aku melihat wajahnya yang bagaikan singa kelaparan itu. Apa salahku?
   “Abang… Rina penat.”ujarku perlahan.
   “Owh… melayan jantan tadi tak penat? Siap bergelak ketawa bagai. Huh! Sukalah kau ye ada orang nak tunggu kau. Kiranya nanti kau jadi janda meletup lah ya?”ujarnya kasar.
Tubuhnya aku tolak kasar. Tidak rela disentuh dengan lelaki yang tidak percaya denganku ini. Baju yang sedikit tersingkap kutarik kembali. Aku menjauhkan diri daripadanya.
 Keluhan kasar dihela dari bibir lelaki itu. Dia tidak tahu mengapa dia menjadi begitu cemburu dengan Faris padahal sudah terang-terang Faris menyatakan yang dia telah direject. Tetapi, yang pasti dia amat marah terhadap wanita itu.  Dia tidak tahu mengapa.
   “Abang… saya tak layan dia pun. Abang ni dah kenapa? Kita jumpa pun sebab terserempak aje tadi. Tolonglah jangan jadikan Faris sebagai alasan. Saya tak pernah menghalang abang untuk jumpa dengan Shiera. Saya tak kisah abang. Tapi jangan jadikan Faris sebagai penyebab kita berpisah. Itu saya tak mahu.”aku menjerit kepadanya. Tangisanku tidak dapat dibendung lagi. Aku duduk menongkat lulut di penjuru katil. Agak jauh daripada dirinya.
    “Ak… abang minta maaf. Abang tak tahu kenapa diri abang rasa marah dengan lelaki itu. Rina isteri abang. Walau macamana sekalipun maruah Rina harus dijaga. Jangan mudah terpedaya dengan lelaki macam tu.”Shahrul merangkak kearah Rina. Tubuh itu dipeluk erat. Dia tidak tahu bila dia sudah jatuh sayang dengan wanita itu.
Aku hanya berserah dengan segala-galanya. Aku seakan-akan terkejut kerana dia membahasakan dirinya ‘abang’. Entahlah, dia berubah kerana mencintaiku atau tuntutan yang satu itu.

   “Assalamualaikum.”ujar seseorang. Aku menjawab salamnya sambil menjemputnya duduk dihadapanku. Sengaja aku memilih tempat yang terlindung sedikit. Tidak mahu Shahrul nampak kami.
   “Shiera kan?”tanyaku. Wanita ayu bertudung itu hanya menganggukkan kepala. Mungkin tertanya-tanya mengapa aku mahu berjumpanya walaupun aku tidak dikenalinya.
   “Maaf, akak ni siapa? Rasanya kita belum pernah jumpa. Dan rasanya akak bukanlah client saya yang pernah saya jumpa sebelum ini.”ujarnya.
   “Saya Hazrina. Awak boleh panggil saya Rina atau nak lebih mesra panggil saja Kak Rin. Saya isteri Shahrul.”jawabku.
Shiera terkejut dengan pernyataanku. Serta merta air mukanya berubah sama sekali. Mungkin tidak menyangka aku akan bertemu dengan dirinya. “Ka…kak Rin ni isteri abang Shahrul?”tergagap-gagap dia bercakap. Mungkin takut aku menyerangnya. Aku hanya mengangguk sambil tersenyum  memandangnya.
   “Kak… saya mintak maaf sangat-sangat. Selama ini saya tak tahu yang abang Shahrul dah berkahwin. Tapi, selepas saya dapat tahu sampai sekarang saya dah tak jumpa dengannya. Saya harap akak tak salah faham.”ujar Shiera. Berdasarkan raut mukanya aku tahu dia seorang yang baik. Dia bukanlah jenis perempuan yang merampas suami orang.
   “Tak, Shiera salah apa-apa pun. Jangan risau. Saya tahu, bukan salah Shiera. Saya je yang bodoh sebab tak percaya dengan Shahrul dulu. Dia pernah bagitahu saya yang dia sudah berpunya tetapi saya paksa jugak dia kahwin dengan saya. Kalaulah dia tahu saya amat mencintainya sepenuh hati saya. Takpelah, perasaan saya tak penting sekarang ni. Saya nak tanya, Shiera masih sayang lagi tak kat Abang Shahrul?”tanyaku.
Matanya bulat memandangku. Tidak mengerti mengapa aku bertanyanya sedemikian. Perlahan-lahan dia menangguk. Aku hanya tersenyum. Sudah aku agak perasaannya.
   “Saya sebagai wakil Abang Shahrul nak merisik Shiera sebagai isteri kedua abang. Shiera setuju tak? Kalau Shiera setuju saya akan hantar rombongan ke rumah Shiera hujung minggu ni.”tanyaku. aku harap sangat dia tidak setuju dan menolak lamaranku. Ah… itu Cuma harapanku. Hanya ikhlas sahaja yang perlu aku ada sekarang ini.
