Tuesday, July 20, 2010

tak tahu lagih

"Abang!!" jerit Humaira sambil meraba-raba pipinya yang perit akibat penangan daripada abangnya itu. Air mata yang tadinya ditahan gugur jua. Dia menundukkan wajahnya tidak berani bertentang mata dengan abangnya itu.

"Kau pergi mana tadi hah? Sampai sekarang baru balik. Kau tahu sekarang ni sudah pukul berapa?"jerkah Azham kepada adiknya.

Humaira menilik jam yang terpampang pada dinding rumahnya. Dia menggumam sendirian. Dia tahu dia tidak sepatutnya pulang lewat tanpa beritahu keluarganya terlebih dahulu.
" Maira...pergi rumah kawan tadi. Maira tahu... salah Maira tidak memeberitahu terlebih dahulu. Maira minta maaf." rayu Humaira.

" Baiklah. Kali ini abang maafkan. Tapi kalau lain kali maira buat hal lagi abang akan report pada mama dan papa." Azham bukanlah terlalu marah pada adiknya itu, tetapi masalah dipejabat tadi membuatkan dia melepaskan geram pada Humaira. Dia tahu tindakannya tadi akan buat adiknya tertekan lebih-lebih lagi tahun ini Maira akan menduduki Spm.
*********************************************************************************
"Mai...kenapa pipi kamu merah?" tanya Zura iaitu rakan baik Humaira.

" Ish, mana ada. " ujar Humaira sambil menutup sebelah pipinya. " Aku lupa nak sapulah...tadi aku pakai blusher." Dia segera bangun menuju ke paip air yang berdekatan pura-pura menanggalkan kesan merah pada pipinya yang putih gebu itu.

" Your parents tak marah ke kamu datang rumah aku semalam?" Zura yang dari tadi asyik memerhati perlakuan teman baiknya itu bertanya.

" Tak. mama dan papa takde. Outstation kat London. Maybe next week baliklah tu." Humaira seboleh-bolehnya ingin mengelak daripada pertanyaan rakannya itu, takut nanti peristiwa semalam terlepas daripada mulutnya.

"Oh...So, petang ni jadilah kamu datang rumah aku?" tanya Zura.

"Tengoklah nanti. Kalau takde apa-apa aku pergi rumah kamu ye. Insyaallah."Mereka beriringan ke kelas masing-masing.
*********************************************************************************

Selesai sesi persekolahan petang itu,

"Mai...Kamu belum balik lagi ke? Jom balik dengan aku. Tu, Abang aku dah sampai tu." ujar Zura sambil menunding jari ke arah kereta abangnya yang berhenti betul-betul di hadapan mereka berdua.

"Takpelah Zura, aku tunggu Pak Mat je. Kamu pergilah dahulu. Abang kamu dah lama tunggu."
ujar Humaira.

Zura melangkah lesu ke kereta abangnya. Dia kesiankan Humaira yang seperti ada masalah itu.

********************************************************************************
8 tahun berlalu...

Peristiwa itu berlalu begitu sahaja. Dia kini menjadi seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di ibu kota.

"Ehem...Doktor Humaira dah nak balik ke?" tanya Dr.Azman.

"Eh, man... belum lagi la. You dah habis kerja ke?"

"Dah. Apa kata kalau kita ke kantin. Minum-minum." Doktor Azman mempelawa. Dia pantang melihat Humaira keseorangan ada sahaja modal untuk mengajak wanita itu minum bersama. Dia nekad kali ini dia akan meluahkan perasaannya. Sudah bertahun dia menunggu. Sejak dari Humaira sekolah menengah lagi. Dia sengaja mahu menghantar dan menjemput adiknya, Zura semata-mata mahu melihat wajah ayu itu.

"Maira...sudah lama I pendamkan perasaan ini. Tapi kali ini I dah tak sanggup lagi. I mohon sangat pada U untuk menerima I. Sudi tak kalau U menjadi suri hidup I?" tanya Azman takut-takut kalau Maira menolaknya. Mana mahu diletakkan mukanya itu.

