Tuesday, August 23, 2011

Apabila kukatakan 'Aku sudah jatuh cinta' mesti ramai yang terkejut beruk... Sampai beruk pun terkejut melihat aku...huhuhu. 'Memang!' Hatiku kini sudah dicuit oleh si dia. Akhirnya, hatiku yang dahulu keras seperti batu dan beku seperti air batu kini sudah mula mencair akibat dipanaskan oleh si dia pujaan hatiku.

"Woit, Ika kau ni kenapa? Asyik termenung je dari tadi aku tengok. Teringat kat buah hati, eh?" ujar Zahlia merangkap teman baikku sejak dari bangku sekolah lagi.

"Ish, mana ada. Kau ni, ada-ada sahaja."tepisku.

"Kau tak payah nak tipu aku la. Nampak sangat muka tu... seperti pungguk rindukan bulan. Asyik senyum je dari tadi."Zahlia tak habis-habis menyerkap jarangku.

Aku senyum? Sejak bila ya? Zahlia yang salah tengok agaknya. Errm...kalo tersenyum sikit-sikit tu ada la. By The Way, Zahlia ni sebenarnya rakan karibku sejak di bangku sekolah lagi. Kami sama-sama berasal dari Terengganu dan sekarang kami dapat sama-sama mengajar di tempat dan sekolah yang sama.

"ERrr...mana ada aku tipu. Aku... Nur Hidayah Zulaikha binti muhammad masih lagi waras dan tidak mungkin akan tersenyum sendiri tanpa sebab yang tertentu."ujarku sambil mendabik dada.hehehe! Betul ke apa yang aku cakap ni? Bukan aku ada senyum sensorang ke tadi?

"Ya lah... Banyak la kau punya dalih. Dari tadi aku duk perhatikan kau. Mata tu tak lekang dari memandang Ustaz Aizril. ish3... Ni mesti kes dah tangkap cintan sama ustaz tu kan?" ujarnya.

huhu! Alamak. Dah kena sekali... Kali ni memang betul la dia punya serkap jarang. Mampus aku. Tak boleh jadi nie...kena cover cepat-cepat.

"Alah~ takda maknanya aku nak tangkap cintun ngan ustaz tu. Orang yang alim macam tu takkan pandang punya kat orang macam aku ni. Walaupun aku ni masih bertudung litup tapi mesti taste ustaz tu lain kan? ok la... Aku nak masuk kelas dulu ni. Kau takde kelas ke?"tanyaku sambil bersiap sedia untuk ke kelas untuk mengajar.

"err...Aku pun sama. Jomlah..."kami sama-sama meninggalkan bilik guru sambil menuju ke kelas masing2.
**********************************************************************************************

"Baiklah, sekarang kita akan masuk bab 3. Tapi sebelum tu cikgu nak test memori bab 2. Sesiapa yang tak boleh jawab kena berdiri. Baik, semua tutup buku."ujarku. Buku teks sejarah ditutup dan diletakkan di atas meja masing-masing.

"Zarul...bangun. Cuba beritahu siapakah residen negeri perak?"tanyaku sambil memandang tepat kearah matanya.

"err...ustaz Aizril cikgu."jawab Zarul.

"Apa? Apa yang awak merepek ni? Saya tanya siapa residen di perak? yang awak jawab ustaz Aizril tu kenapa?"ujarku kuat walaupun perasaanku ketika itu berkecamuk sekali. Jantungku berdebar pantas apabila nama itu disebut.

"Lah...ya ke cikgu. Nampaknya saya salah dengar la ni. Saya ingat cikgu tanya cikgu mana yang berasal dari Perak. Saya jawab la ustaz." Zarul masih buat muka toyanya...

HuH! budak2 ni memang ada saja alasan. Padahal dia lupa apa yang aku ajar. Biar ajalah... Aku sudah malas mahu bertanya lagi. Aku takut aku sendiri yang akan membuka cerita tentang ustaz itu.

"Takpa lah Zarul. Awak boleh duduk. Ok murid2... kita sambung Bab 3 ya."ujarku. Sesi pembelajaran pagi itu berjalan seperti biasa walaupun hatiku masih belum bisa tenang.

******************************************************************************************

Hampir setahun aku menjadi guru di sekolah ini tapi aku masih belum berpeluang untuk bertegur sapa dengan Ustaz Aizril. Ustaz itu selalu sahaja mengelak apabila aku ingin menegurnya. Kekadang, aku merasakan yang ustaz memang sengaja mahu melarikan diri daripadaku. Kenapa ya?
Sewaktu aku ingin melalui kaki lima untuk ke kantin... aku terdengar bisikan-bisikan kecil daripada budak-budak sekolah. Biasalah, remaja zaman sekarang, kalau sehari tidak bergosip memang tidak sah. Dan, cerita yang aku dengari kini adalah lebih hangat daripada biasa... lebih hangat daripada radio hot fm. Ceritanya mengenai Ustaz Aizril. Huh! bersungguhla aku mahu mendengarnya. Segera aku perlahankan kelajuan kakiku.

"Aku dengarkan... Ustaz Aizril tu dah bertunang la. Kalau tak silap dengan orang sekampung dengan dia."ujar seorang murid itu.

"ish.. betul ke ni? Mana kau tahu?"

"Aku tahu la... masa cuti penggal tempoh hari, nenekku ada tanya mengenai ustaz. Maklumlah, Aku kan sekampung dengan ustaz."