   “sa… saya tak setuju. Ya.. saya masih sayang abang. Tetapi, hanya sekadar sayang semata-mata. Perasaan cinta saya sudah pudar kak. Lagipun, saya dah terima lamaran daripada seseorang. Lepas ini, saya dah tiada hubungan dengan abang lagi. Maaf, kak saya pergi dahulu. Kirim salam saya pada abang ya.”Shiera segera berlalu dari situ. Dia tidak sanggup melukakan hati seorang isteri sebaik Hazrina. Melalui matanya dia dapat mengagak bahawa wanita ini sangat mencintai Sharul. Mungkin melebihi dirinya sendiri.
   Aku hanya menghela nafas setelah melihat kelibat Shiera yang berlalu pergi.  Aku tahu bahawa wanita itu kecewa. Namun, aku akan lebih kecewa seandainya Shahrul menikahi wanita itu. Aku akan memberitahu Shahrul dengan berita itu. Tidak sabar rasanya untuk memberitahu suamiku. Mungkin ini peluang kami untuk memulakan kehidupan yang baru.
    “Assalamualaikum, abang. Eh, abang dah balik ke? Bukan tadi abang cakap abang akan balik lewat?”tanyaku. Segera aku mencapai tangannya lalu kucium penuh hormat.  Kulihat riak mukanya kelihatan sedikit tegang. Kenapa?
   “Kau pergi mana tadi? Kenapa tak jawab telefon? Lain kali kalau tak nak angkat jangan pakai telefon. Buang masa aje.”marahnya.
  “Maaf abang. Telefon Rina kehabisan bateri. Semalam lupa nak cas. Rina pergi jumpa Shiera. Rina nak tunaikan janji Rina dengan abang. Rina pergi lamar Shiera. Tapi… dia cakap…”belum sempat aku menyudahi kata-kataku Shahrul sudah memotong.
   “Siapa yang benarkan kau jumpa Shiera? Lain kali kalau nak buat sesuatu tanya aku dulu. Siapa yang memandai suruh kau lamar si Shiera tu?”Shahrul tidak menyangka sebaik ini hati isterinya. Rasa bersalah menusuk ke dalam kalbunya.
    “Abang… itukan syarat yang kita persetujui bersama. Abang dah jalankan tanggungjawab abang, saya pula yang menjalankan tanggungjawab saya pergi lamar Shiera untuk abang.”jawabku jujur. Aku tidak mahu menjadi seorang yang mengukir janji.
   “Aku tak suka kau buat keputusan melulu. Aku tak suka kau keluar rumah tanpa izin aku. Aku tak mahu kau jumpa Shiera lagi. Aku tak suka kau pergi lamar Shiera. Aku tak suruh pun. Dan selama  ini aku tak ungkit pun dah perkara tu. Kenapa kau ni memandai sangat hah????”jerkah Shahrul.
  Aku terkejut mendengar amarahnya. Niatku yang suci ini disalah ertikan oleh dirinya. Kenapa dia tidak suka aku melamar Shiera? Pelik. “kenapa abang tak nak saya pinangkan shiera?”tanyaku.
   “Aku cakap tak suka maknanya tak sukalah. Kenapa kau ni lembap sangat.”geram Shahrul dengan perangai isterinya itu, takkan tak faham-faham lagi kot.
  “But why???”tanyaku lagi. Tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Shahrul.
   “Sebab aku… abang cintakan Rina. Abang tak tahu mengapa perasaan abang dah beralih kepada Rina. Cuma yang abang tahu abang sangat cemburu apabila Rina berbual mesra dengan lelaki lain lebih-lebih lagi orang itu ialah orang yang masih lagi menunggu Rina walaupun Rina sekarang dah kahwin dengan abang. Abang rasa tercabar sangat. Kenapa lelaki lain boleh mencintai isteri abang ini sedangkan abang tak boleh. Tanpa abang sedar cinta rina semakin menusuk dalam hati abang. Hari itu abang dah jumpa dengan Shiera untuk memutuskan perhubungan kami. Sebab itu abang kesal sangat Rina pergi jumpa Shiera tanpa memberitahu abang. Abang mahu membina hidup baru bersama Rina. Rina sudi tak maafkan abang? Abang dah banyak buat salah dengan Rina dan selalu menyakiti Rina. Sudi tak Rina menjadi suri hidup abang buat selama-lamanya? Dan menjadi ibu kepada bakal anak2 abang?”tanya Shahrul sambil melutut dihadapan isterinya.
   Aku tidak menyangka Shahrul akan jatuh cinta kepadaku. Air mataku gugur satu persatu. Hanya anggukan dan senyuman sahaja yang dapat aku berikan kepadanya dan mengisyaratkan supaya dia bangun.
Shahrul tersenyum memandangku sambil bangun lantas memelukku erat sekali. Aku tidak menyangka pengorbananku selama ini mendapatkan ganjaran yang baik. Aku bersyukur sangat aku diberikan peluang untuk mendapat cinta daripada seorang suami. In Sha Allah. Cinta ini kami akan bajai sebaik mungkin. Tidak akan pernah aku berhenti mencintai dirinya. Dialah cintaku yang kedua selain daripada Allah dan Rasul. Semoga cinta kami kekal sehingga ke syurga.