"Man, bukan I tak sudi. I pun akui yang I suka kat U. Tapi apa kata kalau kita berkawan saje dulu. Insyaallah, kalau hati I dah jatuh sayang pada U kita boleh teruskan perhubungan ini. Maafkan I kalau menyakiti hati U. I minta diri dahulu." ujar Maira sambil berlalu meninggalkan Azman yang termanggu-manggu di situ.
*******************************************************************************

"Adik. mari sini kejap." Datin Sofea memanggil Humaira sambil menepuk-nepuk sofa empuk itu supaya Humaira duduk di situ.

HUmaira menapak ke arah Mama dan Papanya. Dia tersenyum sambil duduk di sebelah mamanya itu.

"Ada apa ma?" tanya Humaira. Lembut menyapa telinga Datin Sofea dan Datuk Zaidi.

" Adik tahu kami sangat sayangkan adik walaupun kami bukan ibubapa kandung adik. Mama dan papa takut jika adik dah kahwin nanti adik dah tak jenguk kami. Dahulu, sebelum adik mama meninggal, dia berpesan supaya mencari pasangan yang sesuai untuk adik."

Humaira mengerutkan mukanya. Tidak faham apa cuba disampaikan ibu saudaranya. Sejak berumur lima tahun lagi dia sudah dijaga oleh mama dan papa sejak orang tuanya terlibat dalam kemalangan.

"Apa maksud mama sebenarnya?" tanya Humaira.

"Beginilah adik. Mama sebenarnya mahu menjodohkan adik dengan abang. Adik setuju tak?"
Datin Dan Datuk senyum mengharap.

"Mama apa ni. Takkan mama nak adik kahwin dengan abang Am. Adik tak mahu. Adik tak pernah cintakan abang. Adik dah anggap abang macam abang kandung adik." ujar Humaira. Air matanya hampir menitis. Dia tahu sikapnya begitu kasar tadi. Tapi dia hanya meluahkan perasaannya.

"Adik, mama tak paksa.Tetapi kalau adik dah bersedia beritahulah kami. kami masih menantikan jawapan yang positif daripada adik. " ujar Datin Sofea sedikit terasa dengan penolakan secara langsung daripada Humaira.

"ya adik. papa pun rasa adik patut fikirkan dahulu cadangan kami." ujar Datuk Zaidi.

Humaira hanya membatu.
********************************************************************************

Bang!!!
Pintu ditolak dari luar begitu kasar sekali. Segera dia menapak ke arah katil Humaira. Humaira terpinga-pinga sambil cuba membuka matanya.
"Woi, bangun." Azham menggoncang bahu Humaira.

" Abang! kenapa ni? sakitlah... " ujar Humaira sambi menggosok-gosok bahunya yang sakit akibat cengkaman abangnya.

"Kau ni dah gatal sangat nak kahwin ek? dah takde orang lain ke nak kat kau. sampai aku pun jadi mangsa." tengking Azham.

" Maira tak faham. Kenapa abang salahkan maira. Maira tak minta pun nak dijodohkan dengan abang dan Maira tak mahu pun." ujar Maira. Dia tak tahu mengapa dia disalahkan sedangkan ini bukan pintanya.

"Argh...tipu semuanya." segera diangkat tangannya untuk menampar pipi gepu itu. Belum sempat dia melakukan itu mama dan papanya datang.

" Abang, apa bising-bising ni?" tanya Datuk Zaidi.

Huamira segera mendapatkan Datin Sofea dan bersembunyi di belakang wanita itu. Dia menangis teresak-esak di bahu Datin Sofea.

"Ini ke yang mama mahu? Mama mahu ke Humaira hari-hari bergaduh dengan abang dan dipukul oleh abang? Adik tak sanggup mama...adik bukan barang mainan untuk dipukul dan dimainkan setiap hari. Adik ada hati dan perasaan." ujar Maira. Air matanya semakin galak mengalir menuruni pipinya.

"Mama faham sayang. mama tak paksa adik lagi. Mama minta maaf atas perlakuan anak mama." Datin Sofea memujuk Humaira. Datuk Zaidi hanya memerhati dan Azham juga terkaku di situ. Dia jelik melihat mamanya lebih memanjakan Humaira daripadanya.
' huh! pandai kau berlakon perempuan.' bisik hati kecilnya.