Wah! Sungguh hebat budak2 ini menjadi wartawan tidak rasmi sekolah. Aku yang menjadi guru ini pun tak tahu langsung mengenai hal2 peribadi cikgu lain. Tapi! Betul ke Ustaz Aizril dah bertunang? Serasa pipi terasa kebas semacam. Mahu menangis pun ada. Tak jadi aku ke kantin mengisi perut. Segera aku melencongkan kakiku ke tandas guru.

Di situ aku terus menghamburkan tangisku. Sedih sangat hati ini apabila orang yang aku puja selama ini sudah menjadi milik orang lain. Setelah puas... aku mengenakan kembali mekapku. Sengaja aku tebalkan sedikit mekapku daripada biasa. Aku tak mahu orang lain tahu bahawa aku sedang menangis. Sedang aku asyik membetulkan tudungku, pintu ditolak dari luar. Terkejut aku melihat Ustaz Aizril di hadapanku. Dia juga kaget melihatku. Aku segera meluru keluar daripada tandas itu. 'Ya Allah...ini tandas guru lelaki. Aduh! macamana aku boleh tersalah masuk tandas ni?'Aku beristighfar panjang. Aku meminta maaf daripada ustaz.

"Err...tak apa. Cikgu Hidayah. Awak memang cantik..."ujar Ustaz Aizril dengan nada yang ikhlas.
Tidak semana-mena aku menjadi perasan dengan pujian ustaz itu. Aku memberi senyuman yang paling manis buat ustaz. "...tapi, kalau awak gunakan kecantikan awak untuk memikat suami di rumah amatlah lebih elok. Maafkan saya... tapi bagi saya kecantikan seseorang wanita adalah hanya untuk mahramnya dan orang yang berhak keatasnya. Tak perlulah cikgu menzahikannya kepada orang luar."

Serta-merta wajahku menjadi keruh. Nah! kena lagi sebijik. Aku menjadi kelu untuk berkata-kata. Aku terus sahaja meminta diri. Mungkin malu dengan sikapku yang nampak keterlaluan tadi. Aku segera ke bilik guru. kali ini aku ingin meminta kepastian tentang berita pertunangan Ustaz Aizril.


**********************************************************************************

Ustaz Aizril menapak ke dalam kelas 5 Kenanga. Semua pelajar diminta berdiri dan memberi salam. Setelah selesai membaca doa, semua pelajar diminta duduk ditempat masing-masing.

"Baiklah, murid-murid. Keluarkan kerja rumah yang saya berikan semalam. Baiklah, Harlisa... Sila berikan maksud hidayah?"ujar ustaz Aizril.

"Hidayah ialah Cikgu sejarah kami, ustaz."jawab Harlisa dengan lantangnya.

"Lisa, apa yang awak cakapkan ni? Saya tanya maksud hidayah. Bukannya tanya siapa hidayah. Kalau begitu saya pun boleh jawab Hidayah ialah kekasih saya."ujar Ustaz Aizril. Serta merta kelas menjadi sunyi sepi. Wajah ustaz Aizril sudah menjadi merah. Memang dia sudah terlepas cakap. Dilihat beberapa orang anak muridnya sedang berbisik antara satu sama lain.

"oh... Ustaz Aizril sukakan Cikgu Hidayah ya?"ujar salah seorang muridnya. Aduh! sudah tercetus satu konstroversi baru.

"Eh... saya cakap tadi cuma contoh la... Baiklah...Siapa nak jawab macamana nak mendapatkan hidayah? oh ya...Hazim...sila berikan jawapan awak."Ustaz Aizril bertanya lagi. Budak-budak ini memang tak boleh orang tersalah cakap.

"Alah...senang je ustaz. Yang pertama.. berkenalan. 2. minta no telefon. 3. cuba tackle...yang ke empat...." Hazim masih lagi ingin meneruskan tetapi dipotang oleh ustaz.

"Sudah... Awak semua ni memang saja nak main-main kan? Awak tahu tak exam dah nak dekat. kenapa masih nak main-main lagi? Siapa yang ada jawapan yang betul? Kalau tidak semua akan didenda. Garang suara Ustaz Aizril meminta anak-anak muridnya supaya lebih serius dalam pelajaran. Selebihnya, dia begitu malu dengan keterlanjuran ucapannya tadi. Memang dia selalu berjenaka di dalam kelas tetapi tidaklah keterlaluan seperti tadi.
*************************************************************************************

Aku nekad... walauapapun yang terjadi aku mesti mendapatkan kepastian daripada Ustaz Aizril. Biarlah orang mengatakan aku sebagai perigi mencari timba... Aku nekad sekali.

"Ustaz, tunggu sekejap."panggilku sewaktu Ustaz Aizril ingin melangkah ke arah keretanya. Ustaz Aizril berhenti lantas berpaling untuk melihat gerangan yang memanggilnya.

Aku segera mendapatkan Ustaz Aizril. Aku melihat dia tersenyum melihatku. Aku juga membalas senyumannya.

"Ada apa Cikgu?"tanya Ustaz Aizril mematiakn lamunanku.

"errm... betul ke Ustaz Aizril dah bertunang?" tanyaku.Merah pipiku selepas menanyakan perkara itu... 'Aduh~ camne aku bleh nekad gila2 nih!' rasa menyesal mula bertandang di sanubariku.

No comments:

Post a Comment