Friday, June 24, 2011

Penantian Sebuah Kebahagiaan 1

Bosankah aku kerana hidupku memang ditakdirkan begini? Tingkah laku aku menjadi perhatian setiap mata yang memandang. Cantikkah aku? Kadangkala aku cemburu melihat teman-teman seusiaku mengecapi nikmat kehidupan sebagai remaja biasa. Bagaimana pula dengan aku? Aku juga ingin mempunyai teman sebegitu. Ingin merasai kehidupan keremajaan. Sedari kecil ibu bapaku sering menjaga tingkah lakuku. Malah, aku juga tidak dibenarkan bersekolah harian biasa. Aku dimasukkan di sekolah private dimana anak-anak orang ternama sahaja yang bersekolah disitu. Aku akui... disini ramai teman-temanku yang berasa terseksa sepertiku. Aku diberi kemewahan yang secukupnya oleh orang tuaku namun masih belum cukup buatku merasa bahagia. Dimana kasih sayangmu wahai bonda...wahai ayahanda?

"Mama, papa. Reen nak pindah sekolah. Reen bosan la duduk kat sekolah tu. Kena ikut etika bagai. Nak bebas pun tak boleh. Reen nak pergi sekolah harian biasa. Kalau boleh, Reen nak duduk dengan nenek. Dekat rumah nenek ada sekolah kan?"Aku menyuarakan hasratku. Aku pandang wajah kaget mereka dengan pandangan sayu, mengharapkan pengertian.

"Bukan kami tak nak bagi. Tapi, kami bimbang akan keselamatan kamu. Di sana jauh sangat. Kami tak sempat nak menjenguk kamu. Kalau kat sini senang. Pak Mat boleh hantar dan ambil kamu dari sekolah."ujar Datin Seri Kamariah.


"Mama, tak perlu risau tentang keselamatan reen. Pak Su kan ada kat sana? Dia boleh ambil dan hantar Reen. Lagipun, Pak Su baru balik dari oversea kan? Mesti dia nak rehat-rehat dulu. Boleh la ma, pa?"pujukku. Aku lebih rela tinggal bersama nenekku di Melaka berbanding di sini bersama orang tuaku. Aku tahu nenek mesti tak menghalangku untuk berbuat perkara yang aku suka. Walaupun tinggal dimana-mana kemewahan sentiasa mengejarku. Datuk dan nenekku juga merupakan orang yang berpangkat. Tetapi, mereka tetap mempunyai masa bersama keluarga. Itu yang aku suka tinggal bersama mereka. Ibu dan ayahku pula sentiasa sibuk dengan urusan kerja mereka.

"Reen, nanti Pak Su akan take over syarikat Atuk. Mesti sibuk jugak akhirnya.Papa bukan nak halang Reen, tapi Reenlah satu-satunya anak kami sekarang ni. Abang Reen belum pulang lagi dari London. Mama dan papa nak duduk dengan siapa kalau Reen tiada. Mesti rumah ni sunyi." kini papaku, Datuk Seri Rahman pula yang memujukku.

Aku dihalang keras oleh ibubapaku untuk berpindah sekolah dan tinggal bersama nenekku. Aku hanya meneruskan rajukku sehingga sekarang. Sudah seminggu perkara itu tidak dibangkitkan dalam rumahku. Malah ibu-bapaku sentiasa tiada waktu untuk bersamaku walaupun hari minggu.



No comments:

Post a Comment