**********************************************************************************

"Am, U muram je hari ni. Kenapa ni sayang?"tanya Tania lembut sambil mengusap lembut jemari Azham.

"Tania, jom kita kahwin. I tak sanggup lagi menanti. I tak nak kehilangan u. I betul-betul suka kat u." ujar Azham.

Tania melepaskan genggaman Azham. Bukan kali ini sahaja Azham mengjaknya berkahwin malah sudah banyak kali. Tetapi apa kan daya dengan statusnya sekarang, dia tidak boleh menikahi Azham.

" I tak boleh. I hanya boleh menjadi kekasih u dan tak lebih dari itu. Kalau u nak minta I menjadi suri hidup u, I tak boleh. I masih punya tanggungjawab. I ada suami Azham." Dia mengharap Azham mengerti. Selama dia berkawan dengan Azham sedikit pun tiada cinta buat lelaki itu.

"U minta cerai dari husband u. I nak kita bina mahligai kita."

"No Am. seburuk mana pun perangai suami I, I masih menyayangi dia. I rasa mulai sekarang kita tak perlu lagi berjumpa." Tania meninggalkan Azham di situ berseorangan.
**********************************************************************************

Sebulan peristiwa itu berlalu. Hidup Azham seperti tidak terurus. Kehilangan Tania seolah-olah menerbangkan separuh nyawanya. Setiap hari dia cuba menghubungi tania tetapi tidak pernah dapat. Suatu hari...

tut..tut...
Menandakan mesej masuk.
* Jumpa I di hotel...bilik 302.-Tania.
Azham terkesima. Dia tidak menyangka Tania ingin berjumpanya.

Pada malam itu, Azham menuju ke tempat yang disarankan. Kini dia berada betul-betul di hadapan bilik hotel tersebut. Dia dibekalkan kunci untuk memasuki bilik hotel. Setelah hotel itu dibuka dia melihat sesusuk tubuh sedang termenung di beranda hotel. Segera dirapati wanita itu lalu merangkul pinggangnya.

Humaira terkejut apabila seseorang merangkul pinggangnya. terus sahaja dia berpaling.

" Abang! Abang buat apa kat sini?"tanya Humaira.

"Eh, macam mana Maira boleh berada dalam bilik ni?"tanya Azham. Rangkulannya terlepas.

" sepatutnya maira yang tanya abang."

" Bukan ke ini bilik..." belum sempat Azham berkata-kata pintu bilik diketuk orang.

Mereka melangkah untuk membuka pintu.

" Kami pegawai pencegah maksiat menerima laporan bahawa ada perkara sumbang yang berlaku dalam bilik ini. Boleh kami tahu adakah anda berdua sahaja dalam bilik ini?" tanya salah seorang daripada beberapa orang saksi lain.

Dalam keterpaksaan mereka mengangguk.

" Kami terpaksa menahan anda dan memanggil orang tua anda. Sila ikut kami."

Di pejabat agama...

"Maaf encik...saya rasa encik dah salah faham. Kami tak melakukan kesalahan pun. Saya..."nafi Azham bersungguh-sungguh. Dia tahu imejnya akan jatuh seandainya rakan perniagaan mereka tahu dia ditangkap khalwat.

Setelah sepuluh minit sesi pendebatan antara Azham dan pegawai itu, Datin Sofea dan Datuk Zaidi tiba. HUmaira bergegas mendapatkan Datin Sofea.

"Mama ini semua salah faham. Kami tak melakukan kesalahan pun." Humaira menjerit di bahu mamanya.
"Ya, sayang. Mama tahu Tapi benda dah nak jadi. Cara yang paling baik ialah kami terpaksa satukan kamu. sama ada kamu berdua setuju ataupun tidak."

"Mama!" serentak mereka bersuara.

" Papa tak mau perkara ini menjadi buah mulut masyarakat. Imej papa akan tercalar. Sudahlah, kamu berdua terima sahaja. Ini keputusan papa." Datuk Zaidi sudah bulat keputusannya.

Pada malam itu mereka dinikahkan. Majlis diadakan dengan ringkas sekali. Yang menghadiri majlis tersebut hanyalah Pak Imam dan benerapa orang saksi serta orang yang kebetulan berada di masjid itu. Air mata Humaira mengalir sejurus sahaja lafaz ijab dan kabul terpancul dari mulut Azham. Mulai malam itu, dia akan menjadi milik Azham yang sah dan mutlak.

Humaira menyalami Azham dan satu kucupan hinggap di dahinya. Ketika itu hanya tuhan yang tahu betapa bergetarnya hati wanita saat menerima kucupan pertama daripada seorang yang bergelar suami.

Sudah dua jam Humaira berada di kamarnya. Matanya masih segar-bugar. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Peristiwa tadi menerjah ruang fikirannya. Sudah puas dia cuba menghapus bayangan hitam itu. Sedang dia melayan perasaannya, pintu biliknya terkuak. Derap langkah kaki itu semakin menghampiri. Segera dia pura-pura memejamkan mata. Ditarik Selimut yang hampir menutupi separuh mukanya. Kini, langkah itu berhenti tepat-tepat sebelah katilnya. Dapat dirasakan selimut yang menutupi dirinya tadi direntap kasar. Humaira segera membuka mata dan terjerit kecil.

"Abang. Apa yang abang cuba buat ni?"marah Humaira sambil cuba menarik kembali selimut yang direntap oleh Azham tadi.

" Hei, perempuan. Tak payah nak berlagak lah kau. Ingat... kau dah jadi bini aku. So, kau mesti ikut kemahuanku."ujar Azham sambil memegang pipi gebu itu. Air mata Humaira tidak tertahan lagi.

"Abang nak apa?" tanya Humaira tergagap-gagap sambil menarik selimut melewati tubuhnya.

"Aku nak kau..."Jawab Azham kasar dan mukanya dihalakan tepat pada muka Humaira. Humaira menggigil ketakutan dan cuba bangun untuk melepaskan dirinya. Dia menolak tangan yang cuba melingkari pinggangnya. Sememangnya dia tidak bersedia untuk ke arah itu. Dia meronta-ronta untuk dilepaskan. Namun, apa kudratnaya sebagai seorang wanita. Dia ditolak kasar di atas katilnya. Baju yang membaluti tubuhnya direntap begitu sahaja. Terasa berat tubuh yang menindihnya. Dia tidak berdaya lagi... Bersaksikan malam itu, dia dinodai suami sendiri dengan paksaan. Dia tidak menyangka malam yang sepatutnya menjadi mimpi indah bagi setiap pasangan pengantin akhirnya menjadi igauan ngeri buatnya. Kini mahkotanya sudah dirampas....air mata mengalir lagi...
****************************************************************************

Humaira menepis segala peristiwa yang menggangggu fikirannya. Sudah dua bulan peristiwa itu berlaku. Dia tidak tahu di mana suaminya kini. Pada malam itu ialah kali terakhir dia melihat wajah itu. Menurut mama, Abang Am outstation selama 3 bulan. Aku pun tidak pasti...

"Maira. Sorang saja?"tanya Doktor Azman sambil mengambil tempat di hadapan Maira sambil meletakkan dulang makanan di hadapannya.

Humaira hanya tersenyum dan mengangguk. Dia tiada mood untuk berbual. Sejak kebelakangan ini tubuhnya terasa lesu. Dengan kerjanya yang bertimbun itu fikirannya hampir sahaja tidak dapat berfikir dengan waras.

"Kenapa ni?" soal Azman tidak berputus asa.
" Man, I pergi dahulu. Tak manis pula orang tengok kita duduk berdua-duaan macam ni."
Humaira segera menganggkat punggung. Dia ingin segera berlalu dari situ. Dengan statusnya itu, dia sedar bahawa dia tidak boleh berdua-duaan dengan lelaki lain.

"Maira...Tunggu!!!"jerit Azman.

HUmaira tidak mengendahkan panggilan Azman. Dia sera mencapai kunci kereta dan memandu pulang. Dia tahu dia sudah terlewat hari ini. Dia takut mamanya bimbang akan keselamatannya.

Humaira melangkah ke rumahnya. Dia terus sahaja menuju ke bilik untuk menunaikan solat asar. Dia sudah terlewat. Sewaktu membuka pintu biliknya dia melihat sebuah bagasi terletak elok di suatu tempat. Dilihatnya seseorang sedang enak tidur di atas katilnya. Dia tidak menghiraukan lelaki itu lalu terus segera ke bilik air mengambil wuduk untuk menunaikan solat asar.

Setelah selesai berdoa, Dia memalingkan mukanya ingin melihat suaminya yang sudah lama tidak ketemu. Walaupun peristiwa itu masih segar di ingatannya, dia masih lagi mempunyai perasaan simpati kepada lelaki itu. Humaira meletakkan telengkung sembahyangnya di atas rak yang disediakan lalu mengatur langkah ke arah Azham.

Humaira merenung wajah kacak itu. Naluri wanitanya berkocak hebat. Segera dia beristighfar supaya lintasan itu dapat disingkirkan. Segera jemarinya mengocak lembut bahu Azham. Azham tergerak sedikit dan membuka matanya. Sungguh, dia tidak sanggup melihat wajah ayu itu. Peristiwa malam itu menginsafkan dirinya. Dan pada malam itu hatinya mula terpaut kepada Humaira. Segala perlakuannya sentiasa teringatkan Humaira. Tetapi egonya yang menggunung menghalang niatnya untuk berbuat baik kepada isterinya itu.

"Apa kaubuat di sini? Mulai hari ini aku tak nak kaujejak kaki dibilik aku ini."kata Azham sambil mencerlung matanya kearah Humaira.

"Maira minta maaf. Abang, tolonglah jangan halau Maira dari bilik ini. Maira tak nak mama dan papa pandang serong pada kita. Dan pasal hal hari tu maira dah lupakan semuanya. Maira sanggup terima abang. Maira pasrah. mungkin inijodoh kita." ujar Humaira.

"Jodoh...jodoh otak kau!! Kau memang sengaja nak perangkap aku kan? Aku masih percaya yang jodoh aku bukan dengan kau. I can get better than u. Kau tahu kan dari kecil lagi aku tak suka kau? Aku BENCI kau." Azham segera menarik Humaira agar keluar dari kamarnya. Tangan HUmaira dicengkam sehingga berbekas merah.

"Abang. Tolong....Maira. Sakit bang." air mata Humaira mengalir. Akhirnya pintu dihempas kuat oleh Azham.
**************************************************************************

Pagi itu, Doktor Azman sekali lagi mendapatkan Humaira. Dia masih belum berputus asa. Selagi Maira belum menerimanya selagi itu dia akan mencuba.

"Azman, berapa kali I nak kena bagitahu u. I tak nak. U tak paham ke?" Humaira semakin pening dengan perangai Azman. Dia tak suka dipaksa-paksa.

"Tapi kenapa?" tanya Azman sambil cuba memegang tangan Humaira."eh, kenapa tangan u nie?" tanya Azman.

"Takde apa-apa. U tak payah risau. I must go now." ujar Huamaira terburu-buru. Dia tidak mahu rahsianya terbongkar. Tambahan lagi dia betul-betul terasa mual dan pening. Baru sahaja beberapa langkah akhirnya dia jatuh pengsan disitu juga.

Azman segera bergegas ke arah Humaira yang terjelapuk di lantai itu. Segera dia mengangkat tubuh itu ke dalam bilik rawatan. Setelah selesai merawat, Azman membiarkan Humaira untuk berehat seketika.

Humaira tergerak sedikit. Matanya terbuka perlahan-lahan. Dia melihat Azman sedang merenungnya dengan wajah yang serius sekali.

"Maira... boleh awak cerita hal yang sebenarnya? A...Awak hamil."Azman meminta penjelasan.

"Maafkan saya... saya sudah menipu awak. Saya terpaksa..."Humaira menangis seketika.

"Maira... cuba awak ceritakan perkara yang sebenar. Siapa yang telah melakukan perkara terkutuk tu?"tanya Azman sambil mengempal penumbuknya. Kalaulah makhluk perosak itu ada kat sini. Dia mendengus.

"Maaf... kalau selama ini saya tidak berterus terang dan membiarkan awak menunggu saya. Sebenarnya, saya dah kahwin. Dan.. tolong lupakan saya."ujar Humaira. Segera dia bagun dan melangkah keluar dari ruangan itu.

Meninggalkan Azman yang masih tidak percaya dengan kata-katanya. Biarlah masa yang mengubati jiwa lelaki yang tulus mencintainya sejak dari zaman persekolahan lagi itu.

******************************************************************************

"Hah! Balik pun engkau. Kau pergi mana? Baru sekarang nak ingat rumah. Ingat, depan mama dan papa kau jangan nak buat muka sedih. Buat ceria jer. Dan lagi satu, esok, kita pindah. Papa sudah hadiahkan kita sbuah rumah. Dekat sikit dengan hospital."segera dia berlalu setelah memberi arahan kepada Humaira.

Humaira hanya mengangguk tanda mengerti. Dia masih lagi memikirkan cara utuk memberitahu tentang kandungannya kepada Azham. Akhirnya, dia hanya mendiamkan diri. Walhal, kepada mama dan papapun dia tidak memberitahu.

Walaupun selama mana dia menyembunyikan tentang kehamilannya, pasti akan terbongkar jua apabila melihat perutnya yang semakin membesar.

*************************

"Maira..."jerit Azham kuat sehingga menggegarkan rumah banglo itu. Baru sahaja seminggu mereka berpindah kerumah itu, Azham sudah melakukan macam-macam keatas Humaira. Humaira hanya menurut apa sahaja kemahuan suaminya. Dia juga sanggup berhenti kerja semata-mata ingin mematuhi arahan suaminya. Hidupnya kini dirasakan semakin sulit.

"A..Apa bang? Maaf, Maira solat tadi."ujar Humaira. Takut sekiranya dia melakukan kesalahan lagi terhadap suaminya.

"Ooo... lain kali sebelum solat tu sediakan dulu segala keperluan aku. Nih... kau tak masak ke? Aku kebulur dah ni. Mahu aku mati kelaparan kat sini."jerkah Azham sambil mencekak pinggangnya sambil matanya mencerlung kearah Humaira seolah-olah singa kelaparan.

"Maaf, abang. Maira ingat abang dah makan kat luar tadi. Lagipun abang biasanya tak makan malam. err... takpe. Kalau abang nak makan saya boleh masakkan sekarang."tanya Humaira takut-takut.

"Dah,tak payah. Hilang selera aku. Lain kali... aku makan ke tak ke... kau masak jer.. kalau aku tak makan.. kaulah yang makan, takpun buang je kat dalam tong sampah tu. Senang cerita."kepala Humaira ditunjal-tunjal seolah-olah memberi peringatan. Tubuh itu dilanggar begitu sahaja oleh Azham. Hampir sahaja Humaira terjatuh di tepi tangga rumahnya.
Serentak itu terdengar dentuman pintu yang kuat sehingga memeranjatkan Humaira. Air matanya jatuh lagi buat sekian kalinya.

Pagi itu Humaira meminta keizinan daripada Azham untuk keluar sebentar. Tidak pula diberitahunya arah yang dituju. Azham hanya mengangguk kecil dan meninggalkan Humaira setelah selesai bersarapan.

Humaira keluar daripada klinik setelah menjalani pemeriksaan tentang kandungannya. Sewaktu dia ingin melintas jalan, tiba-tiba terdapat sebuah motosikal yang terbabas dan hampir melanggarnya.Humaira yang terkejut dengan kejadian itu tersepak batu yang berada di pinggir jalan lalu terjatuh. Dia terhempas ke tanah. Sewaktu dia ingin bangun, terasa cecair merah keluar melaui celah kangkangnya. Dia meminta tolong. Perutnya terasa mencucuk-cucuk.

Humnaira dibawa ke hospital